Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan 1 Pes Sambal Olah Jadi 4 Menu Sedap & Mudah Masak.

1 Pes Sambal Olah Jadi 4 Menu Sedap & Mudah Masak.

Setiap hari anda bergegas balik cepat semata-mata nak masak  makan malam ahli keluarga. Sayang kesesakan jalan raya kerap  jadi punca rutin harian menjadi  kelam kabut, kadang-kadang sampai stres. Sudahnya sampai rumah masak pun cincai-cincai je.

Tenang ye ! Jangan stres-stres.  Apa kata cuti hujung minggu anda buat pes sambal  dalam kuantiti yang banyak kemudian frozenkan.  Sebelum pergi kerja pagi pindahkannya ke bahagian bawah peti sejuk. Bila balik dan nak masak boleh terus guna, tak perlu nak berair mata kupas bawang, tumbuk cili bagai. Sah! Penggunaan pes segera ini boleh membantu kerja memasak dapur lebih cepat dan mudah.

Anda boleh pelbagai jenis masakan hanya dengan menambah sedikit bahan lain, pes yang sama boleh buat sambal sotong, buat asam pedas ikan dan macam-macam lagi, ikut idea bijak anda ye.

Sebagai panduan, ini admin kongsikan idea empat resipi masakan berasaskan pes sambal berserta pes sambal sekali.

Kalau anda ada ideal lain jangan lupa kongsi-kongsikan.

 PES SAMBAL

BAHAN-BAHAN

  • 100gm cili kering | Dibuang biji dan rendam
  • 3 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 2.5cm belacan | pilihan
  • ½ cawan kecil air asam jawa
  • Minyak masak secukupnya

CARA-MEMASAK

  1. Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat. Panaskan ¼ cawan minyak masak.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan.
  3. Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama). Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.

1 Pes Sambal Olah Jadi 4 Menu Sedap  & Mudah Masak.

IKLAN

SAMBAL SOTONG PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor sotong | potong gelang
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 biji bawang merah | racik
  • 1 batang serai | ketuk
  • 3 sudu makan pes sambal
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah yang telah diracik. Setelah agak berbau wangi, masukkan pes sambal dan serai. Tumis dengan api sederhana hingga naik bau.
  2. Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sebentar.
  4. Setelah agak kuah telah pekat dan sambal pecah minyak, angkat dan hidangkan.

1 Pes Sambal Olah Jadi 4 Menu Sedap  & Mudah Masak.

IKAN CENCARU  STIM BERSAMBAL

IKLAN

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan kembung bersaiz besar
  • 3 sudu makan pes sambal
  • 1 biji limau kasturi
  • 2 batang bendi | hiris serong
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 1 biji cili merah | hiris
  • Garam  dan gula secukupnya
  • Aluminium foil

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan aluminium foil. Ikan kembung dilumur garam, gula dan perahan limau kasturi. Kemudian masukkan ikan ke dalam aluminium foil.
  2. Masukkan pula pes sambal, hirisan bawang besar, cili merah dan bendi. Balut ikan dengan kertas aluminium foil tadi dan kukus dalam 15 minit. Selepas 15 minit, angkat dan hidangkan

1 Pes Sambal Olah Jadi 4 Menu Sedap  & Mudah Masak.

SAMBAL TUMIS TELUR

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 biji telur | rebus, buang kulit dan digoreng
  • 3 sudu makan pes sambal
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit hirisan daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Panas kan minyak di dalam kuali dan tumis pes sambal hingga terbit bau.
  2. Masukkan garam dan gula secukup r
  3. Setelah sambal pecah minyak, masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi dan gaulkan untuk pastikan semua telur bersalut sambal.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

1 Pes Sambal Olah Jadi 4 Menu Sedap  & Mudah Masak.

ASAM PEDAS AYAM

BAHAN-BAHAN

  • 4 ketul ayam | sederhana besar
  • 3 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • Sedikit daun ketumbar
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit. Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan bunga kantan. Kacau hingga bau wangi.
  2. Masukkan sedikit air asam jawa dan air untuk kuah. Masukkan daun kesum. Setelah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Sesuaikan garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
  3. Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidangkan untuk aroma.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI