Sedapnya dapat makan tengahari dengan menu nasi kuning bersama dengan daging goreng Terengganu, acar nenas dan sambal belacan.

Jom kita buat dengan resipi istimewa yang dikongsi saudara Muliadi Ramli.

 

DAGING GORENG TERENGGANU

Hidangan Lengkap Nasi Kuning Bersama Daging Goreng Terengganu & Acar Nenas

BAHAN-BAHAN:

700gm daging

BAHAN KISAR HALUS:

6 biji bawang merah – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
1 inci halia
7 biji cili padi (buat yang suka pedas) – beli online di sini

TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung

BAHAN UNTUK TUMIS:

1 biji bawang besar | dimayang
3 ulas bawang putih | dimayang
1 inci lengkuas 1 inci | dihiris nipis – beli online di sini
3 sudu besar cili boh – beli online di sini
Air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Perasa
2 biji lada besar merah – beli online di sini
Cili burung hijau & merah
½ biji bawang holland (untuk hiasan) – beli online di sini
3 sudu besar sos cili del monte

Hidangan Lengkap Nasi Kuning Bersama Daging Goreng Terengganu & Acar Nenas

CARA-CARA:

IKLAN

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumis. Apabila bahan tumis garing, masukkan cili boh. Tumis sampai pecah minyak.
2. Masukkan lengkuas, bahan kisar halus. Tumis lagi sampai pecah minyak. Kemudian, masukkan daging. Tutup dalam 20 minit, guna api yang kecil.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Bila daging separuh masak, masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masak lagi sampai daging masak.

RESIPI NASI KUNING

Hidangan Lengkap Nasi Kuning Bersama Daging Goreng Terengganu & Acar Nenas

BAHAN-BAHAN:

3 cawan beras Basmathi (direndam 40 minit dan ditoskan) – beli online di sini
Rempah 4 sekawan
3 biji bawang putih | dimayang
5 biji bawang merah | dimayang nipis-nipis
1 inci halia | dihiris nipis – beli online di sini
4 helai daun pandan
1 kiub pati ayam – beli online di sini
Garam secukup rasa
Pewarna kuning
1 senduk susu cair (resipi asal tidak letak susu cair, air sahaja) – beli online di sini
1 sudu besar marjerin – beli online di sini
2 sudu besar minyak masak

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

CARA MEMBUATNYA:

1. Saya gunakan periuk elektrik. Masukkan minyak dan marjerin. Panaskan. Bila panas, masukkan bawang merah, bawnag putih, halia, daun pandan dan 4 sekawan. Tumis sampai naik bau.
2. Lepas tu, masukkan air. Tunggu mendidih. Masukkan kiub ayam, serbuk kunyit dan susu cair. Kacau.
3. Masukkan beras basmathi, kacau. Masukkan garam dan kismis. Kacau rata. Masak nasi macam biasa.
4. Bila nasi masak, kacau perlahan dan balik-balikkan nasi. Biar lagi 20 minit untuk nasi kering sepenuhnya.

RESIPI ACAR NENAS

Hidangan Lengkap Nasi Kuning Bersama Daging Goreng Terengganu & Acar Nenas

BAHAN-BAHAN:

1 biji nenas | dikupas kulitnya dan dipotong nipis
½ keping gula melaka – beli online di sini
4 sudu besar cuka makan – beli online di sini
1 cawan air
2 sudu besar cili boh
Garam secukup rasa

TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk 

CARA MEMBUATNYA;

IKLAN

1. Masukkan cili boh, kacau dengan api perlahan. Masukkan air sampai mendidih.
2. Masukkan gula melaka. Bila pekat sikit, masukkan cuka dan garam. Tutup api. Bila dah sejuk, masukkan nenas. Siap.

RESIPI SAMBAL BELACAN

Hidangan Lengkap Nasi Kuning Bersama Daging Goreng Terengganu & Acar Nenas

BAHAN-BAHAN:

4 biji cili besar merah – beli online di sini
20 biji cili padi – beli online di sini
Belacan sebesar ibu jari (dibakar biar wangi)
1 biji limau kasturi (dibuang biji)
Garam & gula
½ sudu pes asam jawa – beli online di sini
1 biji limau nipis

CARA MEMBUATNYA:

Kisar semua bahan kecuali limau nipis. Air sedang-sedang. Jangan terlalu sedikit atau banyak. Kisar jangan terlalu halus. Keluarkan dan perah limau nipis. Rasa secukup rasa. Siap.

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

5 Menu Snek Ringan, Gerenti Bebas Dari Pengawet 

Rupanya Guna Cara Tanam Gantung, Patutlah Cili Tumbuh Subur & Besar

Rahsia Nasi Lemak Sedap & Tahan Lama, Wanita Ini Kongsi Resipi Arwah Mak

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI