Tak tahu nak makan apa untuk lunch hari ni? Min sarankan anda cuba Nasi Paka. Kenapa? Kalau nak tahu, Nasi Paka ni memang tengah jadi kegilaan ramai sekarang terutamanya bagi yang berada disekitar Shah Alam.
Nasi putih, ayam goreng panas-panas dan sambal. Nampak simple kan? Tapi percayalah, menu ni bakal buat anda ketagih. Sambalnya memang pedas, sedap dan terangkat! Bagi anda yang ‘gila’ makan lauk bercili, cubalah. Pasti berpeluh tak henti. Air pun memang kena order lebih.
Tak makan pedas tapi nak cuba? Ha…Jangan risau. Nasi Paka ni disediakan setelah anda ‘order’, jadi masa nak pesan tu bolehlah minta letak sambal sikit je. Malah kicap pun ada disediakan untuk redakan kepedasan nasi anda. Tapi percayalah, anda tak akan mintak sikit punya. Lagi minta tambah sambal lagi ada.
Menurut Yusliza Mohd Noor selaku empunya Nasi Paka, setiap hari beliau menggunakan 3kg cili padi untuk menyediakan sambal berhantunya ni. Dihidangkan pula dengan ayam yang digoreng panas-panas, tentunya padanan ini sangatlah sepadan dan memikat selera. Patutlah setiap hari, gerai Nasi Paka ni penuh dengan pelanggan!
Orang ramai sangat dan tak ada tempat duduk? Ha..Anda boleh beli bungkus dan makan je di rumah atau pejabat. Malah boleh juga pesan secara ‘delivery’ dengan minimum pesanan hanya 5 pax dan cas delivery mengikut kawasan. Wow…Mudah kan? Ownernya pun sempoi. Jadi kalau rasa seketul ayam tu tak cukup, jangan segan-segan nak minta dua ya.
Bagi anda yang nak cuba, bolehlah berkunjung ke Amboi Kafe yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Nasi Paka dibuka setiap hari kecuali Ahad bermula jam 11.30 pagi hingga 5 petang. Kebiasaannya Nasi Paka akan sold out sebelum waktu itu. Maka datanglah awal sekitar jam 12.00-2.30 agar tidak kecewa. Selamat menjamu selera!
Kredit foto: FB Nasi Paka
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bufet Ramadan Dengan Cita Rasa Orang Lama Di Restoran Rasa Lama
Jika ingin mengubah kelainan rasa dan menu santapan untuk berbuka puasa nanti, bolehlah berkunjung ke Rasa Lama di SS15 Subang Jaya.Restoran ini menawarkan hidangan bufet dengan pelbagai juadah lazat dan menyelerakan khususnya bagi para pengunjung yang ini berbuka puasa secara bufet.
Bertemakan tradisional dan makanan Malaysia, bufet “Selera Orang Lama” diperkenalkan sempena bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi.Menu yang dibawa kali ini bakal mengembalikan nostalgia kepada penggemar makanan tempatan dan juga peminat makanan ala kampung.
Chef Ashraff merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan menu-menu ini di bulan Ramadan kali ini.“Tema bufet Ramadan tahun ini bakal mengembalikan nostalgia kita semasa kecil dahulu,” katanya.
Selera Orang Lama merupakan bufet yang dihidangkan khusus untuk mengembalikan menu-menu makanan gaya orang kampung namun makanan Barat juga tidak ketinggalan dihidangkan kepada penggemar lain.
Rasa Lama memang berhasrat untuk menghidangkan makanan gaya kampung yang diolah bagi memenuhi cita rasa sekarang kerana berpendapat menu makanan ini masih mendapat tempat di hati para penggemar masakan kampung.
Antara menu utama yang dijangka menjadi pilihan para penggemar ialah kambing bakar yang dipanggang perlahan yang digandingkan dengan sos Rasa Lama, sos pudina atau jus rosemary.
Bagi pembuka selera, Selera Lama menghidangkan ulam-ulaman seperti Ulam Raja, Jantung Pisang, Kacang Botol dan banyak lagi.Ulam-ulaman ini akan dihidangkan dengan pelbagai menu pilihan sampingan seperti Sambal Belacan, Tempoyak, Sambal Nenas, Sambal Mangga dan banyak lagi.
“Malah bagi yang ingin menikmati pilihan menu lain kami turut menyediakan Gado-gado dengan Kuah Kacang asli dari Indonesia, selain tambahan pembuka selera seperti Keropok Ikan, Udang, Malinjo, Sayur dan Papadom,” katanya.
Tidak ketinggalan pilihan nasi seperti Nasi Hujan Panas, yang merupakan hidangan asli dari Terengganu yang terkenal dengan kepelbagaian asli cita rasa Melayu.
Adalah tidak lengkap jika para pengunjung menikmati hidangan tanpa disediakan hidangan kuih muih seperti Kuih Ketayap, Kuih Koci, Kuih Lapis, Lepat Pisang, Seri Ayu, Kuih Keria dan lain-lain.
Akhir sekali sebagai pencuci mulut Rasa Lama menghidangkan hidangan Bubur Kacang Hijau dan Bubur Pulut Hitam atau ABC. Bagi pencinta manisan ala Barat, pengunjung boleh menikmati Panacotta dan krim karamel.
Tidak ketinggalan juadah minuman yang menyegarkan selepas seharian kita berpuasa dengan Rasa Lama menghidangkan minuman lazat seperti Jus Kurma, Air Jagung bersama Air Tebu, Sirap Bandung, Asam Boi Limau, Soya Bean dan tidak ketinggalan Teh Tarik dan Nescafe Tarik.
Chef Ashraf berkata, bufet Ramadan ini akan mula dihidangkan setiap hari bermula pukul 6:30 petang hingga 9:30 malam dari 18 April hingga 12 Mei.
Harga untuk menikmati bufet Ramadan yang lazat ini ialah RM69 bersih untuk dewasa dan RM35 bersih untuk kanak-kanak.
Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi Restoran Rasa Lama.
Menu Special Nasi Goreng Cheese Terbakar! Wajib Singgah Kalau Pergi Kuantan.
Jika anda ingin menikmati masakan Pahang yang sedap dan tempatnya yang menarik dengan hiasan barang-barang lama, elok sangat singgah ke Kuantan admin sarankan anda ke Restoran Jaman Tory Bagi untuk menjamu selera, lokasinya di kawasan rumah kedai Taman Kota Ria bersebelahan dengan Perumahan MBSB di Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Apa yang menarik di restoran ini adalah menu masakan Pahang yang pelbagai dan menarik perhatian pengunjung. Antara salah satu tarikan menunya adalah Nasi Goreng Cheese Terbakar di mana ianya dihidangkan dalam aluminium foiled beserta dengan api diluarnya. Anda boleh menikmati ketika masih panas, yang penting jangan lupa ber’selfie’.
Antara menu makanan popular di Restoran Jaman Tory ialah Set Daging Salai (Masak Lemak Cili Api), Patin Bakar Tempoyak, Patin Goreng Panas-Panas, Ikan Kerai Goreng, Set Patin Tempoyak, Set Ayam Kampong, Sup Ayam Kampung, Set Burung Putuh Goreng, Yasai, Moyashi, Cisstebakorweh, Nasi Goreng Juara, Nasi Goreng Burung Puyuh, Nasi Goreng Ayam Kampung, Nasi Goreng Petai, Juara Char Kuew Teow, Mee Hailam C.K.T, Sizzling, Mee Sup Kole Triang, Kerang Rebus, Kerang Bakar Mee Rebus JT dan termasuk juga Rojak Buah-Buahan Tempatan.
Populariti Restoran Jaman Tory semakin terselah sehingga menarik perhatian pelanggan terutamanya di kalangan artis-artis terkenal tanah air untuk singgah menjamu selera di sini. Antara artis-artis terbabit ialah Aznil Nawawi, Fahrin Ahmad, Nassier Wahab dan ramai lagi.
Kalau teringin nak cuba boleh lah singgah restoran ni.
CUBA JUGA RESIPI SEDAP PAHANG INI:
Resipi Ikan Patin Sambal Cili Padi. Menu Istimewa Orang Pahang.
http://www.rasa.my/aneka-menu-tradisional-pahang-sedapnya-lain-dari-yang-lain-awok-boleh-cuba/
Sajian Makanan Sihat Dalam Satu Mangkuk
Buat penggemar makanan hijau, ringan, lazat dan sihat. Kubis & Kale secara rasmi telah membuka pintu untuk menerima kunjungan pelanggan! Diasaskan oleh Chef Aaron Lim – perintis gaya makanan poke bowl (sajian nasi bercampur dengan ikan mentah perap yang berkhasiat dan segar, dihidangkan
dalam mangkuk) di Malaysia .
(From left) Pearly Chin, Chef Aaron Lim, Indra & farmer Jayden at the Kubis & Kale launch.
Kubis & Kale membawa trend ini ke mercu lebih tinggi dengan hidangan sihat “Poke, Cooked Foods & Vegans In A Bowl.” Pembukaan restoran serba baharu ini tepat pada waktu semakin ramai rakyat Malaysia mengamalkan tabiat makan tidak sihat, disertakan banyak laporan media tentang Malaysia
sebagai negara yang mempunyai paling ramai warga gemuk di Asia sejak tiga tahun yang lalu.
Menurut Aaron, Kubis & Kale merupakan tempat untuk menikmati makanan biasa, bermusim dan sihat. “Kami memberi penekanan kepada pilihan apa yang kita makan, sumber dan cara penyediaannya. Falsafah kami ialah masak dari mula dengan menggunakan bahan-bahanbermusim yang sihat, menjalin hubungan dan bekerjasama dengan masyarakat petani, pembekal & masyarakat yang menyokong dan memperjuangkan makanan sebenar,” kata Aaron.
“Kami berusaha menyenangkan kita untuk menjamu selera, menjadikan makanan mudah didapati dan pada harga yang termampu. Tidak ada masalah untuk makan di sini, kerana pelanggan boleh memesan pelbagai sajian makanan yang sihat dalam suasana minimalis tetapi persekitaran hijau mendamaikan yang selesa. “Kami menyediakan keperluan untuk mereka yang mahu menikmati makanan ringan dan hijau dengan sedikit daging untuk mereka yang masih mahu makan daging. Sajian makanan kami sangat menarik untuk seluruh generasi baharu, khususnya pengguna media sosial. Kami ingin menganggap diri kami sangat mengikuti trend tetapi tetap berpaksi kepada makanan yang sihat,” jelas Aaron.
Menurut beliau, ‘poke bowl’ tetap menjadi makanan ruji utama dalam menu Kubis & Kale. Kegilaan terhadap makanan ini yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lepas nampaknya akan berterusan. Daya tarikannya terletak pada keupayaan orang yang makan untuk menyesuaikan masakan dari Hawaii ini dengan pelbagai bahan asas, ramuan dan sos – dengan potongan isi ikan mentah yang diperap, biasanya tuna – yang kemudian diletakkan di atas nasi atau soba atau quinoa dengan taburan sayur dan sos umami di atasnya.
Di Kubis & Kale, Aaron telah mencipta rasa, bahan-bahan dan perisa baru untuk membawa ‘poke bowl’ ke tahap seterusnya dengan memperkenalkan 3 jenis makanan baharu untuk vegetarian / vegan dan mereka yang mahu menikmati makanan sihat:
‘Poke Bowl’ (mentah & masak)
Makanan masak
Menu makanan untuk vegetarian/vegan
Kubis & Kale staff all prepped up as the first outlet officially opens.
Kubis & Kale membawa faktor “makanan sihat” ke satu lagi tahap dengan bahan-bahan perap yang unik, diekstrak secara semula jadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Beberapa faktar menarik tentang ‘Poke’ (mentah/segar) dan makanan vegetarian/vegan:
Menggunakan lebih banyak bahan makanan segar/sejuk/diperap sendiri, khususnya ikan
salmon, tuna, ayam dan sebagainya
Lebih banyak makanan segar/dimasak
Menawarkan menu bermusim
Pilihan sos vegan
Menawarkan lebih banyak pilihan protein untuk vegetarian/vegan
Pelbagai sos yang dibuat sendiri
Untuk mempromosikan Hari Vegan Antarabangsa pada 1 November, Kubis & Kale mengumumkan promosi “Beli 1 Percuma 1” dari 1 hingga 3 November 2019 untuk mengorak langkah menggalakkan gaya hidup lebih sihat. Kubis & Kale bekerjasama rapat dengan petani tempatan untuk membawa hasil tani ke meja makan sebagai usaha memberikan pengalaman makan paling menyegarkan.
Kubis & Kale menggunakan sayuran karbon seperti yang dibekalkan oleh Pakar PerladanganKarbon Janaan Semula Bandar dan Pertanian – Perintis Tumbuhan Karbon (teknologi pertanian) terbaharu digunakan di Australia dan Perancis, pertama di Malaysia).
Pakar diet Indra Balatratnam menjelaskan tentang fakta pemakanan dan cara mengimbangkan
makanan seseorang dalam satu mangkuk untuk kehidupan moden.
“Bagi mereka yang sentiasa sibuk dan mendapati sukar untuk mengambil makanan yang sihat,poke bowl menawarkan peluang kepada mereka untuk mencampur padan pelbagai bahan seperti protein pejal, kacang, sayuran warna-warni, kekacang, bijian dan bijirin untuk membentuk kombinasi bahan masakan untuk sajian makanan mereka. Sajian yang begitu menyenangkan, mengandungi kebanyakan nutrien yang anda perlukan dan bersahaja untuk dimakan, kesemuanya dalam satu mangkuk dengan sukatan yang betul untuk keperluan makanan anda,” jelas Indra.