Kalau berkunjung ke kedai tomyam, pasti lauk yang menjadi kemestian ialah Daging Masak Merah. Memang bertambah makan jika hirisan dagingnya nipis dan rasanya sedap. Andai masih enggan makan di kedai boleh saja menu ini dimasak sendiri. Boleh makan dengan tenang bersama keluarga.
Daging Masak Merah
Rebus daging dengan pewarna merah (daging tak perlu dihiris) air rebusan daging tak perlu dibuang.Untuk dijadikan kuah nanti. Setelah daging masak daging empuk,hiris nipis-nipis.
Bawang putih-ditumbuk kasar
Cili boh/pes cili kering
Sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
Sos tomato-BELI ONLINE DI SINI
Sos cili-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit kicap sotong
Gula, garam & ajinomoto (optional)
Bawang Holland, cili merah, bunga kubis (untuk hiasan)
Cara memasak:
1.Tumis bawang putih, cili boh, masukkan daging.
2.Goreng seketika.
3.Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato & air rebusan daging tadi.Kuah terpulang nak banyak atau sikit.
4.Perasakan dengan gula, garam & ajinomoto.
5.Dah siap, bolehlah masukkan bahan hiasan tadi, bawang Holand, bunga kubis & cili.
6.Siap untuk dihidangkan.
Kredit : Cik Ma
ANDA SEDANG MENCARI PRESSURE COOKER TERBAIK, ATAU PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG LAIN. BOLEH LAYARI DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tofu Telur @ Tofu Jepun Homemade Segar, Bahan Utama Air Soya Pekat Aje
Nampak macam ais krim Malaysia kan tapi inilah tofu telur atau tofu Jepun yang sedap dibuat lauk ni. Nak beli yang dah siap tentulah tak segar dan buatan homemade.Buat sendiri lagi jimat kan
.
Jom tengok resipi yang dikongsikan dalam FB:Resepi Isteri Viral ni. Korang boleh cuba memang terjamin kelazatan dan kesegarannya.
.
TOFU JEPUN @ TOFU JEPUN
.
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan air soya | yang pekat
- 4 biji telur
- Garam secukup rasa
- 3 sudu makan tepung jagung | untuk kentalkan tofu
- Lada sulah secukup rasa | opsyen jika suka
CARA MEMASAK:
- Telur dipukul sedikit tetap tidak perlu sampai kembang.
- Kemudian masukkan air soya dan tepung jagung, kacau sampai rata.
- Tapiskan bancuhan, kemudian masukkan bancuhan dalam plastik ais krim.
- Tinggalkan sedikit ruang udara sebelum mengikat.
- Masukkan dalam pengukus dan kukus dengan api perlahan selama 30 minit atau sehingga masak.
Mudah sangat buatnya, cubalah ya.
Kredit FB : Resepi Isteri Viral
Ni respi bonus untuk penggemar tofu atau disebut jugak tau foo .
STEW TAU FOO MERAH
.
BAHAN-BAHAN :
- 5 peket tau foo | potong bulat dan disalut dengan tepung jagung
- 2 batang saderi
- 1 peket sayur campuran
- 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
- 6 ulas bawang putih | dicincang
- 120gm halia | dimayang
- 4 sudu makan sos tiram
- Sedikit tepung jagung | larutkan dengan sedikit air
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang diikuti halia hingga naik bau, dan masukkan air secukupnya.
2. Masukkan sayur campuran, batang saderi.Campur sos tiram, garam, sedikit gula dan perasa .
3. Pekatkan sup dengan tepung jagung. Tuangkan telur dan kacau perlahan. Padamkan api.
4. Tau foo digoreng terlebih dahulu dengan tepung jagung, dan letakkan dalam satu bekas
5. Titiskan sedikit minyak bijan di atas stew/kuah ini tuangkan ke atas tau foo tadi.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Sup tau foo sesuai untuk mereka yang mengelakkan protein daging
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Boleh menggunakan pelbagai jenis tau foo. Sesuai dijadikan juadah untuk mereka yang tidak mahukan juadah yang berat atau vegetarian.
Wajik Sirat Manisan Tradisi Orang Jawa, Mudah Je Nak Buat
Pernah makan jenang kerisek atau wajik sirat? Kalau di Selangor, biasa dijumpai di meja-meja kenduri kahwin orang-orang Jawa.
Kalau teringin nak makan, boleh buat versi kurang manis (bukan versi kenduri) ini dengan resipi yang dikongsi Cik Siti Abu Sujak.
Bukanlah embah (atok/nenek) sangat kan kalau kurang manis ni. Sebab embah-embah yang dulu-dulu selalu buat kuih ni manis macam dodol tu. Jadi kuih tahan lama sikit.
JENANG KERISEK/WAJIK SIRAT
BAHAN-BAHAN:
300g beras pulut – beli online di sini
300ml santan – beli online di sini
100g gula merah (kalau ada gula kabung lagi sedap) – beli online di sini
50g gula perang (boleh je guna gula putih) – beli online di sini
Sedikit garam (optional)
1 cawan air panas (sebab macam tak berapa cukup air santan tu)
Daun pandan
Kelapa parut | disangan (optional, saja letak)
TONTON Lasagna Lemang Kari Ayam | Dapur Rasa Live
TONTON Kue Teow Goreng | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Basuh beras pulut, toskan dan jemur hingga kering.
2. Sangan (sangai) pulut hingga kekuningan. Kemudian kisar halus. Asingkan sedikit untuk dibuat bedak dodol nanti.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masak santan, gula, garam dan pandan hingga mendidih.
4. Jika nak letak kelapa sangan, masukkan dulu dan kacau-kacau.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Masukkan pulut kisar dan kacau sebati hingga likat dalam 15 min. Kalau pulut nampak belum masak elok, tuang sedikit demi sedikit air panas dan kacau. Saya tutup sebentar, biarkan dengan api kecil (boleh tengok video DI SINI)
6. Matikan api dan boleh masuk ke dalam bekas. Tekan-tekan sampai nampak kemas. Taburkan bedak pulut kisar yang diasingkan tadi. Siap!
7. Potong bila dah sejuk.
Kredit resipi: Cik Siti Abu Sujak
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
4 Idea Juadah Berbuka Berasaskan Daging. Resipi Mudah Sedap Azian Hasan
Dah beli daging tapi masih mencari idea nak masak apa. Dah tak payah susah-susah ikut aje 4 idea resipi yang gerenti enak ni.
Penulis buku masakan Azian Hasan ada resipi sedap yang mudah dimasak. Sedap dibawa berbuka nih.
1.DAGING STROGANOFF
BAHAN-BAHANNYA :
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 cendawan butang | dihiris nipis
- 3 sudu makan cuka epal (cider)
- 3 sudu makan mentega
- 500 gm daging batang pinang | dipotong memanjang
- 1 cawan krim
- 1 cawan susu segar
- 1 sudu teh pasli kering
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
- Panaskan dan cairkan mentega dan masukkan bawang holland dan bawang putih.
- Masak sehingga wangi. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan cendawan butang dan masak selama 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan.
- Masukkan epal cider dan sedikit air dan biarkan ianya mendidih.
- Masukkan serbuk lada hitam, pasli, garam,susu segar dan krim
- Renehkan sebentar sehingga kuahnya pekat.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 25 hingga 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian Tradisional Russia
Keistimewaan : Daging berjus dengan rasa lemak berkrim
INFO CHEF : Gunakan daging segar yang mempunyai sedikit lemak untuk rasa lebih enak. Sajian tradisional Russia ini sudah wujud sejak abad ke 19 dan amat popular di seluruh dunia.
2. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN :
- 500gm daging batang pinang | dipotong saiz 3 sm
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu
- 100gm mentega
- 3 sudu makan tepung gandum
- 2 biji lobak merah | dipotong membulat tebal
- 2 batang saderi | dipotong pendek
- 3 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh thyme
- 1 sudu teh rosemary
- 3 helai daun bay
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dan cairkan mentega
- Masukkan bawang holland dan masak setakat ianya layu.
- Masukkan tepung dan kacau sehingga warnanya menjadi keperangan.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit
- Ulang langkah ini selama 3 kali dan akhir sekali tuangkan air mengikut kesesuaian.
- Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan reneh sehingga daging lembut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian barat
Keistimewaan : Sajian stew bertambah lazat, bila dihangatkan dari lauk semalaman.
INFO CHEF : Enak dimakan bersama roti. Anda juga boleh menambahkan kentang, cendawan dan kacang pis hijau ikut rasa yang anda gemari.
3. NASI KARI DAGING
BAHAN-BAHAN :
- 1/2kg daging | dipotong besar dan direbus sehingga lembut, simpan airnya)
- 3 cawan beras biasa
- 4 cawan air rebusan daging
- 2 labu bawang merah besar | dihiris halus
- 2 ulas bawang putih | dihiris halus
- 1.5 sm halia | dihiris halus
- 2 sm kulit kayu manis
- 1-2 kuntum bunga lawang
- 3 sudu makan mentega
- 3 sudu makan minyak masak
- 3 sudu besar rempah kari daging | campurkan sedikit air,jadikan pes
- 1 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan tomato puri
- 2 biji tomato | dipotong dadu
- 1 ikat daun ketumbar | secekak, dihiris halus
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
- Panaskan minyak dan mentega
- Tumis, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi
- Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air dan dijadikan pes. Masak sehingga rempah garing
- Masukkan daging, air daging, tomato puri, garam dan masak sehingga mendidih
- Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar.
- Apabila masak gaulkan sekata.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Sajian Nasi
Keistimewaan : Hidangan nasi berdaging dengan diperkayakan rempah ratus
INFO : Nasi kari daging ini adalah sajian fusion India dan Melayu . Diinspirasikan dari masakan India tapi menepati citarasa dan selera Melayu
4. DAGING SELASIH
BAHAN-BAHAN :
- 250gm daging cincang
- 4 biji cili merah | dihiris halus
- 4 biji cili padi| ditumbuk
- 5 ulas bawang putih | ditumbuk
- 2 sudu makan kicap cair
- 2 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan minyak masak
- 2 genggam daun selasih
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang putih.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
- Masak sehingga cili garing.
- Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk dan masak,
- Masukkan sos ikan, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati.
- Perasakan dengan garam.
- Masukkan daun selasih dan gaul kan kesemuanya.
- Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan kacau goreng
Jenis masakan : Sajian Nasi, masakan pengaruh Thai
Keistimewaan : Keunikan rasa yang sedap dibangkitkan oleh daun selasih
INFO CHEF : Daun selasih atau dikenali dengan daun kemangi , sering digunakan sebagai penyedap makanan dalam sajian atau lauk bagi membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.