Walaupun kuih ini tidak menggunakan banyak bahan, hanya keledek, tepung dan gula. Teapi bila kita cuba buat sendiri , sering mengecewakan terutamanya bab menyira gula Melaka. Rahsianya, untuk kuih yang lembut, gaulkan dengan tepung setelah sejuk. Jika dimasukkan semasa keledek masih panas, ia akan menyebabkan adunan cenderung lembik dan anda mungkin akan menambah tepung. Hal ini menyebabkan kuih akan keras kerana berlebihan tepung.

Untuk menyira, pastikan air gula yang dimasak, apabila berbuih, kecilkan api, terus kacau hingga betul-betul pekat likat baru masukkan kuih keria dan gaul rata dengan cepat dan segera tutup api supaya gula yang garing tidak cair semula dan segera diangkat dan diletakkan dalam bekas kering.

IKLAN

KUIH KERIA GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
2kg keledek putih | buang kulit dan rebus
1 1/2 cawan tepung gandum + 1sudu teh baking powder |ayak bersama
1 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN SIRA GULA MELAKA:
1 ketul gula Melaka
Sedikit gula batu
1 sudu makan gula pasir
5 sudu makan air

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Rebus keledek dengan garam dan air secukupnya hingga empuk.
  2. Tutup api, angkat dan toskannya.
  3. Lecek hingga hancur semasa masih panas-panas.
  4. Setelah sejuk gaulkan dengan tepung dan uli sebati.
  5. Bentukkan menjadi gegelang kecil (ikut saiz yang anda suka).
  6. Panaskan minyak, dan goreng kuih keria atas api sederhana hingga kekuningan.
  7. Angkat dan toskan. Goreng hingga habis.
  8. Setelah sejuk sedikit, sedia buat sira gula melaka.
  9. Hancurkan gula melaka dan gula batu, kemudian campurkan dengan gula pasir dan air.
  10. Masak hingga mendidih, kecilkan api dan biarkan berbuih hingga pekat.
  11. Masukkan kuih keria tadi, kacau rata supaya gula melaka melekat pada keseluruhan kuih.
  12. Tutup api dan angkat kuih menggunakan chopstick atau lidi . Jarak-jarakkan kuih supa tidak melekat apabila sejuk.
  13. Kuih Keria sedia dihidangkan.

Kredit: Dapur Kak Chah.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI