Fishball Homemade Kenyal Rasanya Dan Lebih Rasa IkanBiasanya bila nak masak sup fishball pasti kita membeli fishball di kedai. Bimbang akan status halal fish ball yang dibeli mungkin boleh pertimbangkan untuk membuatnya sendiri. Fish ball yang kenyal pasti menjadi kegemaran sekeluarga. Boleh follow resipi di bawah ini cara buat fishball yang pastinya halal dan kenyal.

Fishball Homemade

Fishball Homemade Kenyal Rasanya Dan Lebih Rasa Ikan

Bahan-bahan:

300gm ikan tenggiri atau “yellow fish tail” (paling sesuai) isinya putih mesti yang fresh

2 sudu kecil tepung jagung-beli online di sini

Garam secukup rasa (terpulang kalau nak tambah ajinomoto pun boleh.-beli online di sini

1/2 sudu kecil lada sulah-beli online di sini

½ cawan -3/4 cawan air sejuk dalam peti – adunan nanti macam nak buat cucur pisang.

Fishball Homemade Kenyal Rasanya Dan Lebih Rasa Ikan

 

Cara membuat:

IKLAN

Fishball Homemade Kenyal Rasanya Dan Lebih Rasa Ikan

1.Kikis isi ikan menggunakan sudu seramik,hanya ambil isinya sahaja.

Fishball Homemade Kenyal Rasanya Dan Lebih Rasa Ikan

2.Kemudian blend isi ikan hingga hancur.

Fishball Homemade Kenyal Rasanya Dan Lebih Rasa Ikan

3.Masukkan tepung jagung dan garam serta lada sulah.

4.Dah sebati letak air pula.Air ni agak-agak ye adunan ni tak likat dan tak lembik sangat.

Fishball Homemade Kenyal Rasanya Dan Lebih Rasa Ikan

IKLAN

5.Kemudian keluarkan adunan dan letak dalam besen kecil. Ambil sikit-sikit dan baling adunan ni dalam bekas tu.Buat banyak kali sehingga anda rasa adunan ni kenyal dan berkilat serta licin.

Fishball Homemade Kenyal Rasanya Dan Lebih Rasa Ikan

6.Ambil sikit adunan gunakan ibu jari dan jari telunjuk.Keluarkan bebola fishball antara dua jari.

Fishball Homemade Kenyal Rasanya Dan Lebih Rasa Ikan

7.Ambil fishball guna sudu dan letak dalam bekas yang diisi air sejuk dengan 1 sudu garam (rendam seketika dalam 15 minit).

Fishball Homemade Kenyal Rasanya Dan Lebih Rasa Ikan

Fishball Homemade Kenyal Rasanya Dan Lebih Rasa Ikan

IKLAN

Fishball Homemade Kenyal Rasanya Dan Lebih Rasa Ikan

8.Barulah direbus dalam air mendidih sehingga masak (fishball akan terapung)

Selamat mencuba.

Kredit: Tahrunnisah Jali

Buat Sendiri Jem Nenas Cara Orang Lama, Puas Hati Warna Cantik

Nasi Minyak Terengganu Lauk Meriah Gerenti Berselera

Cara Buat Chocolate Cheese Brownies Bakar Sedap, Gebu & Tak Kering

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI