Anak-anak kalau sebut saja coklat mesti suka, apa kata korang buat dua kuih yang Rasa kongsikan ini, selain sedap ia sangat mudah nak buat. Lagi pun seronok juga cuba resipi baru, sekurang-kurangnya anak yang susah nak boleh cuba. Kalau ada tetamu nak datang hujung minggu ni pun bolehlah hidangkan. Apa lagi, cuba jangan tak cuba, tak rugi masak sendiri korang.

Donat & Pisang Crepe Bercoklat, Sedap & Senang Buat.
DONAT TAPAI BERCOKLAT
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum
  • 200gm tapai pulut | kisarhalus
  • 100gm gula pasir
  • 1 bungkus muripan
  • 4 biji kuning telur
  • 50gm susu tepung
  • 170ml air sejuk
  • 1/2 sudu teh garam
  • 80gm mentega

BAHAN COKLAT GANACHE:

IKLAN
  • 300gm Whipping Cream
  • 30gm sirap glukos
  • 500gm coklat gelap | cincang halus
  • 20gm mentega

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan kecuali mentega, gaul rata hingga menjadi doh lembut.
  2. Kemudian tambah ke dalamnya mentega, uli lagi hingga sebati.
  3. Wrap mangkuk adunan dengan plastik wrap, biarkan mengembang selama 40 minit.
  4. Padatkan semula adunan , kemudian timbang doh anggaran 50gm, bulat-bulatkan.
  5. Rehatkan selama 20 minit.
  6. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dengan api kecil.
  7. Ambil doh bulat tadi, buatkan lubang di tengah dan gorengkannya.
  8. Sete;ah kuning keperangan, terbalikkan dan warna perang sekata pada keseluruhan donat.
  9. Angkat dan toskan.
  10. Untuk menyediakan salutan coklat, campurkn shipping cream bersama sirup glukos dan panaskan hingga mendidih menggunakan api kecil.
  11. Kemudian tuangkan ke dalam bekas berisi coklat gelap bersama mentega, kacau hingga camuran menjadi licin berkilat.
  12. Celupkan donat dalam cairan coklat satu permukaan sahaja, kemudian taburkan cokat urai di atasnya.
  13. Setelah sejuk bolehlah dihidangkan.


Donat & Pisang Crepe Bercoklat, Sedap & Senang Buat.PISANG CREPE BERCOKLAT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN CREPE

IKLAN
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 75gm gula halus
  • 50gm mentega | cairkan
  • 100 gm serbuk coklat
  • Pes coklat gelap
  • 750ml air

BAHAN INTI:

IKLAN
  • 15 biji pisang Abu| rebus dan buang kulit
  • Pes coklat gelap

BAHAN TOPPING:

  • 25gm butter cream
  • Chocolate rice

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan crepe atau dadar, kemudian kisar hingga halus.
  2. Kemudian panaskan kuali non stick dan oleh dengan sedikit mentega.
  3. Dadar adunan crepe
  4. Kemudian sapukan pes coklat gelap atas lapisan crepe, kemudian letakkan pisang.
  5. Lipat kulit crepe ke dalam di bahagian kanan dan kiri, kemudian gulung. Lakukan hingga habis.
  6. Akhir sekali oleh permukaan atas dadar dengan butter cream dan taburkan chocolate rice.
  7. Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI