Untitled-design84

Resipi Daging Hitam kali ini cukup istimewa. Mengikut perkongsian dari Rose Misymuchy, resipi ini diberikan oleh ibu mertuanya yang biasa dimasak bila tiba hari raya. Kalau dah sedap tak payah tunggu raya, sekarang pun boleh masak. Sesuai jer dimakan bila-bila masa, cuma banyak sikit rencahnya bergantung pada jumlah daging yang hendak dimasak. Bolehlah cuba sediakan untuk keluarga. Pasti puas hati.

RESIPI DAGING MASAK HITAM IBU MERTUA

BAHAN-BAHAN:

  • Daging (lagi sedap kalau daging batang pinang) – anggaran 1 kg
  • Jintan kasar (*)
  • Jintan halus (*) – jumlah kurang sedikit dari jintan kasar
  • 5-6 kuntum bunga lawang (*)
  • 1 keping kulit kayu manis (*)
  • 9 biji buah pelaga (*)
  • Cili kering (*) – jumlah ikut kepedasan yang diingini
  • Kicap lemak manis secukupnya – ikut jumlah daging
  • Kicap pekat – jika ada
  • Gula secukup rasa
  • 2-3 tangkai daun kari

Ibu Mertua Kongsi Resipi Daging Hitam. Memang Sedap & Wajib Cuba.

BAHAN TUMIS:

  • 2-3 biji bawang merah
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Ibu Mertua Kongsi Resipi Daging Hitam. Memang Sedap & Wajib Cuba.

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Sangai bahan bertanda (*) sampai bau harum. Kemudian sangai dengan cili kering sedikit, ikut kepedasan masing-masing.

Ibu Mertua Kongsi Resipi Daging Hitam. Memang Sedap & Wajib Cuba.

2. Kisar kering hingga halus bahan-bahan yang disangai tu dan gaul dengan daging yang dah dibasuh. Kemudian perap dalam setengah jam.

Ibu Mertua Kongsi Resipi Daging Hitam. Memang Sedap & Wajib Cuba.

IKLAN

3. Hiris nipis semua bahan tumis (bawang merah, bawang putih dan halia). 

4. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris. Bila dah garing, masukkan daging yang diperap tadi.

5. Sambil kacau, masukkan kicap kipas udang dan gula dengan secukup rasa. Nak pekat, tambah sikit kicap pekat. Kemudian masak dalam preasure cooker lagi cepat empuk.

IKLAN

6. Masak daging sampai kering dan bersalut rempah. Masukkan daun kari. Siap. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Ibu Mertua Kongsi Resipi Daging Hitam. Memang Sedap & Wajib Cuba.

Nota: Daging boleh juga digantikan dengan ayam yang telah digoreng sekejap. Tabur daun kari.

 

Kredit resipi & foto: Rose Misymuchy

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI