Lauk panas-panas seperti ikan bakar ni memang sedap. Siap je bakar, hidang terus. Ada pula ulam-ulaman dan sambal belacan, wahhhhh..bertambah nasi di pinggan. Terasa nak makan ikan bakar waktu ‘lunch nanti? Bolehlah cuba resipi ni.

IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 keping aluminium foil
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu makan air asam jawa

Bahan-bahan kisar:

IKLAN
  • 10 biji cili kering
  • 5 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah keras
  • Sedikit kunyit hidup
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C.
  4. Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.
  5. Seterusnya  letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal.
  6. Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit.
  7. Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit.
  8. Setalah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.

INFO CHEF: Selain ikan bawal anda boleh gunakan ikan talapia atau siakap.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI