Lauk yang caranya cuma ditumis adalah sejenis lauk yang boleh membangkitkan selera. Cara masaknya tidak susah dan bahan-bahannya pun tidaklah banyak. Biasanya bahan yang digunakan memang bahan yang sentiasa ada di dapur.

Misalnya, ikan bilis, bawang dan cili. Biasanya memang ada di dapur, kan?

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi lauk ringkas yang dinamakan sebagai ikan bilis hancur. Boleh dikatakan lauk ini sememangnya ringkas, bahannya pun tidak banyak, namun baunya sahaja sudah boleh membangkitkan selera. Sesuai dimakan dengan nasi mahupun bubur nasi.

IKLAN

IKAN BILIS HANCUR

Ikan Bilis Hancur, Tumis Pedas-Pedas Jadi Lauk Penyedap Makan

BAHAN KISAR KERING
Segenggam ikan bilis
3 ulas bawang merah kecil

IKLAN

BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
1 labu bawang besar (hiris)
10 tangkai cili padi
Gula secukupnya
1 sudu kecil cuka makan

Ikan Bilis Hancur, Tumis Pedas-Pedas Jadi Lauk Penyedap Makan

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Kisar kering ikan bilis dan bawang merah kecil.
2. Panaskan minyak masak. Tumis BAHAN KISAR tadi.
3. Tumis sehingga bahan tersebut kering.
4. Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Masak sehingga bawang layu.
5. Masukkan cili padi. Gaul rata.
6. Masukkan gula dan cuka makan.
7. Masak lagi sehingga cili padi pun turut layu.
8. Matikan api. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Facebook Yasmin Dayanti Fami

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI