Nampak di dapur banyak lagi stok kentang. Sebelum busuk begitu sahaja boleh juga buat cucur untuk makan malam ni. Hanya guna tiga bahan buat cucur kentang ni. Sungguh mengenyangkan.
Cucur kentang
Bahan-bahan:
3-4biji ubi kentang
8-10 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
Cara memasak:
1.Rebuskan ubi kentang sehingga lembut .
2.Toskan ubi kentang yang direbus tadi dan lenyekkan .
3.Tambahkan garam sedikit .
4.Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit .
5.Bulatkan doh tadi menjadi bulat dan boleh digoreng .
6.Siap dihidang
Selamat mencuba.
Kredit : Chumily
ADA YANG MENCARI MIXER UNTUK MENGADUN KEK, BOLEH KLIK DI SINI.
Cara Buat Agar-Agar Cendol Gula Melaka Ikut Sukatan Cawan. Makan Ketika Sejuk Memang Sedap
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sajian Berbuka Istimewa Resipi Udang Kalio. Sedap Dan Mudah Disediakan!
Seri Murni menyajikan resipi istimewa di bulan ramadan iaitu Udang Kalio. Sesuai di masak untuk hidangan berbuka yang lazat dan enak seisi keluarga. Pasti berselera menjamah sajian udang segar dan berlemak. Salah satu menu berbuka paling mudah dan senang disediakan yang boleh anda cuba hari ini.
RESIPI UDANG KALIO
BAHAN PES DIKISAR
- 3 biji bawang merah
- 6 biji bawang putih
- 8 biji cili merah
- 5 biji cili padi
- 2 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 4 biji buah keras
- 250ml air
BAHAN-BAHAN:
- 500ml santan
- 1 kg udang sederhana besar
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 2 keping asam gelugor
- 1 biji mangga hijau | potong dadu kecil
- 1 helai daun kunyit | dihiris halus
- 2 tangkai daun ketumbar | dihiris untuk hiasan
- Garam & gula secukup rasa
- 3 sudu Minyak Masak Seri Murni secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan dan tumis dengan Minyak Masak Seri Murni sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kunyit, asam gelugur, daun kunyit, udang, santan. Kacau dan biarkan mendidih sehingga udang masak.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa, mangga. Masak lagi sampai kuah pekat. Hiaskan dengan daun kunyit. Siap.
Selamat mencuba.
DISERTAKAN VIDEO CARA-CARA MEMASAK RESIPI UDANG KALIO:
Cara Bancuh Tepung Untuk Cempedak Goreng. Peniaga 20 Tahun Kongsi Sukatan Yang Diguna
Musim buah cempedak masih lagi ada. Buah ini kalau digoreng memang sedap. Tapi jika beli, harga cempedak goreng ini memang mahal. Kebiasaannya ia dijual seketul RM1, sampai kita berkira nak beli.
Supaya puas makan dan lebih jimat eloklah beli saja cempedak sebijik dan goreng sendiri. Nak dapat cempedak goreng yang hasilnya macam peniaga tepi jalan tu boleh saja. Ikut sukatan yang dikongsi oleh Yayar Awang Noh.
Sukatan inilah yang beliau gunakan untuk berniaga gorengan sejak 20 tahun. Ujarnya bancuhan ini boleh digunakan untuk sebiji cempedak atau dua sikat pisang.
Sukatan bancuhan tepung untuk cempedak goreng
Tepung bancuhan ini yang keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kena pekat sedikit dari pisang.
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras klik sini untuk beli secara online
Suku cawan tepung gandum
1/2 sudu serbuk kunyit
Sedikit kapur makan
1 sudu besar gula
1 sudu garam
1 biji telur ayam/itik
Kelapa parut atau bijan (jika suka)
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan.
2. Gaul sebati, boleh tambah kelapa parut dan bijan ketika ini jika suka (lagi sedap).
3. Masukkan ulas cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan warnanya. Angkat dan tos minyak, sedia dihidang.
Selamat mencuba.
Sumber: Yayar Awang Noh.
Resepi Untuk Peminat Hidangan Sambal Goreng Jawa
Sambal goreng jawa sebenarnya lebih dikenali di negeri Johor. Ia selalu dihidangkan pada majlis keramaian atau kenduri-kendara, termasuklah Hari Raya. Tapi, boleh je dihidangkan pada hari biasa dan makan bersama nasi putih pun boleh. Jom kita cuba resepi ni!
RESEPI SAMBAL GORENG JAWA
Bahan-Bahan
1 paket tempe dipotong kecil
1 keping tauhu dipotong kecil
1 biji kentang dipotong kecil
Kacang panjang dipotong serong
1 genggam ikan bilis ditumbuk lumat
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
5 tangkai cili padi dihiris (Jika nak pedas)
10 tangkai cili kering dpotong serong
1 paket suhun
Kicap manis
Suku cawan air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Cara Penyediaan
1) Goreng semua tempe, ubi kentang, tauhu & ketepikan.
2) Masukkan sedikit minyak & tumis ikan bilis yg telah ditumbuk lumat tadi.
3) Masukkan bawang besar, bawang putih, cili kering & cili hijau
4) Masukkan suku cawan asam jawa & kicap manis (direnjis renjis)
5) Masukkan suhun
6) Masukkan tempe, ubi kentang & tauhu yg sudah digoreng
7) Masukkan garam & gula secukup rasa
8) Gaulkan sehingga kering & siap!
https://www.facebook.com/tiaraabdrahman/videos/1695549157202774/
Kredit Resepi: Tiara Rahman