Resipi lama yang dikongsi oleh Kak Yan ni memang jarang dimasak. Bagi mengembalikan nostalgia lama di kampung halamannya, ia dimasak mengikut cara orang lama. Gulai taucu ini enak dimakan dengan pulut putih dan menjadi sarapan yang disukai di tempat Kak Yan dahulu. Memasaknya juga mudah. Tip bagi enakkan masakan ini ialah pastikan taucu dimasak garing dan guna taucu yang berkualiti.
GULAI TAUCU IKAN BILIS
Bahan-bahan:
3 biji bawang merah
5-7 ulas bawang putih
3 inci halia
6 biji cili hijau
3 sudu besar Taucu (guna taucu Opah)
1 sudu besar sos tiram
Air panas secukupnya (untuk kuah)
Air asam jawa secukupnya
2 gengam Ikan bilis (yang sudah dibasuh)
Gula secukup rasa
Cara membuat:
1.Panaskan minyak,tumis bawang merah, bawang putih dan cili hijau dan halia sehingga wangi.
2.Masukkan taucu dan sos tiram.
3.Masukkan air panas dan air asam jawa dan gula.
4.Masukkan ikan bilis dan masak sehingga mendidih.
5.Tambahkan air jika perlu
Kredit: azianhasan
Makan Licin Sampai Ke Tulang. Resipi Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Ni Memang Sedap
Sedapnya Asam Pedas Utara, Hirup Kuah Hingga Titisan Terakhir
Sedapnya…Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Boleh Masak Sempena Hari Merdeka
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teringin Nak Makan Kari Tapi Versi Tanpa Santan? Resipi Kari Ikan Siakap Ni Anda Boleh Cuba.
Sajian kari sememangnya antara menu kegemaran rakyat Malaysia. Namun bagi yang inginkan juadah lebih sihat, boleh juga hasilkan kari tanpa menggunakan santan. Macam mana tu? Ha…Cubalah resipi Kari Ikan Siakap tanpa santan perkongsian Puan Sabrina Khan ni. Hidangan ni adalah ‘specialty’ beliau kerana suaminya berketurunan India. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
KARI IKAN SIAKAP TANPA SANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap – digoreng dulu separuh masak
- 2 bungkus kecil rempah kari ikan babas
- Bendi secukupnya
- 2 batang serai – dititik (*)
- 1 inci halia – diketuk tapi jangan lumat sangat (*)
- 4 ulas bawang putih – ditumbuk (*)
- 5 ulas bawang merah ditumbuk (*)
- Daun kari (*)
- 2 kuntum bunga lawang (*)
- 2 biii tomato dibelah 4 (*)
- Sedikit ikan bilis ditumbuk hancur untuk memasinkan kari (*)
- Air asam jawa secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan-bahan bertanda (*) menggunakan minyak goreng ikan tadi hingga naik bau.
- Kemudian masukkan air bersama rempah kari. Kacau rata dan biarkanhingga rempah kari betul-betul masak.
- Seterusnya barulah dimasukkan ikan, air asam jawa dan bendi. Masak hingga terbit minyak.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
INFO RASA: Penggunaan ikan bilis dan asam jawa sudah memberikan rasa pada kari. Jika anda sukakan rasa yang lebih masin, tambah garam ikut citarasa.
Kredit resipi & foto: Puan Sabrina Khan
Resipi Ikan Rebus Air Asam. Menu Paling Ringkas Tapi Sedap
Bagi penggemar sajian berasaskan ikan, pasti pernah rasa lauk Ikan Rebus Air Asam ni. Ada restoran yang menjualnya. Lepas ni, tak perlulah beli lagi kerana anda pun boleh hasilkan sendiri di rumah. Resipinya mudah sahaja. Serius, memang tak renyah langsung. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Hawa Nadila Sari ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK IKAN REBUS AIR ASAM YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Ikan kembung/pelaling – dibersihkan
Asam gelugur (beli online disini)
Bawang merah besar – dihiris (beli online disini)
Cili padi – dihiris
Cili merah – dipotong
Belacan – dibakar & ditenyeh (beli online disini)
Tomato – dipotong dadu
Pes asam jawa (beli online disini)
2 biji limau kasturi
Garam & gula secukup rasa
(jumlah bahan-bahan bergantung pada cita rasa masing-masing dan bilangan ikan yang digunakan)
CARA MEMASAK:
1. Ikan direbus dengan asam gelugur, secubit garam dan sedikit air.
2. Biarkan ikan mendidih dan masak. Angkat ikan dan ketepikan.
3. Buangkan kepingan asam gelugur yang telah direbus tadi.
4. Ambil air rebusan ikan dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan hirisan bawang merah besar dan cili padi. Jika ingin kuah banyak, tambah air secukupnya)
5. Seterusnya masukkan cili merah dan juga tomato.
6. Masukkan pes asam jawa dengan secukupnya dan perahkan limau kasturi.
7. Tambahkan belacan, garam dan gula dengan secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan perasa larut.
8. Sesuaikan rasa mengikut cita rasa masing-masing dan juga kepekatan kuah yang diingini.
9. Letak ikan di dalam bekas bersesuaian dan siram kuah tadi diatas ikan rebus. Hidangkan bersama nasi panas.
Kredit resipi & foto: Nurul Hawa Nadila Sari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Bancuhan Ikan Celup Tepung Rangup Tanpa Guna Air Kapur
Peniaga Kongsi Resipi Ayam Percik Sedap. Boleh Cuba Masak Untuk Keluarga.
Aneka Resipi Puding Homemade Yang Mudah & Sedap Dimakan Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Menu Ikan + Minuman Dari Halia, Makanan Sunnah Elok Dibuat Berbuka
Halia biasa kita guna untuk menghilangkan hanyir ayam , ikan dan daging dalam masakan kan. Ia juga memberi aroma dan rasa yang sedap dalam masakan .
Tahukah anda sebenarnya halia juga adalah salah dari makanan yang ada disebut dalam Al-Quran. Dalam Ayat 17, surah Al Insan yang bermaksud: “Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya zanjabil’. (ayat17, Surah Al-Insan).
Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu.
Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.
Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.
Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampurkan dengan lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin dalam badan.Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.
Halia juga boleh mengubati penyakit, kekurangan tenaga, pening kepala, dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.
Ni 2 resipi yang menggunakan halia dalam ramuan, cubalah dah tentu dapat khasiatnya sekali.
IKAN JENAHAK KICAP HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan jenahak | siang dan bersihkan
- 1/2 cawan minyak sayuran
- 1/4 cawan hirisan halia segar
- 2 biji bawang merah | cincang
- 1 biji cili merah | hiris
- 2 sudu makan kicap soya
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit daun ketumbar | hiris
CARA MEMASAK:
1. Kerat ikan kepada tiga atau empat bahagian.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sayuran. Goreng ikan hingga bertukar menjadi kekuningan di kedua bahagian. Angkat ketepikan.
3. Masukkan hirisan halia dan tumis hingga wangi dan lembut. Tambah hirisan bawang merah, cili merah, daun ketumbar dan kicap soya. Masak untuk beberapa ketika dan tambah air secukupnya. Jika ingin berkuah, masukkan lebih air. Begitu juga sebaliknya.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan kembali ke dalam kuali. Gaul sebati. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Tak perlu tambah garam jika sudah cukup masin.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Moden
Keistimewaan : Rasa ikan berlemak , manis dan berjus
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
ORANGE, LEMON, CARROT & GINGER ZINGER JUICE
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji oren | buang kulit dan biji
- 1 biji lemon | buang kulit dan biji
- 1 inci halia segar | buang kulit
- 10 – 12 batang lobak merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar minuman dan kisar hingga ia lumat.
2. Tuang ke dalam gelas dan sedia dinikmati.