Cara masak macam masak kari , tapi tambah sedap bila ditambah kicap Selain daging boleh juga diganti ayam, ikan atau sotong.

Apa pun masa menumis, pastikan ia betul-betul pecah minyak dengan aroma wangi rempah kari tuh. Jom semak resipi perkongsian dari June Ahmad

DAGING MASAK KICAP BEREMPAH

Daging Masak Kicap Berempah, Memang Asli Kesedapannya

BAHAN-BAHAN :

Daging Masak Kicap Berempah, Memang Asli Kesedapannya

IKLAN
  • 1 kilo daging @ 1 ekor ayam @ ikan @ sotong
  • 3 sudu rempah kari daging babas
  • 5 sudu kicap soya pekat
  • 5 sudu kicap manis
    ** kicap ikut suka citarasa, nak warna gelap boleh tambah lagi kicap pekat.
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa | jika suka
  • 3 asam keping
  • 1 biji bawang besar
  • Beberapa tankai cili padi | ikut tahap kepedasan disukai
  • 2 tangkai daun kari
  • Minyak dan air secukupnya

Bahan tumis:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawag merah
  • 1.4 sm halia 
  • 1 kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 3  biji buah pelaga
  • 4 bunga cengkih

CARA MEMASAK ::
1.Panas minyak, masuk bahan tumis bila dah kekuningan masuk rempah kari dan daging. Masak hingga daging agak lembut.

Daging Masak Kicap Berempah, Memang Asli Kesedapannya
2.Selepas itu masuk kicap pekat, kicap manis, garam, perasa dan asam keping dan air secukupnya.

Daging Masak Kicap Berempah, Memang Asli Kesedapannya
3.Kuah ikut citarasa nak pekat atau cair sedikit.
4. Akhir sekali masuk bawang besar, cili padi dan tabur daun kari
5. Kacau rata , hidangan boleh disajikan

IKLAN

NOTA :

  • Sesuai juga makan dengan apa apa nasi tumis seperti nasi minyak.
  • Kalau buat ayam @ ikan, goreng separuh masak dulu, bila dah siap kuah semua baru masuk ayam dan ikan tadi, masak sekejap dan masukkan bahan-bahan lain.

Daging Masak Kicap Berempah, Memang Asli Kesedapannya

Kredit foto & resipi : June Ahmad

IKLAN

JIKA ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR SEPERTI PRESSURE COOKER UNTUK MEMASAK DAGING, BOLEHLAH MELAYARINYA DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI:

DAN JUGA RESIPI INI :

https://www.rasa.my/menu-masakan-kampung-gerenti-sedap/

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI