Isteri anda dalam fasa berpantang, atau suami tidak boleh makan ayam atau daging? Ini ada empat menu ikan yang sedap dan senang nak buat boleh dicuba untuk yang tersayang sebagai tanda kasih dan sayang. Ikan, selain kaya sumber protein sesuai untuk anda yang sedang berdiet.

Berita baiknya  menu ikan yang dikongsikan ini dimasak secara sihat, hanya kukus dan rebus sahaja. Selain mewariasikan menu ikan yang anda ada, ia sangata  sedap dan cara memasaknya juga senang.

Manfaatkan   untuk gaya hidup lebih sihat anda dan keluarga.

Ini 4 Menu Ikan Yang Sihat, Berpantang, Diet Wajib Cuba Ni!

KENGSOM SIAKAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 4 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 10 batang cili kering
  • 2cm kunyit hidup | separuh racik
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 batang serai | titik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 batang bunga kantan | racik
  • Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
  2. Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
  3. Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
  4. Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

Ini 4 Menu Ikan Yang Sihat, Berpantang, Diet Wajib Cuba Ni!

IKLAN

 GARAM ASAM IKAN MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan merah saiz sederhana
  • 200ml air asam jawa
  • 2cm kunyit
  • 5 ulas cili merah
  • 5 ulas cili padi
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • Garam, gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ikan merah dicuci bersih.
  2. Kunyit, cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
  3. Kemudian, bahan hirisan direbus bersama air asam jawa dan serai sehingga mendidih.
  4. Setelah air mendidih, masukkan ikan merah dan masukkan garam dan gula secukup rasa sehingga masak . Kacau perlahan. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan nasi putih.

Ini 4 Menu Ikan Yang Sihat, Berpantang, Diet Wajib Cuba Ni!

IKLAN

 IKAN MERAH KUKUS KICAP HALIA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping isi ikan merah
  • 2 sudu teh kicap cair
  • 2 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Daun bawang | dihiris sebagai hiasan
  • Garam dan bahan perasa secukupnya
  • 1 biji cili besar hijau | belah sedikit di tengah

BAHAN TUMISAN:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 2cm halia
  • 50gm daun ketumbar
  • 4 batang cili merah
  • 4 batang cili padi
  • 100gm mentega

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Cuci ikan merah sehingga bersih dan hilang bau hanyir. Kemudian, lumurkan sos tiram dan kicap cair pada ikan dan kukus selama 5 – 10 minit. Ketepikan.
  2. Cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, daun ketumbar dicincang halus. Tumis dengan mentega dengan kepanasan api sederhana. Masukkan cili hijau besar. Kacau sebati.
  3. Seterusnya, letakkan minyak bijan, garam dan bahan perasa untuk lebih enak. Ketepikan.
  4. Langkah terakhir, tuang bahan tumis ke atas ikan yang telah dikukus. Siap dihidang bersama daun bawang.

Ini 4 Menu Ikan Yang Sihat, Berpantang, Diet Wajib Cuba Ni!

IKAN MERAH KUKUS SOS PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1keping isi ikan merah
  • 2 batang daun bawang | hiris kasar
  • 1 tangkai daun sup  | hiris kasar
  • 2 biji bawang merah | racik
  • 2 biji bawang putih | racik
  • 5 batang cili padi | racik
  • 3-5 keping daun limau purut | racik
  • 5 batang cili merah | racik halus
  • 5 biji tomato ceri
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap masin
  • 100 ml air
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Ikan merah dicuci bersih. Ketepikan.
  2. Kemudian, bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah, daun sup serta daun bawang yang telah diracik digaul bersama sos tiram, kicap masin dan air. Kacau sebati.
  3. Kemudian, dicurahkan ke atas ikan yang sudah dicuci bersih.
  4. Seterusnya, dikukus selama 20 – 30 minit.
  5. Sedia dihidang bersama nasi putih.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI