Resipi sedap dan mudah untuk Cencaru Belah Belakang. Menjadi antara menu favourite ketika makan tengahari atau makan malam. Memang boleh bangkit selera.
Menerusi perkongsian daripada Sinar Syafiq, resipi ini daripada arwah maktoknya sehingga dia mampu untuk buat niaga.
CENCARU BELAH BELAKANG
BAHAN UTAMA:
5 ekor ikan cencaru (saiz sedang, jangan besar sangt nanti tak sedap) *siang belah kiri dan kanan di belakang, kemudian gaul garam & kuyit
1. Masukkan bahan kisar tadi dalam bekas. Masukkan bawang besar yang sudah dihiris dan gula. Kacau-kacau. 2. Kalau pedas, boleh tambah gula ya. Jangan lupa masukkan garam secukupnya dan asam jawa (masukkan dengan biji sekali, ini cara saya buat) 3. Gaul rata bahan-bahan tadi. Ambil ikan, sumbat sambal di kiri dan kanan ikan yang dibelah.
4. Goreng dengan minyak panas sampai masak dan garing macam dalam gambar. 5. Akhir sekali, lebihan sambal tadi masukkan ke dalam minyak terus. Tutup api, tuangkan minyak atas ikan yang dah siap digoreng.
Orang Malaysia memang sinonim dengan Nasi Goreng, sebab itulah pelbagai menu nasi goreng yang sedap dan sesuai dengan selera tempatan tercipta. Sangat mudah disediakan dan sedap, campak-campak dan goreng, kurang dari lima minat siap. Tak percaya cuba lima menu nasi goreng yang boleh anda semua cuba.
.NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
100gm sudu ikan bilis halus
3 ulas bawang merah | cincang halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 biji cili padi | hiris halus
1/2 batang lobak merah | dadu halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan perencah Nasi Goreng Kampung
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
Keropok Nasi
Ikan bilis goreng
Telur dadar
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan sos tiram, perencah nasi goreng , kacau rata.
Seterusnya masukkan nasi gaul rata kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
Setelah cukup rasa taburkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutuk api.
Hidangkan nasi goreng dengan telur dadar dan ikan bilis goreng.
.NASI GORENG TAUHU DENGAN KACANG BUNCIS
BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi
100gm kacang buncis
2 ketul tauhu | goreng sedikit
4 ulas bawang merah | hiris nipis
3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
3 biji telur
1 batang lobak merah | hiris
1 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
3. Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
4. Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.
NASI GORENG KOBOI
BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi putih
5 biji telur
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu makan udang kering
2 biji bawang merah
1 sudu teh serbuk ikan bilis
Sedikit garam
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun bawang
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur, asingkan putih dengan kuning telur. Ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan bawang merah yang telah dihiris halus.
Masukkan udang kering, gaul sehingga nampak kekuningan dan masukkan kuning telur. Gaul sedikit.
Masukkan nasi, daun bawang, serbuk lada putih dan serbuk ikan bilis, gaul sehingga rata dan matikan api.
Hidangkan bersama sambal belacan, telur dadar, hirisan timun dan daun salad. Sedia dinikmati.
.NASI GORENG INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi putih
4 biji telur
2 biji cili merah
4 biji cili padi
4 batang kacang buncis | potong kecil
300gm isi dada ayam
1 tangkai daun bawang | potong kecil
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu makan kicap lemak manis
1 inci belacan
1 sudu teh stok ayam
½ sudu makan udang kering
1 sudu makan bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar isi dada ayam, cili padi, cili merah,bawang putih, udang kering dan belacan.
Ketepikan. panaskan kuali, masuk kan bahan yg di kisar tadi, hingga naik bau.
Masukkan kacang buncis dan nasi tadi, gaul rata, kemudian masukkan stok ayam, garam dan kicap lemak manis. Gaul sekata.
Matikan api dan masukkan hirisan daun bawang bersama bawang goreng.
Siap untuk dihidangkan bersama telur mata, sambal belacan dan sedikit hirisan timun.
.NASI GORENG KAMBING
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
4 batang kacang panjang | hiris halus
5 biji cili padi merah | hiris halus
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih | ketuk
1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN PERAPAN KAMBING:
150gm daging kambing | potong dadu kecil
2cm halia | kisar halus
2 ulas bawang putih | kisar halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh air asam Jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Kalau resipi sambal balado dari Indonesia semestinya menjadi kalau dicuba! Macam resipi sambal balado ni yang dikongsikan Mazliana Mazlan di Facebooknya. Kalau korang peminat sambal gerenti nak cuba resipi ni, simpan resipi ni elok-elok sebelum menyesal nanti. Padu katanya sambal ni, boleh buat simpan stok kat rumah. Jom cuba resipi ni sekarang.
SAMBAL BALADO INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 genggam cili padi (campur merah dan
hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci belacan
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak
CARA PENYEDIAAN:
Kisarkan kesemua bahan kecuali gula, garam, dan minyak.
Kisarkan jangan terlalu lumat, pastikan nampak serdak cili tu.
Panaskan minyak.
Masukkan bahan kisar tadi masak sehingga kering untuk tahan lama.
Masukkan gula dan garam sesuai rasa.
Dah siap! Boleh simpan dalam bekas dan letak di bahagian chiller bukan sejuk beku boleh tahan dua minggu.
Menyediakan ayam goreng adalah salah satu lauk yang senang dan sedap. Tak kira untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Ayam goreng memang sesuai dihidangkan. Nak buat ayam goreng yang sedap? Nah, RASA kongsikan resipi ayam goreng yang pasti memikat selera.
AYAM GORENG KUNYIT BEREMPAH
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk cili
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR KASAR
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
5 cm lengkuas
5 cm kunyit
2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam dan bahan kisar halus ke dalam bekas. Gaul rata.
2. Kemudian tambahkan bahan kisar kasar bersama bahan lain. Gaul sampai rata dan perap selama satu jam.
3. Panaskan minyak masak yang banyak menggunakan api sederhana. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Ayam goreng berempah sudah boleh dihidangkan ketika panas-panas.