Jika anda mempunyai kekangan masa dan mahu cepat untuk menyediakan hidangan untuk keluarga, anda boleh sediakan terlebih dahulu stok atau pes yang diingini. Kemudian bolehlah disejukbekukan.

Cara ini boleh menjimatkan sehingga separuh daripada masa memasak yang biasa. Hari ini admin akan berkongsi resipi mudah untuk menghasilkan stok ayam. Resipi ini juga sesuai buat ibu yang mahu membuat bubur nasi untuk anak kecil (anda boleh keluarkan garam dari resipi ini).

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • Tulang ayam secukupnya
  • 1 liter air
  • 1 batang saderi | dipotong kecil
  • 1-2 biji lobak merah | dipotong kecil
  • 2 inci halia | diketuk
  • 2 biji bawang besar | dipotong 4
  • 2 ulas bawang putih | dimayang
  • 2 batang kayu manis
  • 3 biji | buah pelaga
  • 2 biji tomato | dipotong 6
  • 3-4 biji kentang | dipotong 4
  • 4 helai daun bay
  • 2 sudu garam
  • 3 sudu kecil serbuk lada hitam

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Rebus semua bahan selama 4-5 jam dengan api kecil.
  2. Setelah semua bahan empuk, sejukkan. Kemudian ditapis dan diambil stoknya sahaja.
  3. Simpan di dalam bekas dan bolehlah disejukbekukan.

 

sumber foto: wonkywonderful.com

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI