Suka sarapan dengan roti Tortilla? Kini anda boleh secara segar terus dari dapur anda. Tak payah dah beli. Jimat & rasanya pastilah lebih enak dan segar.

Inginkan Sarapan Ringkas Tapi Berkhasiat? Ini Cara-Cara Buat Roti Tortilla Mudah Untuk Anak-Anak.
foto: http://momsdish.com

Menerusi grup masakan Masak Apa Hari Ni, saudara Mohd Faisel Ab Halim berkongsi cara-cara untuk hasilkan roti Tortilla. Wow! Mudah je rupanya. Sebiji sama macam yang dibeli. Jadi kenapa perlu keluarkan wang jika anda sendiri boleh buat sendiri dengan guna bahan-bahan yang sedia ada di dapur.  Jom cuba! Bolehlah makan waktu sarapan esok.

TORTILLA HOMEMADE

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu makan minyak zaitun @ minyak masak
  • 3/4 cawan air panas mendidih

BAHAN INTI:

IKLAN
  • Isi ayam panggang @ Isi ayam goreng dengan tepung bestari
  • Romain @ lettuce salad
  • Tomato @ cherry tomato
  • Bawang besar – hiris nipis
  • Timun batang –  hiris memanjang
  • Sos cili, sos Thousand Island, mayones, sos lada hitam @ apa-apa sos yang disukai @ buat ceasar salad siap-siap)

Inginkan Sarapan Ringkas Tapi Berkhasiat? Ini Cara-Cara Buat Roti Tortilla Mudah Untuk Anak-Anak.

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masuk tepung dalam sebuah bekasdiikuti baking powder dan garam. Kacau rata adunan.
  2. Tambahkan minyak masak ke dalam adunan dan kacau hingga tepung jadibergentel-gentel.
  3. Tuang air panas ke dalam adunan dan kacau guna garfu. Bila dah agak suam, bolehlah uli menggunakan tangan. Uli hingga doh menjadi lembut dan permukaannya menjadi licin.  
  4. Biarkan doh dalam bekas yang di tutup dengan kain lembap selama 15-30 minit.
  5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan jadikan bentuk bebola ( anggaran 10-12 biji).
  6. Gelek doh hingga betul-betul nipis. Tabur sedikit tepung gandum dan bakar roti dalam kuali selama satu minit bagi setiap permukaan. Tak perlu guna minyak.
  7. Untuk menikmatinya, ambil roti tortilla yang dimasak tadi dan letakkan bahan inti secukupnya. Gulung dan sedia untuk dinikmati.

TIP: Untuk dapatkn Tortilla bulat yang sekata, selepas digelek ambil piring kuih dan tekapkan atas doh. Maka dapatlah bentuk bulat yang cantik.

Kredit resipi & foto: Mohd Faisel Ab Halim

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI