Ramai peminat pekasam yang tercari-cari macam mana lagi cara nak buat pekasam jadi lebih sedap dan menyelerakan. Bukan setakat digoreng, tapi pekasam sebenarnya boleh dijadikan kerabu. Bagi menambah lagi rasa pekasam, boleh tambahkan ulam petai dalam masakan pekasam. Rasanya? Jangan cakaplah, memang sedap!

 

PEKASAM DAGING MERECIK PETAI

Resipi olahan : FATIMAH BINTI NGAH

Dua Resipi Olahan Pekasam Yang Pasti Bikin Tambah Selera Makan Nasi

Bahan-bahan
1 peket pekasam daging (potong kecil)
2 papan petai (anggaran 1 mangkuk kecil)
Sedikit minyak masak untuk menggoreng

IKLAN

Bahan-bahan tumis
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Sedikit minyak

Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng pekasam daging bersama serbuk beras pekasam sehingga garing. Ketepikan.
2. Dalam kuali berasingan, goreng petai dengan sedikit minyak.
3. Kemudian masukkan bahan tumis dan goreng sebentar.
4. Masukkan pekasam daging yang telah digoreng sebentar tadi.
5. Gaul sehingga rata.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

KERABU PEKASAM DAGING MERECIK

Dua Resipi Olahan Pekasam Yang Pasti Bikin Tambah Selera Makan Nasi

IKLAN

Bahan-bahan

KERABU PEKASAM DAGING MERECIK

Bahan-bahan

Sepeket pekasam daging
1 biji bawang merah,
1 kuntum bunga kantan
Sedikit daun ketumbar
1 biji tomato
Cili api secukupnya
2 batang serai
Sedikit daun limau nipiss
Sedikit perahan air limau nipis
Garam secukup rasa

IKLAN

Cara membuat
1. Potong kecil Pekasam Daging Merecik dan goreng sehingga masak.
2. Tos dan ketepikan.
3. Racik halus bawang merah, bunga kantan, daun ketumbar, tomato, cili padi dan serai. Gaul semua yang telah diracik bersama dengan pekasam.
4. Tuang perahan air limau nipis semasa menggaul.
5. Perasakan dengan sedikit garam.
6. Siap dan sedia untuk dihidang.

 

Selamat mencuba!

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI