Untitled design - 2021-07-01T155911.769

Kadang kala kita buntu nak menyediakan menu apa yang terbaik untuk anak-anak. Apa yang penting perut mesti diisi sebelum memulakan pembelajaran mahupun mereka yang bekerja. Mulakan hari anda dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan mudah disediakan.

Minuman oat sangat baik untuk kesihatan. Namun tidak disukai kerana kosong dan mereka yang mengambilkan rata-rata kerana nak berdiet atau faktor kesihatan. Boleh cuba Delisio pop oats, minuman berbijirin yang sedap dan berkhasiat, lain dari yang kebiasaan. Di dalamnya tersedia buah-buahan, kekacang dan bijian yang penuh khasiat.

Produk ini diusahakan oleh Norlizah Mustaffa. “Tercetusnya idea untuk menghasilkan produk ini oleh kerana saya dalam bidang perubatan. Bila melawat pesakit di hospital kebanyakannya mereka tiada selera makan.
Oats adalah makanan selain nasi yang memberi tenaga tetapi semua tidak suka makan oats sebab rasanya yang tidak sedap. Jadi dari situ tercetus idea untuk menghasilkan oats yang sedap dan hebat, tersedia dengan serial yang sesuai,” cerita Norlizah.

Delisio Pop Oats Dengan Lima Perisa Enak Dan Mengenyangkan
Delisio pop oats didatangkan dengan lima perisa dan keistimewaannya ia mudah dibancuh dan sangat berkhasiat dan mengenyangkan.
Perisa yang ditawarkan ialah Strawberry RM27, Rose Hazelnut RM27, Banana RM29, Chocolate RM25 dan Vanilla RM25.Produk ini dipasarkan melalui stokis dan agen serta di platform shopee.
Delisio Pop Oats Dengan Lima Perisa Enak Dan Mengenyangkan

Delisio Pop Oats Dengan Lima Perisa Enak Dan Mengenyangkan

IKLAN

 

Delisio Pop Oats Dengan Lima Perisa Enak Dan Mengenyangkan

Delisio Pop Oats Dengan Lima Perisa Enak Dan Mengenyangkan

IKLAN

 

Delisio Pop Oats Dengan Lima Perisa Enak Dan Mengenyangkan

Norlizah juga menasihati mereka yang ingin terus berbisnes agar jelas dengan tujuan iaitu apa yang dimahukan dalam perniagaan serta idea perniagaan haruslah barangan atau servis yang diguna pakai atau makanan yang lain daripada yang lain dan sedap serta digemari. Jangan buang masa dengan produk yang bukan keperluan. Harus cekal dan fokus tanpa mengira dugaan yang datang. Sentiasa bersemangat dan kreatif.
Delisio Pop Oats Dengan Lima Perisa Enak Dan Mengenyangkan
Delisio Pop Oats Dengan Lima Perisa Enak Dan Mengenyangkan
“ Perancangan di masa hadapan saya bercadang untuk membuat special session box untuk hari raya umum di Malaysia dan penambahan pelbagai saiz serta kepelbagaian perisa. Di samping itu mendapatkan kerjasama dengan MITI untuk membawa produk ini ke luar negara contohnya Dubai, Indonesia, Brunei, Singapura dan negara Asia yang lain,” ujarnya.

IKLAN

3 Resipi Sihat Olahan Dari Timun

Resipi Salad Pasta, Sesuai Untuk Yang Sedang Cuba Diet Sihat

Rolled Oats Kismis Sajian Sihat Selalu.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI