Pernah makan Kuih Puding Di Raja?  Bahan paling penting dalam pembikinan Puding Di Raja ialah Jala Emas.Buatnya pun agak renyah untuk dapatkan hasil yang halus dan menarik. Anda yang teringin bolehlah cuba membuatnya dengan sabar. Nak belajar membuat jala emas, ini caranya.

JALA EMAS

Ini Caranya Buat Jala Emas Dengan Urat Yang Halus

Bahan-bahan:

30 biji telur ayam gred A (asingkan putih & kuning dan dibuang tali pusatnya)

Sedikit pewarna kuning telur

6 cawan gula*

3 cawan air*

1 helai daun pandan disimpul*

IKLAN

Acuan roti jala

Penapis

Cara membuat:

  1. Masukkan bahan bertanda * dalam kuali (pan).
  2. Sambil menunggu air gula mendidih, kacau kuning telur dan tambahkan sedikit pewarna kuning, kemudian tapiskan dan isi ke dalam botol acuan roti jala.
  3. Setelah air mendidih, keluarkan daun pandan. Kemudian boleh la mula menjala. (jangan menjala terlalu banyak).
  4. Tinggikan sedikit acuan roti jala atau untuk mendapatkan urat yang halus. Menjala dari tepi kuali secara bulatan.
  5. Jala emas ni tak lama sangat dalam air gula kemudian tuang tunggu sekejap. Kemudian angkat menggunakan garfu dan toskan air gula tu.
  6. Bila dah siap menjala dan toskan barulah boleh leraikan.

Ini Caranya Buat Jala Emas Dengan Urat Yang Halus

Ini Caranya Buat Jala Emas Dengan Urat Yang Halus

IKLAN

Kredit: Nur Fadzillah Ibrahim

 

Ini Caranya Buat Jala Emas Dengan Urat Yang Halus

https://bit.ly/inarticle-maggixrasa-20resipi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

IKLAN

Cara Buat Jagung Cawan Lemak Manis Macam Dekat Pasar Malam

Jumpa Resipi Kek Batik Coklat Cheese Sedap, Terus Tak Pandang Yang Lain 

Kek Ombak Rindu Ni Harum Aromanya Kerana Ada Perasa Ros

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI