Brownie ni simple aje, teksturnya lembut dan crunchy. Penggemar coklat mesti suka , ada nutella di dalamnya.
Coklat gelap dan coklat susu compound memang ummphlah. Jom tengok resipi yang dikongsikan dalam laman FB : Buku Resipi Cik Bunga April. Dapat dua talam ni.
FLAT BROWNIES
IKLAN
BAHAN-BAHAN :
100gm mentega 250gm dark chocolate + milk compund beryls (mix kan klu suka pahit lebihkan choc dark) 1 sudu besar nutella (blh gnti dgn chocolate spread brand lain) 2 biji telur 1/2 cawan gula perang 150gm tepung gandum 1 sdk tpg beras 1sdk baking powder esen vanila shortening (sapu pada loyang klu tiada baking paper)
CARA MEMASAK : 1. Cairkan chocolate dengan mentega dan nutella 2. Pukul telur dgn esen vanila & gula perang 3. Masukkan coklat yg telah dicairkan ke dlm bekas telur tadi 4. Masukkan tepung gandum, baking powder dan tepung beras ke dlm bekas adunan (ayak dulu ya) 5. Masukkan ke dlm loyang ratakan dgn spatula (loyang tu sy sapu shortening , kalau nk guna baking paper pun boleh juga) 6. Hiaskan dgn kekacang atau chocolate chips. ikut citarasa masing² 7. Bakar selama 30-40min , suhu 150c api ats bawah (ikut oven masing²) 8. Bila dh keluarkan dari oven terus potong masa panas² 9. Tekstur adunan sblm dibakar akan menjadi likat dan selepas dibakar akan menjadi crunchy
IKLAN
1 adunan sy buat dpt 2 talam & 15 papercup (yg guna utk florentine)
Sambal tomato ikan bilis goreng ..haaa terliurrr takk ..mabelesss, Mantoppp..ratah pun sedap, makan ngn pulut pun sedap, mkn dgn lontong pun sedap.
Bahan-bahan:
1/2 mangkuk ikan bilis (guna mangkuk gulai)
1 inci belacan
minyak sikit untuk goreng
Tanda * digoreng bersama terlebih dulu hingga masak dan ketepikan
4 biji cili merah dipotong kasar
2 biji tomato dipotong 8
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
Tanda ✓ ditumbuk kasar
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula (ikut selera nak sedap macam mana)
1 inci gula melaka (kak long guna gula kabung sebab tu je yang ada)
Cara memasak:
1.Tadi dah goreng ikan bilis dan belacan.
2.Sekarang letak sikit minyak dan goreng bertanda ✓
3.Kacau rata sampai keluar minyak dan masukkan ikan bilis dan belacan tadi. Gaul kejap.
4.Masukkan pula gula melaka tadi sampai hancur.
5.Baru masukkan garam dan gula. Rasakan. Kalau kurang ummph tambah apa yang patut.
Boleh makan dengan nasi panas. Ada petai atau apa jenis ulam pun terangkat weiii
Nasi Komok ada rempah khasnya yang mudah didapati dekat dengan Siam iaitu Kelantan. Maksud nasi komok ini adalah nasi beriani siam. Aromanya cukup wangi, rasanya apatah lagi sedap sungguh ni.
NASI KOMOK THAILAND
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong, cuci bersih dan toskan
BAHAN PERAPAN AYAM:
4 batang serai
Ketumbar
Kunyit hidup & serbuk
1 labu bawag putih
Halia
1 sudu tepung gandum
Sedikit pewarna merah
Sedikit garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar dan gaulkan pada ayam.
Biar perap dalam satu jam dan baru goreng ayam.
BAHAN NASI KOMOK:
1kg beras basmati (bersihkan & toskan)
Serbuk nasi komok (boleh beli di pasaraya & tambahkan sedikit serbuk kunyit
Kulit kayu manis
Bunga lawang
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan dalam peiuk sampai naik bau.
Masukkan ayam 2-3 ketul untuk keluarkan air ayam dan masukkan air ikut sukatan beras.
Jangan lupa letak gula, garam atau secukup rasa.
Akhir sekali masukkan beras dan tutup periuk tunggu nasi tanak.
BAHAN REMPAH NASI KOMOK (JIKA TIDAK ADA REMPAH YANG SEDIA ADA):
2 sudu serbuk kurma ayam atau daging
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu serbuk kayu manis
CARA MENYEDIAKANNYA:
Satukan semua rempah.
BAHAN-BAHAN SOS/PENCICAH:
3-4 ulas bawang putih
4 biji Cili merah
5-6 biji cili padi
Akar daun ketumbar
Sedikit garam
Gula
2 sudu cuka
Air
CARA MEMASAK:
Kisar halus semua bahan-bahan
Panaskan atas dapur biar sampai pekat dan tabur daun ketumbar