Menu yang satu ni memang buat korang terliur dan sesuai dihidang semasa makan tengah hari mahupun makan malam. Daging masak kunyit ni dimakan dengan sambal cuka,hiris pula timun kecil yang rangup memang laju menyuap. Jomlah buat nanti.
Daging Masak Kunyit
Bahan-bahan:
Daging (ikut kuantiti yang dikehendaki)
Kunyit hidup (besar ibu jari)
2 ulas bawang putih
Garam secukupnya
Air untuk rebus daging
3-4 titik cuka
Minyak masak secukupnya
Serbuk kunyit
Sos tiram
1 biji bawang besar / bawang Holland
Cili merah
Cara memasak:
1.Tumbuk bawang putih dengan kunyit, campakkan semua dalam periuk bersama daging, sedikit garam dan air.
agi cepat empuk, masukkan beberapa titik cuka.
3.Rebus daging jangan sampai kering air. Kalau air tersalah banyak, buang je. Tak payah tunggu sampai kering. Rasakan dulu dagingnya masak ke tak. Tinggalkan sikit air kalau suka jenis basah, lepas tu baru masukkan minyak masak. Kalau kurang kuning, masukkan serbuk kunyit lagi.
4.Last sekali masukkan sos tiram atau sos seafood, hirisan bawang besar dan cili. Siap untuk dihidang.
Kredit: Noor Hafiza Mohamad
Simple Tapi Sedap Ayam Masak Kunyit Halia, Tak Sampai 30 Minit Dah Boleh Siap
Resipi Solok Lada Kukus & Solok Lada Rebus Yang Sedap, Mudah
Ini Tip Buat Kulit Popia Homemade Menjadi & Lembut, Guna 3 Bahan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Gulai Daging Cincang Bersama Rebung Versi Utara. Sedap!
Terasa nak makan Gulai Daging? Meh cuba resipi Gulai Daging Cincang Bersama Rebung ni. Menurut empunya resipi; Mama Ayu Kitchen, ini adalah masakan versi utara. Wow! Tengok gambar pun dah tahu sedap. Jom cuba!
GULAI DAGING CINCANG BERSAMA REBUNG VERSI UTARA
BAHAN-BAHAN:
- Daging cincang ( anggaran harga RM10)
- 2 batang rebung ( warna kuning)
- Santan secukupnya ( anggaran RM2)
- 1 paket rempah kari pedas Babas
- Garam & serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 4 sudu makan cili boh
- Sedikit belacan
BAHAN TUMIS:
- 4 sudu makan minyak masak
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 4 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau.
- Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata anggaran 5 minit.
- Seterusnya masukkan rempah kari.
- Bila rempah dah naik bau, masukkan daging cincang bersama 1 garpu. ( penggunaan garpu bertujuan untuk cepatkan daging empuk)
- Biarkan daging masak dalam 45 minit atau hingga lembut. Semasa proses ini, tutup penutup periuk.
- Bila dah lembut, masukkan santan dan tambah air secukupnya. Biar hingga mendidih seketika.
- Seterusnya masukkan rebung, garam dan perasa mengikut citarasa masing-masing.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mama Ayu Kitchen ( FB: Ayu Ariana Erika Farisha)
5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari CRG. Pasti Sedap Dibuat Berbuka.
Min gerenti korang mesti gemar makan sajian Cina. Setuju kan kalau Min kata sajian cina mendapat tempat di hati rakyat negara ini tanpa mengenal kaum. Menu masakan laut, tofu dan sajian kukus berasaskan resipi autentik cina telah menjadi sebahagian dari rutin pemakanan warga Malaysia.
Kalau masih fikir nak buat apa untuk menu berbuka ni, jom kita cuba reseipi dari Chef Imran Audi Mohd Yap dan Firman Fauzi dari restoran Chicken Rice Guys (CRG), di seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Ini bukan resipi biasa ya,tapi diwarisi dari nenek moyang mereka yang berketurunan Cina.
STIR FRIED BLACK PEPPER BEEF
BAHAN-BAHAN :
- 100 gm daging | dihiris nipis (bahagaian batang pinang)
- 2 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan lada hitam | serbuk kasar
- 1 biji bawang | dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih | diketuk
- 2.5 sm halia | dihiris
- 3 biji cili api | diketuk
- Sedikit daun bawang | dipotong 2 sm
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, biarkan hingga naik bau wangi.’
3. Kemudian masukkan daging ke dalam kuali.
4. Masukkan pula sos tiram, serbuk lada, cili api, daun bawang dan bawang besar.
5. Tumiskan dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukp rasa
6. Apabila daging empuk, padamkan api.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Gabungan rasa pedas lada hitam dan sos tiram yang lazat
INFO CHEF : Untuk melembutkan daging , perapkan dengan gula, garam dan minyak masak dan biarkan untuk 2- 3 jam.
STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI
BAHAN-BAHAN :
- 350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
- 50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
- 50 gm brokoli
- 1/2 biji bawang besar | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dihiris
- 4 sm halia | dihiris
- 500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
- 4 sudu makan sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’
3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.
5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen )
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 20 minit
Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak
INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
BRAISED GINGER CHICKEN WITH MUSHROOM
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 ekor ayam | dipotong lapan bahagian
- 3 biji cendawan shitake | dihiris nipis
- 1 biji bawang besar | dicincang
- 500ml air masak
- 5ulas bawang putih | dicincang
- 3 sm halia | dihiris nipis
- 8 sudu makan kicap pekat
- 4 sudu makan kicap masin
- 4 sudu makan kicap manis
- 4 sudu makan sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
- 2 biji bawang besar | dibelah 4
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia, biarkan hingga bau wangi.
3. Masukkan ayam ke dalam kuali
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap masin dan kicap masin.
5. Masukkan air masak.
6. Masukkan cendawan shitake yang telah dihiris.
7. Tutup kuali dengan penutup dan biar didih sehingga ayam masak
8. Perisakan dengan gula dan garam
9. Taburkan daun bawang dan bawang besar yang telah dipotong, kacau sebentar. Padamkan api.
10. Hidangkan bersama nasi putih yang panas.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Keistimewaan :Sajian asli cina yang menyatukan 4 jenis kicap
INFO CHEF : Biarkan mereneh dalam keadaan kuali bertutup supaya cepat masuk dan lebih sebati rasanya
HOKKEIN PRAWN MEE
BAHAN-BAHAN :
- 500gm mi kuning | dicelur dalam air panas
- 10gm taugeh
- 10gm sayur kangkung
- 2 biji telur rebus | dibelah dua
- 10 gm dada ayam | direbus
- 12 ekor udang saiz sederhana | direbus
- 5gm bawang goreng
Bahan kuah udang:
- 1kg kulit udang
- 1liter air
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
Bahan sambal:
- 50gm bawang putih | dikisar halus
- 150gm bawang besar | dikisar halus
- 4 sm halia | dikisar halus
- 50gm cili padi merah | dikisar halus
- 100gm cili kering | direbus dan dikisar halus
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cara memasak sambal:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis kan bawang putih, bawang besar, halia sehingga naik bau
3. Masukkan cili padi merah dan cili kering, tumis hingga pecah minyak dan garing.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
Cara memasak kuah udang:
1. Panaskan minyak dalam periuk
2. Tuangkan kulit udang kedalam periuk
3. Tumiskan sehingga kulit udang tukar berwana merah
4. Tuangkan air kedalam periuk
5. Biarkan mendidih selama 2 jam, tudungkan
6. Letak garam dan gula secukup rasa. Padamkan api.
Cara hidangkan mi udang :
1. Celurkan mee kuning, tauge, kangkung\
2. Susun ke dalam mangkuk sekalikan dengan isi ayam, udang dan telur rebus
3. Letakkan sambal di atas mi tersebut
4. Tuangkan kuah udang yang panas
Saiz hidangan :4 orang
Waktu memasak : 2 jam
Keistimewaan :Mi udang dengan sup yang pedas dan manis
INFO CHEF : Anda boleh juga menambah pelbagai makanan laut lain seperti ketam, lala atau kepah untuk mendapatkan lebih rasa kemanisan makanan laut dalam kuah tersebut.
AYAM STIM HAINAN
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam | berat 2 ke 2.2 kg
- 5 sm halia ketuk
- 3 liter air | atau paras ayam boleh tenggelam
- 5 batang daun bawang | dipotong panjang
CARA MEMASAK :
1. Basuhkan ayam dengan bersih
2. Masukkan air hingga ayam boleh tenggelam
3. Masukkan halia, taburkan daun bawang
4. Masak hingga mendidih
5. Masukkan ayam dan kecilkan api dan biarkan ia mereneh selama 30minit
6. Selepas ayam masak, angkat ayam dan rendam di dalam bekas yang berisi air dan ais selama 20 minit
7. Toskan. Sewaktu menghidang, tuang sedikit air rebusan ayam yang masih panas dan dimasak tadi.
Saiz hidangan : 10 orangng
Waktu memasak : 1 1/2 jam
Cara memasak : Rebus dan reneh
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi ayam
INFO CHEF : Terdapat pelbagai versi ayam stim hainan selain merebus dan reneh anda boleh juga mengukus dengan memerap dahulu ayam dengan kicap cair, minyak bijan dan lada hitam.
RESEPI : CHEF IMRAN AUDI MOHD YAP
TERIMA KASIH ; FIRMAN PAIZI@FAUZI, CHEF DANIEL SOON, CRG CHICKEN RICE GUYS, 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Cukup Selera Rasa Masam, Manis & Pedas Daging Goreng Kendondong
Daging yang di goreng ringkas tapi rasa masam kendondong menambahkan lagi kesedapan pada hidangan. Lengakap dengan rasa manis, masam dan pedas yang cukup membangkitkan selera makan.
DAGING KERABU KEDONDONG
BAHAN-BAHAN:
- 150gm daging ] rebus atau panggang
- 2 ulas bawang merah ] hiris bulat
- 6 biji cili padi ] hriis halus
- 1/2 batang lobak merah ] hiris halus memanjang
- 2 biji kedondong ] hiris memanjang
- 1 tangkai cili merah ] hiris memanjang
- 1 biji tomato ] potong dadu
BAHAN SOS:
- 2 sudu makan sos cili Thai
- 1 biji lemon ] ambil perahan jusnya
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Daging rebus dihiris memanjang, kemudian ketepikan.
2. Kemudian campurkan semua bahan hirisan termasuk daging dalam mangkuk. Gaul rata.
3. Sementara itu campurkan jus lemon dengan garam dan gula tadi.
4. Kemudan tambahkan sos cili Thai. Kacau sebati.
5. Seterusnya tuangkan sos ini di dalam bekas yang berisi bahan hirisan.
6. Gaul rata, Kerabu Daging sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika tidak ada hirisan kendondong boleh tukarkan dengan hirisan mangga muda.
Saiz hidangan: 6 orang.
Waktu Memasak: 10 minit.
Cara Memasak: Rebus dan gaul rata.
Jenis Masakan: Appetizer
Keistimewaan: Enak dan rasa daging yang berjus dan terasa masam, masin manis dan pedasnya.
Anggaran kos: RM20