Salad Ayam Pasta. Mudah nak buat & sedap. Kalau tak idea nak makan apa malam nanti. Menu ni boleh anda cuba.

 

Idea Makan Malam Paling Mudah! Salad Ayam Pasta Memang Sempoi!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 130gm mayones
  • 1 sudu makan madu
  • 50ml susu segar
  • 1 sudu teh mustard
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 320 pasta spiral | direbus
  • 160gm isi ayam rebus | dicarik
  • 40gm lada benggala hijau |potong dadu
  • 40gm lada benggala merah |potong dadu
  • 40gm lobak merah | potong kecil dan celur seketika
  • 40gm buah zaitun hitam | dihiris

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan mayones, madu, susu dan mustard ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan garam, serbuk lada hitam, pasta spiral, isi ayam, lada benggala, lobak merah dan buah zaitun.
  3. Gaul sekali lagi hingga semua bahan sekata.
  4. Sedia untuk dinikmati.

https://www.facebook.com/majalahrasa/videos/10156116856598739/

IKLAN

 

IKLAN

ANDA BOLEH CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:

Resipi Pasta Fusion Sesuai Untuk Tekak Orang Malaysia!

http://www.rasa.my/10-tip-masak-pasta-setanding-restoran-fine-dining/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI