Buat yang menjaga diet, pasti memilih untuk makanan yang sihat dan mengenyangkan. Menu ikan salmon sering jadi pilihan kerana kandungan protein yang tinggi. Bukan hanya salmon digunakan malah bayam melengkapi diet anda sepanjang hari .

 

Garlic Butter Creamed Spinach Salmon Menu Ringkas Untuk Makan Malam

Garlic Butter Creamed Spinach Salmon

Bahan-bahan untuk Salmon

2 keping Salmon (pilih yang banyak lemak) – BELI DI SINI 
Italian Herbs –BELI DI SINI
Garam Kosher – BELI DI SINI

Bahan-bahan untuk Sos

2 sudu makan butter –BELI DI SINI
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
250ml santan
200gm cheese parmesan –BELI DI SINI
Bayam (atau sayur pilihan)
Italian herbs
Sebiji jus lemon
2 tangkai oregano –BELI DI SINI
3 helai bay leaves –BELI DI SINI

Cara memasak:

IKLAN

1.Panaskan pan dengan sedikit mentega

2.Gaulkan salmon dengan italian herbs & garam

3.Pan fried Salmon dua-dua belah sehingga kulitnya garing dan ketepikan.

Sos:-

1.Panaskan pan dengan minyak dari salmon dan 2 sudu mentega.

IKLAN

2.Saute bawang besar & bawang putih yang telah dikisar tadi sehingga wangi

3.Masukkan santan, bayam, italian herbs , oregano, bay leaves & parmesan cheese. Gaulkan rata.

4.Masukkan garam secukup rasa & perahkan lemon.

5.Kacau. Tutup api & curahkan sos di atas salmon tadi.

6.Sedap dihidangkan dengan nasi mentega atau pasta pilihan.

IKLAN

SELAMAT MENCUBA!

Resipi ikhlas daripada Datin Shida Yusoff @missdessertparlour

 

Chicken Popcorn & Sos Buttermilk, Simple Tapi Sedap Sungguh

Resipi Dim Sum Filet Ketam Homemade. Sedap & Dijamin Halal

Cara Buat Coney Sosej Ala A&W. Homemade & Sangat Sedap!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI