Masih dalam mood raya dan cuti, dah pening nak masak apa. Masak rendang dan kari pun dah buat, tekak pun dah mala muak. Jadi Rasa kongsikan 3 menu lauk yang ringkas tapi sedap boleh menghabiskan nasi juga dibuatnya. Cukuplah untuk menu sesisi keluarga, masih boleh dimakan dengan nasi impit atau lemang kalau masih berbaki.

Ini 3 Lauk Sedap & Senang Masak, Sesuai Sebagai Hidangan Lepas Raya.

DAGING LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging lembut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
2 sudu makan lada hitam | kisar
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
3biji bawang besar | 2 biji kisar dan 1 biji lagi dihiris
5 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa jika perlu
4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
1, Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan lada hitam, sos tira, hirisan daging dan hirisan bawang, kacau rata.
3. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
4. Seterusnya masukkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
5. Kacau rata seketika, angkat dan sedia dihidangkan.

IKLAN

Ini 3 Lauk Sedap & Senang Masak, Sesuai Sebagai Hidangan Lepas Raya.

AYAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana
Sedikit garam dan serbuk kunyit.
BAHAN SAMBAL:
1 biji bawang besara
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2cm halia
15 biji cili padi
3 biji cili merah
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

IKLAN

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit., ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ayam (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumis, bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, masukkan ayam dan gaul rata.
7. Tutup api, ayam sedia dihidangkan.

IKLAN

Ini 3 Lauk Sedap & Senang Masak, Sesuai Sebagai Hidangan Lepas Raya.

GULAI KETING
BAHAN-BAHAN:
1 kg keting | rebus
750ml santan
5 helai daun limau purut
4 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia | hiris
3cm lengkuas | hiris
4cm kunyit hidup
20 biji cili padi
3 biji cili merah

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisara hingga wangi dan pecah minyak.
2. Masukkan keting yang telah direbus dan dipotong kecil.
3. Gaul rata dan masukkan santan, serai dan daun limau purut.
4. Biarkan mereneh hingga keting empuk.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga timbul minyak.
7. Setelah cukup rasa dan keting empuk. Tutup api.
8. Gulai sedia dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI