Sup sayur yang baru dimasak, memang sedap! Lebih-lebih lagi jika nikmati hidangan ini dikala cuaca sejuk ataupun semasa selsema. Nak tahu tip masak sup sayur yang sedap?  Berikut tip yang disarankan:-

1.    GUNA BAWANG SEBAGAI ASAS

Petua Masak Sup Sayur Agar Rasanya Lebih Sedap!
foto: theorganicmomma.com

Bawang merah dan bawang putih adalah bahan  perencah asas yang digunakan dalam kebanyakan jenis sup, termasuk sup sayur. Oleh itu, tumis bawang merah dan bawang putih lebih kurang lima minit atau sehingga lembut  dan sebati dengan kuah sup. Sebatian bawang inilah yang memberikan rasa dan aroma pada sup sayur anda. Jika tak letak, memang kurang rasa.

 

2.    WAKTU MEMASAK

IKLAN

Petua Masak Sup Sayur Agar Rasanya Lebih Sedap!

Sup sayur yang sedap tidak memerlukan waktu memasak yang lama. Tempoh memasak paling ideal adalah 20 minit sahaja sudah cukup. Terutamanya  jika potongan sayur dalam sup dalam saiz kecil. Selain itu gunakan api kecil semasa memasak sup sayur. Andai masak terlalu lama, sayur akan kehilangan nutrien dan vitamin malah teksturnya juga akan menjadi terlalu lembik. Memang tak sedap!

 

IKLAN

3.    WAKTU MERASA KENA TEPAT

Petua Masak Sup Sayur Agar Rasanya Lebih Sedap!
foto: huffingtonpost.com

Sebaiknya rasa sup sayur terlebih dahulu sebelum menambahkan bahan perencah dan perasa yang diperlukan. Inagt! Jangan rasa sup semasa dalam keadaan mendidih kerana ia akan membuatkan lidah anda melecur. Malah, perasanya juga tidak tepat. Rasa makanan semasa panas dan semasa suhu menurun ada sedikit perbezaan.  Sup akan berasa kurang garam semasa dirasa dalam keadaan panas lalu anda akan cenderung untuk menambah lebih garam. Tetapi andai dirasai semasa sup sedikit sejuk, sup tersebut sebenarnya sudah punya rasa dan hanya perlukan sedikit penambahan perisa.  

IKLAN

 

4.    GUNA PERENCAH AYAM ATAU PATI IKAN BILIS

Petua Masak Sup Sayur Agar Rasanya Lebih Sedap!
foto: eatthismuch.com

Sup yang sedap datangnya dari kuah yang lazat. Oleh itu, dengan menambah sedikit perencah pati ayam atau ikan bilis, sup akan menjadi lebih sedap dan berasa. Malah dengan menggunakan perasa ini, anda boleh abaikan penambahan garam kerana rasa masin sudah mencukupi.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI