Kunjungan kami di kediaman Datin Fatimah Binti Shuib disambut mesra oleh  adik dan anak ketiga beliau.  Kami diberitahu Datin masih di dapur menyiapkan juadah, seketika kemudian Datin Fatimah muncul dengan penampilan ringkas.Datin Fatimah mempersilakan kami ke ruang tamu untuk melepaskan lelah seketika sambil kami  berbual santai sebelum memulakan sesi foto dan rakaman video seperti dirancang. Beliau memberitahu dua tiga  juadah sudah siap dimasak. Hanya tinggal  Tauhu Sumbat Sayur Berdaging belum siap kerana menu tersebut akan dikongsikan secara live di Facebook Rasa.

Cerita Datin Fatimah, memang dari  kecil beliau  minat dan suka memasak. Ditambah pula dapat suami yang jenis  suka makan di rumah berbanding  di luar. Malah  Dato’ Noorazhar Nurdin juga  kerap menjemput rakan  serta saudara mara makan-makan  di rumah.

 

Datin Fatimah Shuib. Video Live Memasak Di Facebook Ditonton Ratusan Ribu Netizen. Ada Yang Kata Dia Rupa Erra Fazira

“ Arwah  suami jenis  yang tidak suka makanan  diperangatkan. Sebab itulah setiap hari menjadi rutin saya masuk dapur tidak kurang daripada empat kali. Pagi sediakan sarapan, tengahari makan tengahari, petang minum petang dan malam sediakan makan malam. Kalau dengan arwah macam cerewet makan. Sebenarnya tidak,  cuma beliau mahukan setiap kali makan hidangan itu masih segar dan panas biarpun masakan itu ringkas. Tidak mengapa,” imbau Datin Fatimah akan  arwah suaminya.

TANGKAS DI DAPUR 

Bila melangkah ke ruang dapur, Datin segera menggenakan apron sambil dibantu oleh adiknya Mimi . Beliau memulakan demo dengan memasak pulut lemak untuk ketupat palas,  kemudian menyediakan bahan untuk tauhu sumbat sambil menunggu pulut itu sejuk untuk dibungkus.

Ternyata beliau cekap di dapur membuat kerja dua tiga kerja  dalam dalam satu masa. Malah dalam kesibukan itu Datin Fatimah sempat melayan segala pertanyaan  anak perempuan ketiganya Afriena Irdina, yang sentiasa mengekorinya  sepanjang di dapur.

“Jom saya tunjukkan macam mana nak bungkus ketupat palas. Saya belajar balut ketupat ni sejak zaman sekolah lagi kerana inilah menu wajib keluarga saya di Kedah. Kalau di utara, menu raya mesti ada Ketupat Palas, Laksa, Nasi Daging  dan Bihun Sup. Lauknya Gulai Daging atau Udang.

“ Selepas berkahwin,  barulah saya pandai makan Rendang Daging, Sambal Goreng Jawa, Sambal Kacang, Masak Lodeh, Lontong, Soto dan segala macam makanan.  Sebagai isteri, saya belajar masak masakan kegemaran suami,” cerita Datin Fatimah yang juga pandai menyediakan hidangan masakan Jawa.

Selepas berkahwin, Datin Fatimah secara automatik juga bertanggungjawab menyediakan ketupat palas yang turut digemari oleh suami dan keluarga sebelah suami kerana setiap kali raya beliau, suami dan anak-anak akan beraya di Klang, dahulu sebelum balik beraya di Kedah.

Sambil menunggu ketupat palas yang  dikukus masak, Datin Fatimah kembali ke dapur untuk menyediakan tauhu sumbat. Tidak sampai lima minit inti siap ditumis. Sambil memanaskan minyak, Datin Fatimah segera menyumbat tauhu dengan inti, kemudian dicelup dalam telur dan digoreng. Ternyata ia mudah dan ringkas.

“Anak-anak suka tauhu sumbat inti sayur  tapi khas untuk hari ini saya sediakan tauhu sumbat inti daging kisar.  Tauhu sumbat ini sedap dihidangkan dengan sos cili,” cerita Datin Fatimah sambil menyumbat dan menggoreng tauhu sumbatnya.

Habis sahaja menggoreng tauhu, saya mencuba satu,  makan panas-panas dengan sos  pedas manis yang disediakan sendiri oleh beliau. Ditambah pula dengan  tauhu yang ranggup, memang terbaik sebagai kudapan apptizer.

KEMBALI BERNIAGA

Selesai segala urusan memasak, penulis sempat makan semeja bersama Datin dan anak-anak, Afreal Idris,10,  Afrieyan Idris,8,  Afriena Irdina, 5 dan Afriessa Irdina,3 tahun. Sambil melayan anak-anak makan, Datin Fatimah memberitahu kini beliau menjalankan perniagaan  produk kecantikan dan baru sahaja membuka sebuah restoran.

IKLAN

“Semasa arwah ada, saya lebih menumpukan tanggunjawab pada keluarga, terutama mengguruskan anak-anak yang masih kecil. Tapi sekarangn yang bongsu pun sudah tiga tahun, jadi saya bolehlah menjalankan perniagaan dari rumah secara online.

“Sudah sampai masanya saya kembali berjinak-jinak dengan perniagaan, buat masa sekarang saya telah  membuka sebuah restoran stimboat di Kedah. Untuk perniagaan online saya mengusahakan  produk kecantikan  BFF (Be Fair & Flawless) dengan bantuan adik saya Mimi,”  ujar Datin Fatimah yang tetap mengutamakan kepentingan anak-anak sebagai nombor satu sebelum pergi jauh dalam perniagaan.

RESIPI:

Datin Fatimah Shuib. Video Live Memasak Di Facebook Ditonton Ratusan Ribu Netizen. Ada Yang Kata Dia Rupa Erra Fazira
Tauhu Sumbat Daging

TAUHU SUMBAT DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji 10 | potong dua bentuk tiga segi
  • 200gm daging kisar
  • 1 batang lobak merah | potong dadu halus
  • 1 biji bawang Holland
  • 3 sudu serbuk kari campur
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil perasa
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil minyak ikan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng semua tauhu sehingga keperangan.
  2. Kemudan sejukkan tauhu dan dibelah dua. Ketepikan.
  3. Korek dan keluarkan  isi tauhu, kemudian hancurkannya hingga halus.
  4. Untuk menyediakan inti: Panaskan minyak dan tumis bawang ,lobak merah sehingga naik bau
  5. Masukkan daging dan isi tauhu yang telah dihancurkan tadi, tumis sehingga masak.
  6. Perasakan dengan garam, serbuk kari campur dan perasa.
  7. Apabila sudah masak ambil kulit tauhu yang telah dikorek isi tadi kemudian sumbat dengan inti yang telah siap tadi.
  8. Panaskan minyak dalam kuali.
  9. Sementara itu, pecahkan telur, kemudian peraakan dengan sos ikan dan dipukul hingga sekata.
  10. Celup tauhu yang telah disumbat intinya  ke dalam teluar dan goreng sehingga keperangan.
  11. Tauhu sedia dihidangkan bersama sos cili Thai.

INFO CHEF:  Tauhu ini sangat enak dan ranggup di makan panas-panas.

Saiz hidangan :10 orang

IKLAN

Waktu memasak :30minit

Cara memasak : Tumis dan goreng

Jenis masakkan : Snek

Keistimewaan : Ranggup dan enak

Anggaran kos RM20

Klik link ini untuk Video Memasak Datin Fatimah: https://youtu.be/JiC5RuoWmUw

 

Datin Fatimah Shuib. Video Live Memasak Di Facebook Ditonton Ratusan Ribu Netizen. Ada Yang Kata Dia Rupa Erra Fazira
Ketupat Palas

 

IKLAN

KETUBAT PALAS UTARA
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg pulut susu
  • 1 sudu butter
  • 200ml santan
  • 150 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun palas

CARA MEMASAK:

  1. Cuci pulut sehingga bersih dan toskan sehingga kering.
  2. Panaskan periuk dan masukkan butter,garam, gula, santan, air dan daun pandan.
  3. Kemudian masukkan pulut dan kacau sehingga kering.
  4. Angkat dan letakkan dalam bekas yang besar dan tunggu sehinnga sejuk.
  5. Setelah pulut sejuk, balut pulut dengan daun palas.
  6. Panaskan periuk kukus, dan kukus ketupat palas lebih kurang satu jam.
  7. Sejukkan sebelum sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Ketupat Palas Utara ini enak dihidang bersama rendang, atau serunding.

Saiz hidangan :10 orang.

Waktu memasak :1jam 40minit.

Carak memasak : reneh dan kukus.

Jenis masakkan : Hidangan utama.

Keistimewaan : Lembut dan berlemak.

Anggaran kos: RM30

 

Datin Fatimah Shuib. Video Live Memasak Di Facebook Ditonton Ratusan Ribu Netizen. Ada Yang Kata Dia Rupa Erra Fazira

Klik link ini untuk Video Cara-cara membuat Ketupat Palas : https://youtu.be/xtARRCy5I_0

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI