Apa hidangan istimewa di Hari Raya Korban?Rasa macam nak buat gulai kawah dan nasi kebuli seperti yang dikongsi oleh Kallthom Mohamed. Barulah ada feel hari raya. Daging segar dan segala ramuan sudah tersedia, jomlah kita buat. Bila cukup ramuan barulah sedap gulai kawah yang dihidangkan.

Gulai Kawah & Nasi Kebuli Hidangan Raya Korban Untuk Keluarga Nikmati
GULAI KAWAH
Bahan-bahan:

  • 1 1/2 kg daging (ada orang suka + tulang)
  • 1 ulas bawang besar*
  • 8 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 3 hiris halia*
  • 2 hiris lengkuas*
  • 3 hiris kunyit*
  • 3 sudu besar rempah kampung
  • 1 1/2 senduk cili mesin
  • 450-500gm santan pekat
  • 1 sudu besar nyor gula
  • Nisang/gula
  • Garam
  • Asam jawa
  • Belacan (pilihan)
    Kisar semua bahan bertanda *

Bahan-bahan untuk menumis:

  • Rempah 4 beradik
  • 3 ulas bawang merah- mayang
  • 2 ulas bawang putih-mayang
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak;
1.Panaskan minyak, masukkan bawang, halia mayang dan rempah 4 beradik.
2.Bila dah naik bau (bawang warna kuning), masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi berserta cili mesin.
3.Kacau dan bila dah naik bau (pecah minyak) masukkan daging. Masukkan air asam jawa, belacan dan secubit garam. Kacau rata dan tutup periuk.Kita mati air dulu.
*** api jangan terlalu besar untuk mengelak daging lambat empuk.
4.Buka dan kacau sekali sekala.
5.Bila daging dah empuk, masuk nyor gula.
6.Kacau dan bolehlah masukkan santan, garam dan nisang. Tambah air jika perlu. Kacau sekali sekala.
7.Bila dah mendidih, slowkan api dan masaklah sehingga pecah minyak.

Gulai Kawah & Nasi Kebuli Hidangan Raya Korban Untuk Keluarga Nikmati

Gulai Kawah & Nasi Kebuli Hidangan Raya Korban Untuk Keluarga Nikmati

IKLAN

NASI KEBULI
Bahan-bahan:

  • 3 mug beras (kite guna beras Basmathi)
    * Jika guna beras Siam atau beras biasaKena tambah beras pulut ( 4:1)
    Basuh bersih dan rendam sekejap.
  • 4 1/2 mug air
  • 3 ulas bawang merah- mayang
  • 2 ulas bawang putih- mayang
  • 1 inci halia (ketuk)
  • Rempah 4 beradik
  • Daun pandan
  • 1 sudu besar lada hitam dan 1 sudu besar ketumbar diblend/ditumbuk kasar + 1 sudu besar halba – bunjutkan seperti sup bunjut
  • Minyak utk menumis.

Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan masukkan bawang yang dimayang, 4 beradik, halia & daun pandan.
2.Tumis hingga naik bau.
3.Tambah air dan rempah yang dibunjut tadi. Bila dah mendidih masukkan beras, garam dan sedikit gula. Kacau dan tutup peiuk. Kite guna rice cooker je.
Kredit: Kallthom Mohamed

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

IKLAN

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

IKLAN

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.dailymotion.com/video/x8c7ka6

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI