Biasa dengar daging bakar harimau menangis, kali ini harimau meraunglah pulak. Lengkap dengan resipi pencicahnya sekali. Sedap sungguh bila semua dah bersatu di tekak, terbaiklah resipi perkongsian dari Cikgu Afy Al-Habibi ini.

Cara buatnya, taklah rumit sangat, kuantiti sos dan kicapnya kena betul ramuannya, barulah menjadi kesedapannya. Ni sukatan asas Cikgu Afy, terpulanglah kalau nak ikut selera masing-masing. Ditambah dengan bahan tumbuk pasti meleleh air liur.

Sambal pencicah yang dikongsikan pun memang mantap dengan gula nisan, sos ikan dan pastinya cili padi. Jom cuba masak, berbaloi untuk dicuba.

RESIPI DAGING HARIMAU MERAUNG

Daging Harimau Meraung & Sambal Pencicah  Paling Sedap, Cikgu Afy Kongsi Rahsia.
BAHAN-BAHAN :

  • 500gm daging | basuh bersih, perapkan dengan bahan di bawah :
  • 1 senduk kecil sos blackpepper
  • 1 senduk kecil kicap lemak manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil lada hitam kisar
  • Secubit dua serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk perasa

Tambahkan bahan tumbuk:

  • 1 batang serai
  • sehiris nipis halia
  • 1 ulas bawang putih

*Gaul mesra kesemuanya.
*Perapkan selama setengah jam.

Daging Harimau Meraung & Sambal Pencicah  Paling Sedap, Cikgu Afy Kongsi Rahsia.
.

IKLAN

CARA MEMASAK :
Cara masak daging :

1. Panaskan kuali dengan satu sudu besar minyak.
2. Masukkan daging yang sudah diperap tadi.
3. Bakar dalam api perlahan lebih kurang setengah jam atau sehingga daging masak.
*baki sos perapan tadi jangan dibuang*
4. Daging yang dibakar jangan terlebih masak. (Sebab nanti rasa daging kering)
*nak tahu masak ke tak cikgu hiris sikit. Nampak daging warna merah jambu pudar itu tanpa air darah okay dah*
4. Sementara daging dimasak, bolehlah terus siapkan sambal pencicahnya.
5. Sebelum daging diangkat masukkan lebihan sos tadi dan tumiskan (saute) seketika. Hirislah daging nipis-nipis.

RESIPI SAMBAL PENCICAH


Daging Harimau Meraung & Sambal Pencicah  Paling Sedap, Cikgu Afy Kongsi Rahsia.
.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN

Daging Harimau Meraung & Sambal Pencicah  Paling Sedap, Cikgu Afy Kongsi Rahsia.
.

  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi hijau
  • Sehiris nipis halia
  • 1 relung kecil nisan / gula melaka
  • 4 sudu besar sos ikan

CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.
2. Masukkan dalam mangkuk.
3. Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
4. Perasakan dengan sedikit serbuk perasa, kacau.
5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.

Daging Harimau Meraung & Sambal Pencicah  Paling Sedap, Cikgu Afy Kongsi Rahsia.

Daging Harimau Meraung & Sambal Pencicah  Paling Sedap, Cikgu Afy Kongsi Rahsia.
.

IKLAN

6. Hidangkan bersama daging tadi.

Daging Harimau Meraung & Sambal Pencicah  Paling Sedap, Cikgu Afy Kongsi Rahsia.
.

#resepicikguafy
Kredit foto & resipi: Afy AL Habibi

ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI PETI SEJUK UNTUK MENGEKALKAN KESEGARAN DAGING, JOM LAYARI DI SINI

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Daging Masak Kicap Berempah, Memang Asli Kesedapannya

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI