Akhir-akhir puasa, dah sibuk buat persiapan raya, berbuka pun masak yang simple dan ringkas je. Jadi menu Hari Tumis Berempah ini mungkin idea bagus anda jadikan lauk berbuka yang mudah disediakan. Resipi macam biasa RASA kongsikan di sini, selamat mencuba.
HATI MASAK BEREMPAH:
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg hati lembu | potong nipis dan bersihkn
1 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap lemak manis secukupnya
Garam, gula dan perasa secukup rasa
2 biji cili masak | belah 2
1 biji tomato | belah 6
1 biji bwng besar | potong bulat
BAHAN KISAR:
1 biji bwng besar
4 ulas bwng putih
1 inci halia
CARA MEMBUAT:
- Masukkan bahan kisar dalam bekas berisi hati yang telah dicuci bersih dan tos.
- Tambahkan ke dalamnya rempah kari, sos cili, sos tiran dan kicap {jika kurang hitam boleh tambah kicap). Perap sekejap.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis hati yang diperap tadi.
- Masukkan sedikit air, masak hingga agak kering dan hati empuk (kalau belum empuk boleh tambah air lagi).
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa,
- Akhir sekali masuk cili merah, hirisan bawang dan tomato.
- Kacau sekejap dan tutup api.
- Hati Tumis Berempah sedia dihidangkan.
Kredit resipi : by mazliza ahmad.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rugi Tak Try 3 Menu Nusantara Ni, Boleh Layan Sedapnya.
Nak cuba masakan nusantara? Jangan bimbang, rasanya macam masakan Melayu, sedap dan memang boleh layan. Kali ini RASA kongsikan tiga menu yang ada pengaruh Indoesia dan Filipina. Soal bahan-bahan, sama seperti orang Malaysia masak. Apa tunggu lagi jom kita pelbagai masakan dalam menu harian.
AYAM WOKU MANADO
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | potong sederhana
- 5 helai daun limau purut
- 2 helai daun pandan
- 2 batang serai | titik
- 760gm air
- 1 biji tomato | potong dadu
- 2 batang daun bawang | hiris halus
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun Kemangi | secukupnya
BAHAN KISAR :
- 4 tangkai cili kering
- 3 biji cili merah
- 5 biji cili padi
- 4 sudu makan minyak masak
- 6 biji buang keras
- 3cm kunyit hidup
- 3cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan kisar bersama daun limau purut, pandan, serai hingga wangi.
- Masukkan ayam, masak hingga ayam kecut, masukkan air.
- Perasakan dengan maram, gula secukup rasa, biarkan terus mendidih hingga ayam empuk.
- Akhir sekali sebelum tutup api masukkan hirisan tomato, daun kemangi dan daun bawang.
- Sedia dihindangkan.
AYAM KUNYIT KEDAYAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | potong kecil
- 2 sudu makan pes cili dikisar
- Sedikit belacan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 batang serai | titik
- 2 keping asam gelugor
- 1 litter santan
- Garam, gula secukup rasa
- Minyak masak
- Air | jika perlu
BAHAN KISAR:
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan pes cili, belacan, serbuk kunyit dan serai, kacau seketika.
- Setelah tumisan pecah minyak, masakkan ayam dan asam gelugor.
- Masukkan sedikit air, kacau rata hingga ayam kecut.
- Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- 1 1/2 liter air
- 5 ulas bawang merah | hiris
- 4 ulas bawang putih | cincang
- 3 cm halia | hiris nipis
- 4cm lengkuas | hiris nipis
- 10-15 biji cili padi
- 3 batang serai | titik
- 2 helai daun salam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh belacan | bakar
- 3 biji tomato | potong kiub
- 300gm nanas | potong dadu
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
- Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
- Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
- Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
- Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, sedia dihidangkan
Resipi Sambal Hitam Pahang Yang Sedap, Pedas & Mudah Buat
Sambal Hitam adalah menu kebanggaan rakyat Pahang. Pelengkap hidangan yang simple tapi rasanya sangat sedap! Namun ramai yang kurang yakin nak buat kerana takut tak menjadi. Sebenarnya, mudah je nak buat sambal hitam ni. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Ain Nazirah Roslan ni. Sangat mudah!
SAMBAL HITAM PAHANG
BAHAN-BAHAN:
- Minyak masak
- Belimbing buluh yang sudah direbus – secukupnya
- 1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan disukai)
- 1/2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
- 7 ulas bawang merah (5 ulas – ditumbuk, 2 ulas – dihiris nipis)
- 5 ulas bawang putih (3 ulas -ditumbuk, 2 ulas – dihiris nipis)
- 1/2 biji bawang besar – dihiris nipis *jika perlu
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Kemudian tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.
3. Kemudian masukkan bahan bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih, belimbing buluh, cili padi dan ikan bilis) sekaligus. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga sambal hitam sedikit kering.
5. Jika suka, boleh masukkan hirisan bawang besar. Masak hingga lembut/layu kemudian baru diangkat dan dinikmati.
INFO: Sambal ini boleh tahan lama. Boleh makan dengan roti dan nasi panas.
Kredit resipi & foto: Ain Nazirah Roslan
Aktif Memasak Di Instagram, Kini Sharifah Zainon Berkongsi Resipi di Rancangan Rasa Instafamous!
Menjenguk laman sosial Hajah Sharifah Zainon di instagram seperti melihat seorang ibu sedang asyik memasak untuk anak-anak. Di samping gambar masakan yang dikongsikan, rakaman video aksi bersahajanya yang sedang memasak membuatkan sesiapa sahaja yang mengikuti IGnya akan merasa seronok.
Kali ini, beliau tampil dan beraksi di dapur rancangan Rasa Instafamous sambil berkongsi tips dan resipi menarik.
“Bermula pada tahun 2014, hanya berjinak-jinak mengambil gambar masakan dan memuat naik dalam instagram sahaja tetapi bila ramai yang direct message bertanyakan mengenai resipi, saya mula membuat rakaman video supaya senang diikuti. Hari-hari memang ada sahaja pengikut IG yang memberi feedback gembira setelah mencuba resipi yang yang saya kongsikan. Syukur alhamdulillah mereka suka, terutama pasangan muda yang beru berumahtangga”, katanya.
Ibu kepada 5 orang anak ini ternyata seorang yang penyabar, sangat peramah dan mudah mesra. Mula minat memasak selepas berkawin dengan suami tercinta Haji Mokhtar Mohamad apabila menyedari suaminya tidak minat untuk makan di luar. Dari situ beliau belajar memasak cuba untuk menawan hati suami dengan masakan kegemarannya. Beliau mencuba mempelbagaikan masakan agar suami dan keluarganya tidak jemu.
Hampir 28 tahun melayari rumah tangga, suaminya masih tidak suka makan di luar kerana percaya air tangan isterinya lebih memukau. Selama 5 tahun beliau belajar memasak sendirian berpandukan buku resipi setelah mengikuti suaminya yang ditugaskan ke Sarawak. Dari situ beliau sudah mahir memasak pelbagai jenis masakan seperti western food, chinese food dan lauk kampung yang menjadi kesukaannya. Selain menjadi suri rumah sepenuh masa beliau juga ada menjalankan bisnes kecil-kecilan untuk mengisi masa lapangnya.
Bagi anda yang ingin mencuba dan mengenali Sharifah Zainon dengan lebih dekat lagi, bolehlah ‘follow’ Instagram beliau. Berikut beliau telah kongsikan 3 resipi mudah yang boleh anda sajikan buat keluarga. Selamat mencuba!
https://www.facebook.com/majalahrasa/videos/1067739203394224/
Kepada anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.