Yong Taufu yang sedap ia bergantung kepada kuahnya, sedap kuah sedaplah rasa Yong Taufu anda makan. Bagaimana untuk menghasilkan kuah Yong Taufu yang sedap, berikut dikongsikan resipi supaya anda boleh buat sendiri di rumah dan boleh makan bersama keluarga. Maklumlah sekarang ni musim PKP, tak boleh makan di luar ye.

KUAH YONG TAUFU
UNTUK KUAH HITAM:
2 sudu makan tauchu
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan kicap pelat
3 sudu makan sos tiram
4-5 sudu makan gula
3 cawan air
BAHAN KUAH MERAH:
1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
4-5 sudu makan gula
3 sudu makan cili kering kisar
2 ulas bawang putih | ketuk
Sedikit minyak masak
BAHAN LAIN:
Isian Yong Taufu | bergantung kepada pilihan anda
Bijan putih | sangai
Bawang goreng | jika suka

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Masukan semua sos hitam dalam blender dan kisar hingga tauchu halus.
  2. Kemudian renehkan atas api sederhana hingga mendidih sekejap.
  3. Tutup api dan ketepikan.
  4. Buat pula kuah merah: Masukkan semua bahan kecuali cili kisar dalam blender dan kisar hingga halus.
  5. Panaskan sedikit minyak, tumis dua ulas bawang putih, setelah wangi masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
  6. Masukkan bahan kisar tadi dan masak lebih kurang lima minit atau hingga kuah pekat.
  7. Tutup api.
  8. Celur bahan-bahan isian Yong Taufu ikut pilihan anda dan hidangkan bersama kedua-dua kuah ini dan taburkan di atasnya bijan sangai dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.

Kredit : lubuk resipi viral

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI