Cukup terkenal seluruh dunia kerana menjadi makanan kegemaran Doraemon. Pastri atau pancake dari negara Jepun ini asalnya berintikan kacang merah.

Resipi yang sangat mudah hanya perlu dikisar dalam blender untuk dapat hasil yang gebu.

Dorayaki Doraemon Pancake Terkenal Dari Negara Matahari Terbit

IKLAN

DORAYAKI DORAEMON
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • *3 biji telur
  • *1/2 cawan gula
  • *1 penutup esen vanila
  • *Secubit garam
  • 1 sudu besar madu
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 3/4 cawan air
  • 2 cawan tepung
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh yis /mauripan

 

IKLAN

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Blender bahan yang bertanda* hingga sebati.
  2. Selepas itu masukkan madu dan susu pekat. Blender lagi sehingga naik gebu.
  3. Kemudian masukkan air, tepung, minyak, baking powder, dan yis. Blender lagi sehingga sebati.
  4. Tuang kedalam bekas/mangkuk biarkan dalam 5-10 minit.
  5. Selepas itu suadah boleh panaskn non stick pan menggunakan api yang paling kecil tapi sekata
  6. Sukat adunan guna sudu yang agak membulat permukaannya.
  7. Bile sudah letak adunan kedalam pan tutup guna penutup periuk.
  8. Biarkan sampai permukaan dorayaki nampak kering selepas itu sudah boleh terbalikkan. Tapi terbalikkn sekejap dalam  5 saat dan boleh angkat.
  9. Buat sampai habis nanti boleh letak filling bluebery, strawbery, kaya, coklat atau peanut.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI