Melalui facebook Rasa Share Resipi, Husna Azlan telah berkongsi tip yang sangat berguna untuk semua yang ingin masak ikan. Ini kerana dia berkongsi petua untuk hilangkan hanyir pada ikan. Masak ikan kalau masih ada bau hanyir, memang sangat tak best, kan?
Jom kita baca apa petua daripada Husna.
1. Orang dulu, kalau nak hilangkan bau hanyir ikan, mereka akan letak gandum, limau, cuka atau garam kasar. Rasa ikan lepas dimasak pun best berbanding kalau dibasuh biasa tanpa diletak apa-apa pada ikan.
2. Satu lagi cara adalah gunakan daun pokok jambu batu. Ambil beberapa helai daun jambu ikut pada jumlah ikan yang hendak dimasak. Kemudian basuh dan ramas daun jambu itu. Ramas dalam air. Kemudian rendam ikan dalam air ramasan daun jambu itu. Gosok pada ikan. Bilas ikan. Kemudian masak macam biasa.
Sumber: Husna Azlan
Gambar hiasan: pixabay.com
ANDA PASTI SUKA RESIPI SAMBAL INI JUGA
SAMBAL SARDIN
SAMBAL KENTANG BERLADA
JOM TENGOK VIDEO NI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Telur Mata Sempurna & Tak Melekat.
Rasanya dari anak kecil hingga dewasa semua orang suka makanTelur Mata, kerana ia lauk paling cepat dimasak dan boleh dipandankan dengan apa juga makanan dari Nasi Lemak hingga ke roti atau dimakan begitu sahaja dengan kicap. Memang sedap dan nikmat, lagi-lagi ketika masih panas. Tetapi walaupun ia nampak ringkas dan senang menyediakan telur mata, namun untuk mendapatkan telur mata yang sempurna seperti telur mata yang disediakan oleh hotel lima bintang, ada tip yang perlu anda semua ketahui. Tipnya adalah seperti berikut:-
Guna Kuali Leper Tidak Melekat
Sekarang kebanyakan rumah mempunyai kuali non stick atau kuali tidak melekat. Jadi manfaatkan kuali ini untuk menggoreng telur mata, untuk hasil telur masak sekata gunakan kuali leper. Jika menggunakan kuali biasa, pastikan kuali tidak mudah melekat atau menggunakan kuali khas untuk menggoreng sahaja.
Cara Goreng
Panaskan minyak menggunakan api sederhana, pecahkan telur di dalamnya, kemudian siram-siram bahagian atas telur dengan minyak supaya anda tidak perlu membalikkan telur. Gunakan api sederhana sahaja, jika kuali terlalu panas bimbang kandungan nutrisi telur akan hilang.
Tutup Kuali
Boleh juga tutup kuali dan biarkan beberapa minit, tujuannya supaya kuning telur boleh masak tanpa perlu dibalikan dan mengelakkan bahagian kuning telur pecah.
Angkat Telur
Angkat telur sesuai dengan tahap masak yang anda perlukan. Sama ada telur dengan kuningnya setengah masak atau masak sempurna, terpulang pada cita rasa.
Senangkan kalau ikut cara yang betul ! Orang bujang boleh amalkan tip ini.
Guna Bawang Putih & Air Panas Saja, Petua Mudah Hilangkan Bersin Akibat Resdung
Bangun pagi saja, bersin tak henti-henti sampai penat dibuatnya. Ini sebenarnya petanda ketara masalah resdung atau sinus.
Jika bersin akibat resdung ini berlaku kerap, petua semula jadi menggunakan bahan dapur mudah yang dikongsi oleh Dr Rizal Abu Bakar ini boleh diamalkan. Petua ini juga turut dipraktikkan oleh beliau dan ternyata berjaya menyelesaikan masalah bersin yang dialami. Caranya cuma guna bawang putih dan air panas saja.
Petua mudah hilangkan bersin akibat resdung
Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita. Sana sini dengar achuw sana achuw sini.
Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin bersin. Tak de lah lagi resdung ni.
Petuanya begini:
1) Ambil 3-4 ulas bawang putih. Buang kulit. Hancurkan bawang putih guna lesung batu.
2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan lebih kurang 4 minit atau sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih yang dah hancur dalam air panas.
3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau tutup kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.
4) Sedut bau yang keluar dari wap itu. Bawang yang dah diketuk akan keluarkan Allicin. Bahan lain pun keluar juga. Inilah yang akan hilangkan jangkitan.
Paling best lendir pun akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang.
Kepada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.
Semoga bermanfaat
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar
4 Jenis Pastri Dan Kesesuaian Menu Yang Boleh Dibuat Darinya.
Perkataan pastri kata asalnya dari paste yang bermaksud campuran tepung gandum, air dan lemak/ mentega. Tapi pastri ni ada banyak jenis yang bersesuaian untuk produk pastri yang mahu dibuat.
Mudah kata ada yang menggunakan ragi atau yis dan ada juga yang tidak menggunakan ragi. Tetapi umumnya produk pastri bertekstur ‘crispy’ dan adunan yang tidak kalis . Pembuatan pastri sebenarnya adalah pelbagai adunan yang dibuat mengikut menu pastri yang mahu dihasilkan.
Namun ada juga yang adunan yang kalis (padat) saat dicanai seperti pastri lapis, yang digunakan untuk membuat croissant dan Danish pastri
Nah ini dia 4 jenis asas pastri yang patut anda ambil tahu :
1. PASTRI LAPIS @ PUFF PASTRY
Puff pastry merupakan pastri yang memiliki adunan tanpa ragi. Adunan puff pastry disusun berlapis oleh adunan dasar dan lemak @mentega roll in (pelapis). Ciri utama pastri lapis adalah kepada cara pembuatannya yang dilipat dan dicanai berulang kali. Dengan diselangi penyimpanan dalam peti sejuk
Pastri lapis seharusnya mengembang naik, memiliki kulit yang rapuh, crumb yang lembut, aroma yang baik, dan biasanya kurang manis dibanding produk bakeri yang lain. Adunan menteganya lebih banyak dari tepung.
2. PASTRI PHYLLO @ FILO
Phyllo merupakan adunan doh yang sangat tipis dan halus sehingga harus dibuat dengan hati-hati. Ia tidak menggunakan ragi atau serbuk.
Kredit foto : cafehops.comIa tidak menggunakan ragi atau serbuk.Ia adalah doh yang digunakan dalam manisan atau pastri dari negara Timur Tengah dan Negara-negara Balkan. Contohnya baklava.
3. PASTRI RAPUH @ SHORT CRUST PASTRY
Kredit foto : taste.com.au
Pastri rapuh adalah jenis pastri yang sering digunakan untuk dasar atau kulit tart, quiche, meringue lemon atau pie. Adunan tepungnya lebih kurang sama banyak dengan mentega
4. PASTRY CHOUX
Choux pastry bertekstur lembut dan kosong atau berongga di bahagian dalamnya, sehingga dapat diisi dengan pelbagai aneka rasa dan intin.Adunan tepung bergantung kepada jumlah cecair yang digunakan.
Ia adalah pastri ringan yang menjadi asas kepada pembuatan churros, krim atau kastard puff , profiterols dan eclaire. Adunan tepung bergantung bergantung kepada jumlah cecair yang digunakan.
Sebenarnya ada lagi jenis pastri yang lain tapi yang empat di atas adalah di antara jenis pastri utama.