Teringin nak makan ayam goreng berempah untuk lauk makan tengahari, anda boleh je buat sendiri dengan cara yang mudah. Selain bahan-bahan yang digunakan, untuk mendapatkan ayam goreng berempah yang sedap, rangup, masak sekata dan serdaknya tak hangus ini tip dan resipinya. Anda boleh cuba dan gerenti puas hati.

AYAM GORENG BEREMPAH:
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam| potong sederhana, cuci bersih dan toskan
2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan jintan manis biji
3 sudu makan tepung jagung
3 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR:
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3cm halia
4cm lengkuas

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Masukkan ayam dalam besen, kemudian masukkan bahan kisar di dalamnya bersama bahan-bahan yang lain.
  2. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul sebati.
  3. Perapkan ayam sekurang-kurangnya 1 jam, semalaman lagi sedap.
  4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, goreng ayam.
  5. Untuk tip ayam yang digoreng masak sekata dan serdaknya tidak hangus, kena pandai mainkan api. Begini caranya.
  6. Semasa minyak sudah panas, kecilkan api dan masukkan ayam, selepas lebih kurang 10 minit api kecil baru besarkan api.
  7. Bila dah masak dan sebelum angkat ayam, taburkan daun kari dalam kuali. Kalau masuk dalam perapan ayam atau masuk awal dalam minyak goreng, ia akan hangus dan tak cantik.
  8. Lakukan cara yang sama sehingga ayam habis digoreng.

Kredit : As Rashid MAHI

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI