Sesuai untuk peminat ikan air tawar, resipi istimewa ikan tilapia yang disaluti ramuan tempoyak istimewa. Cara yang sangat mudah dengan hanya tumbuk semua bahan-bahan untuk dilumur pada ikan yang dibakar terlebih dahulu dan dibakar sekali lagi.
IKAN TILAPIA BAKAR TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN (TUMBUK):
- Kunyit hidup besar ibu jari
- Cili api 10 biji
- 1 batang serai
- 1 cawan tempoyak
- 1 daun kunyit hiris halus
- 1 batang serai ketuk
CARA MEMASAK:
- Gaulkan bahan tumbuk bersama tempoyak, daun kunyit yang telah dihiris, dan 1 batang serai yg diketuk, garam
- Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit, balut dengan daun kunyit/pisang, bakarkan
- Daun kunyit yang lain sapukan gaulan tempoyak di atasnya dan ikan yg telah siap dibakar diletakk di atas tempoyak. Selimut ikan dengan tempoyak secara keseluruhan
- Bakar semula sehingga ikan masak
Kredit: Fateen Amirah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Paling Mudah, Ikan Siakap Goreng Rangup Minyak Cili Thai
Ikan siakap ni, memang tak boleh lari dari masakan ala Thai yang sedap dan pedas. Resipi ikan siakap goreng rangup minyak cili Thai ini, memang best makan dengan nasi panas-panas.
Resipi yang dikongsi Ben Safwan ni, memang mudah dan cepat untuk disediakan. Ambil masa sekejap je untuk sediakan. Jom kita masak!
IKAN SIAKAP GORENG RANGUP MINYAK CILI THAI
BAHAN CINCANG:
3 biji bawang putih – beli online di sini
1 helai daun limau purut
1 batang serai sederhana – beli online di sini
2 biji cili thai
*Bahan atas ni boleh cincang atau guna chopper
TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live
TONTON Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung | Dapur Rasa Live
BAHAN LAIN:
1 ekor ikan siakap
1 sudu makan minyak cili premium Ben
3 – 4 sudu makan sos chili Thai (saya guna cap Maepranom) – beli online di sini
1 sudu makan plum sos – beli online di sini
½ sudu makan pes tomyam
2 sudu makan sos cili maggie – beli online di sini
2 sudu makan perahan air limau nipis
1 sudu makan kacang tumbuk
½ sudu makan gula somtam warna kuning
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN SAMPINGAN:
Timun batang | parut tebal
Lobak merah | parut halus
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Mula-mula, goreng ikan siakap yang dilumurkan sikit tepung beras dan garam. Guna minyak banyak sikit untuk goreng deep fry bagi rangup.
2. Kemudian, satukan bahan cincang di dalam mangkuk. Campurkan kesemua bahan dan kacau hingga semua sebati.
3. Dah siap semua, curahkan atas ikan yang siap goreng.
4. Hiaskan dengan timun batang dan lobak merah yang sudah diparut. Siap!
*resipi ini boleh sesuaikan dengan ikan tilapia, ayam goreng celup tepung dan sebagainya.
Kredit resipi: Ben Safwan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Nak Kari Pecah Minyak Dan Cantik Kejadian, Boleh Ikut Tip Yatie Kitchen Ni
Masak gulai kari ni, kalau tak betul-betul cara dan ramuan, keenakkannya tak akan terasa. Jadi buat yang kurang mahir dan nak kari anda cantik kejadiannya boleh ikut tip yang dikongsi oleh Yatie Kitchen ni. Tip untuk kari supaya pecah minyak dan cantik, selepas masukkan santan, biarkan mendidih dan tutup api. Selepas 5 hingga 10 minit barulah digaul perlahan-lahan. Tip yang sama boleh dipakai untuk masak kari ayam dan daging. Selamat mencuba.
Kari / Gulai Ikan Merah
Bahan-bahan:
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari
4 biji bawang merah kecil – dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
1 inci halis dihiris
Rempah Kari Ikan – 1 Peket
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil pes asam jawa
1 kotak santan
10 batang bendi
Garam & Mushroom Seasoning secukup rasa
JOM TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Lasagna Lemang Kari Ayam
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dalam tiga sudu besar.
2.Tumis halba campur dan daun kari.
3.Masuk bahan-bahan yang dihiris, tumis sehingga naik bau.
4.Masukkan rempah kari dan serbuk cili.
5.Masuk air setengah cawan.
6.Masuk pes asam jawa dan air lagi setengah cawan.
7.Ulang langkah yang sama sebanyak lima kali ( rempah garing masuk air , sehingga rempah kari betul-betul pecah minyak )
8.Dah pecah minyak, masuk air dalam 2 cawan , biarkan mendidih kemudian masukkan ikan , masuk santan – biarkan ( jangan dikacau ) , masuk bendi .
9.Bila mendidih, tutup api , biarkan selama 5-10 minit , barulah dikacau perlahan-lahan.
10.Perasakan dengan garam dan mushroom seasoning secukup rasa.
Kredit: Yatiekitchen
5 Resipi Stok Sambal Homemade Paling Sedap & Petua Supaya Tahan Lama Tak Berkulat
Mudahnya Buat Daging Masak Taucu. Campak-Campak Je Cukup Rasa Masam,Manis, Pedas
Sedapnya Bistik Daging, Resipi Istimewa Daripada Tok Sendiri
Rita Rudaini Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Yang Mudah Untuk Berbuka
Dalam episod Rasa Nostalgia Ramadan hari ini telah memaparkan gelagat pelakon cantik manis, Rita Rudaini bersama Cik Ala. Memang gamat studio dengan aksi spontan Rita. Dengan gelang penuh di tangan, tidak kering gusi dibuatnya.
Rita dan Cik Ala telah berkongsi resipi istimewa untuk berbuka puasa iaitu Gulai Lemak Ikan Kering Nanas. Resipi ini merupakan antara masakan yang sering dimasak oleh ibunya. Terbit rasa rindu di hati untuk menikmati hidangan dari air tangan ibu sendiri.
Tidak lengkap rasanya jika tiada hidangan pencuci mulut ketika berbuka puasa. Jadi, Rita dengan bantuan Cik Ala telah menyediakan Lepat Manis yang sedap dan menyelerakan ini. Memang layan makan ketika berbuka nanti.
Jangan lupa cuba menu yang mereka kongsikan ini. Memang sedap!
1. GULAI LEMAK IKAN KERING NANAS
BAHAN-BAHAN:
- ½ biji nanas | dipotong kecil
- Asam keping
- 2 inci halia | ditumbuk kasar
- 4 biji bawang merah | ditumbuk kasar
- 2 biji bawang putih | ditumbuk kasar
- 1 kotak santan
- 300gram ikan talang tulang tengah | rendam dahulu
- Minyak masak secukupnya
- Rempah Cap O | dibancuh dengan air
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk kasar tadi.
- Bancuhkan rempah Cap O dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan juga asam keping. Kacau hingga sebati.
- Tambahkan ikan masin. Kacau rata dan tambah air jika perlu.
- Akhir sekali, masukkan nanas. Jangan biarkan terlalu lama kerana bimbang nanas menjadi lembik.
- Tambahkan sedikit garam jika mahu. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kuah hendaklah sentiasa dikacau.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.
2. LEPAT MANIS
BAHAN-BAHAN:
- Daun pisang
- ½ cawan santan
- Sedikit garam
- 1 cawan gula melaka
- Tepung beras
- 2 cawan tepung pulut
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat doh, cairkan gula melaka di atas api perlahan terlebih dahulu.
- Kemudian, bancuh tepung pulut, gula melaka yang telah dicairkan dan sedikit santan.
- Uli dan adun sehingga menjadi sebati. Pastikan doh menjadi lembut dan tidak keras.
- Untuk inti, masak santan di atas api. Masukkan sedikit garam, satu sudu tepung beras yang telah dicampur dengan sedikit air. Kacau sehingga santan menjadi pekat.
- Untuk membalut kuih, ambil daun pisang dan sapukan sedikit minyak di atas daun pisang supaya tidak melekat.
- Kemudian, letakkan adunan di atas daun dan ratakan.
- Letakkan inti pada bahagian tengah dan balut denga kemas.
- Kukus selama 45 minit.
- Kuih lepat manis sedia dimakan.
Memasak dan Menyediakan Minuman Berbuka Dari LG PuriCare™
Setiap hari menyediakan sajian berbuka mahu pun bersahur, pastikan kita menggunakan air yang benar-benar bersih. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD menyediakan air bersih yang segar untuk anda seisi keluarga. Jadi tidak perlu lagi tangki simpanan air di mana mikroorganisma yang berpotensi berbahaya dan dapat mengelakkan air direbus berulang-ulang bila mahu membuat minuman panas.
Saiznya yang tidak terlalu besar bukan sahaja tidak memakai ruang yang banyak, ia juga mudah dipasang. Muncungnya yang boleh bergerak ke atas dan bawah serta ke kiri dan kanan ini mempercepatkan lagi pergerakan tugas anda di dapur terutama kala mahu mudah memasak hidangan berbuka atau bersahur.
Anak-anak yang besar juga boleh diminta membantu menyediakan air minuman sejuk atau panas tanpa perlu menambah ais atau tanpa menghidupkan api gas untuk memasak air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
Tonton Rasa Nostalgia Ramadan Sepanjang Bulan Ramadan Ini
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.