Menjadi ibu pada masa kini, perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Walaupun sibuk, ibu tetap menyediakan sajian terbaik buat suami dan anak-anak tercinta walaupun ianya tidak semudah yang disangka.

Perencah Nasi Goreng Seri-Aji® adalah perencah masakan terbaik yang si ibu perlukan untuk memasak juadah enak dan berkhasiat yang memberikan tenaga optimum sepanjang hari. Tidak perlu bertungkus lumus masak dua tiga lauk. Ini sahaja sudah cukup. Malah kerja di dapur pun jadi lebih cepat dan mudah.

Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung, Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina, Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ayam dan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis. Hanya ini yang anda perlukan. Pilih saja ikut cita rasa.

Ini Cara Masak 4 Hidangan Nasi Lengkap Tanpa Perlu Lauk

Istimewa buat para ibu di luar sana, Seri-Aji® berkongsi empat resipi terbaik yang boleh dicuba untuk hidangan buat keluarga. Semuanya enak dan senang dimasak. Lagi sedap dimakan panas-panas. Selamat mencuba!

 

1. NASI GORENG IKAN MASIN

Ini Cara Masak 4 Hidangan Nasi Lengkap Tanpa Perlu Lauk

Cadangan hidangan: 4-5 orang

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 sudu besar minyak masak
  • 30g ikan masin tenggiri | dibasuh dan dipotong dadu       
  • 150g  sayur kalian | dipotong
  • 2 biji telur
  • 4 cawan/550g nasi putih
  • 1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung (26g)

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, goreng ikan masin sehingga garing. Ketepikan.
  2. Kacau goreng kalian sehingga separuh masak.
  3. Masukkan telur dan goreng sehingga menjadi telur hancur.
  4. Masukkan nasi dan taburkan 1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g.
  5. Masukkan ikan masin yang telah digoreng, kacau hingga sekata. Hidangkan ketika panas.

 

2. NASI GORENG CENDAWAN

Ini Cara Masak 4 Hidangan Nasi Lengkap Tanpa Perlu Lauk

Cadangan hidangan: 4-5 orang

IKLAN

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 sudu besar minyak masak
  • 200g  isi ayam, dipotong kecil
  • 50g lobak merah, dipotong dadu
  • 50g cendawan butang | dihiris
  • 50g cendawan tiram
  • 2 biji telur
  • 4 cawan/550g nasi putih
  • 1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina (26g)
  • 1 tangkai daun bawang, dipotong dadu 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, kacau goreng ayam sehingga separuh masak.
  2. Masukkan lobak merah dan kacau sebentar.
  3. Masukkan cendawan butang dan cendawan tiram, goreng seketika.
  4. Masukkan telur, goreng sehingga masak.
  5. Masukkan nasi dan taburkan 1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina® 26g, kacau goreng hingga sekata.
  6. Taburkan daun bawang dan gaul sebentar.
  7. Hidangkan ketika panas.

 

3. NASI MAKANAN LAUT

Ini Cara Masak 4 Hidangan Nasi Lengkap Tanpa Perlu Lauk

Cadangan hidangan: 4-5 orang

 

BAHAN-BAHAN:

  • ¼ cawan minyak masak
  • 1 biji bawang merah | dicincang
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • ½ biji lada benggala merah
  • 1 biji tomato | dipotong dadu
  • Secubit serbuk kunyit
  • 2 cawan air
  • 1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis (26g)
  • 1 ½ cawan    beras
  • 5 ekor udang
  • 2 ekor sotong | dipotong
  • 20 ekor kepah
  • 10 batang kacang buncis | dipotong dadu
  • 2 tangkai daun ketumbar | dihiris

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih, lada benggala merah dan tomato sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kunyit dan kacau sebentar.
  3. Tuangkan air dan perasakan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis.
  4. Masukkan beras dan ratakan.
  5. Susun makanan laut di atas beras dan masak seperti biasa.
  6. Taburkan kacang buncis dan daun ketumbar. Tutup periuk selama 10 minit.
  7. Sedia untuk dihidang.

 

 4. NASI AYAM TOMATO

Ini Cara Masak 4 Hidangan Nasi Lengkap Tanpa Perlu Lauk

Cadangan hidangan: 4-5 orang

 

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm isi ayam
  • 1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ayam (26g)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • ½ biji  bawang kuning | dipotong dadu
  • ½ cawan tomato puri
  • 1 ¼ cawan beras
  • 1 ¼ cawan air
  • 1 batang cili merah | dihiris
  • 2 tangkai daun ketumbar | dihiris

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan ayam bersama 1 sudu kecil Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ayam.
  2. Panaskan minyak masak, tumis ayam dan bawang kuning.
  3. Masukkan tomato puri, tumis seketika. Masukkan beras, gaul rata.
  4. Perasakan dengan lebihan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ayam.
  5. Tuangkan air, gaul rata dan biarkan nasi masak seperti biasa.
  6. Taburkan cili merah dan daun ketumbar, sedia untuk dihidang.

 

 

IKLAN

Anda Handal Di Dapur? Ayuh Sahut Cabaran Dengan Menyertai Peraduan Seri Aji® Jaguh Memasak!

Ini Cara Masak 4 Hidangan Nasi Lengkap Tanpa Perlu Lauk

Jom sertai Peraduan 𝐒𝐞𝐫𝐢-𝐀𝐣𝐢® 𝐉𝐚𝐠𝐮𝐡 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐤 dan rebut peluang memenangi Thermomix 6 dan pelbagai hadiah menarik yang lain!

Caranya mudah sahaja. Hanya ikut 3 langkah mudah ini:

  1. Pilih kategori yang anda ingin bertanding dan rakam video kreatif ‘boomerang’ yang mengandungi mana-mana produk Seri-Aji®.
  2. Muat naik video ‘boomerang’ di laman sosial (facebook/Instagram) anda dan tetapkan pada tetapan umum (public).
  3. Tuliskan kapsyen mengenai kenangan indah anda ketika memasak menggunakan produk Seri-Aji® dan letakkan ‘hashtag’ #SeriAjiJaguhMemasak #SeriAji & tag @HiAjinomoto.

 

HADIAH INI BAKAL MENJADI MILIK ANDA!

 

  • HADIAH UTAMA: Thermomix 6 Kitchen Gadget (layak jika anda menyertai kesemua tiga kategori)
  • PEMENANG JAGUH NASI GORENG: “Molly” Kuvings Multi-Function Cooker
  • PEMENANG JAGUH AYAM GORENG: PerySmith 30L Air-Fryer Oven (saiz XXL)
  • PEMENANG JAGUH SNEK PETANG: Le Creuset Signature Round French Oven 18cm + Venus Spatula Spoon

 

ISTIMEWA UNTUK 50 PESERTA TERAWAL: Baucar Shopee bernilai RM10

 

Tempoh Peraduan: 8 November – 19 Disember 2021

 

Untuk info lanjut mengenai kategori, hadiah, dan cara menyertai peraduan, sila layari – http://www.ajinomoto.com.my/seriajijaguhmemasak/

 

Jom hantar penyertaan anda sekarang!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI