Sedap nampak Kek Sarang Semut / Kek Gula Hangus versi kukus perkongsian FB Empayar Annur ni. Lebih istimewa lagi resipi ini dimasak tanpa ketuhar. Hanya perlu kukus sahaja. Nampak sedap dan gebu kan? Malah resipi Kek Sarang Semut  ini juga tak perlukan anda untuk perap adunan. Memang elok bersarang. Yang mana suka makan Kek Sarang Semut / Gula Hangus, boleh cuba resipi mudah ni.

 

KEK GULA HANGUS KUKUS

Dapat 29K Share Di FB. Resipi Kek Gula Hangus Kukus Ni Memang Sedap.

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan marjerin
  • 4 biji telur gred B
  • 3/4 cawan susu pekat manis – boleh guna 1/2 cawan jika nak kurang manis
  • 2 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
  • 1 penutup botol esen vanilla

CARA MEMASAK:

1. Cairkan gulag una api sederhana hingga hangus ( keperangan). Kecilkan api dan tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau dan masak guna api perlahan sahaja hingga gula hangus dan air jadi sebati.

2. Masukkan marjerin. Kacau hingga larut. Padamkan api dan biar adunan seketika.

3. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kemudian kacau manja supaya telur kuning pecah sahaja.

IKLAN

4. Tambahkan susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau lagi hingga sebati.

5. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.

6. Satukan gula hangus ke dalam bekas berisi adunan telur tadi. Kacau rata.

7. Masukkan campuran tepung yang diayak tadi. Adun hingga sebati.

IKLAN

8. Alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin.

9. Panaskan periuk kukus hingga mendidih sebelum dimasukkan loyang berisi adunan kek tadi.

10. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jika nak bakar, panaksan ketuhar pada suhu 170C dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Masa mungking berbeza ikut jenis ketuhar masing-masing.

Dapat 29K Share Di FB. Resipi Kek Gula Hangus Kukus Ni Memang Sedap.

Dapat 29K Share Di FB. Resipi Kek Gula Hangus Kukus Ni Memang Sedap.
Kredit resipi & foto: Empayar Annur

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI