IKAN KEMBUNG STIM BERSAMBAL

BAHAN-BAHAN

  •  1 ekor ikan kembung bersaiz besar
  •  3 sudu makan pes sambal
  •  1 biji limau kasturi
  •  2 batang bendi ] hiris serong
  •  1 biji bawang besar ] hiris bulat
  •  1 biji cili merah ] hiris
  •  Garam dan gula secukupnya
  •  Aluminium foil


BAHAN-BAHAN PES:

  • 100gm cili kering ] buang biji dan rendam
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2.5cm belacan ] pilihan
  • 1/2 cawan kecil air asam jawa
  • Minyak masak secukupnya


CARA-MEMASAK PES:

  1. Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat. Panaskan ΒΌ minyak masak.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan.
  3. Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama). Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.

CARA MEMASAK IKAN:

  1. Sediakan aluminium foil. Ikan kembung dilumur garam, gula dan perahan limau kasturi. Kemudian masukkan ikan ke dalam aluminium foil.
  2. Masukkan pula pes sambal, hirisan bawang besar, cili merah dan bendi. Balut ikan dengan kertas aluminium foil tadi dan kukus dalam 15 minit. Selepas 15 minit, angkat dan hidangkan


Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Ada rasa masam dan sedikit pedas
Jenis masakan: Lauk pauk
Cara memasak: Kukus