Sungguh enak makan cucur udang sambil menghirup teh o panas. Hidangan lengkap yang sesuai untuk sarapan dan minum petang anda.
CUCUR JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 peket jagung segar disagat menjadi 4 cawan jagung cincang.
- 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 genggam ikan bilis @ udang kering tumbuk halus
- 1 mangkuk udang kertas segar dibuang kulit dan dicincang kasar
- 1 labu bawang besar-dadu
- 1 biji cili merah/1 biji besar cili kering dihiris halus
- 3 tangkai daun kucai-potong pendek2
- 3- 4 cawan air suam panas + pewarna kuning@kunyit +2 sudu kecil garam + 1 sudu besar gula
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
- Masukkan air suam tadi dan kacau sebati.
- Boleh goreng terus dalam minyak yang banyak.
- Angkat dan toskan.
Kredit resepi: duniacikguwan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Nugget & Jejari Tauhu Lebih Sihat & Sedap, Cubalah Uolls.
Tauhu yang diperbuat dari kacang soya ini memang kaya dengan protein bukan hanya enak dijadikan campuran dalam masakan tetapi ia juga sedap sebagai kudapan sihat atau dijadikan menu untuk bekal anak ke sekolah. Hari ini RASA kongsikan dua resipi mudah tauhu sebagai kudapan lebih sihat.
JEJARI TAUHU BERDAGING
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping tauhu | hancurkan
- 1 keping tauhu Jepun | hancurkan
- 1 biji telur
- 2 sudu makan tepung jagung
- 150gm daging kisar
- 1/2 hirisan daun bawang
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
- BAHAN SOS MASTARD
- 2 sudu makan sos mustard
- 1 sudu makan mayones
- 1 sudu makan jus lemon
- 1 sudu makan madu
- 2 biji cili padi | hiris
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan untuk Jejari Tauhu. Gaul rata.
- Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
- Setelah sejuk, potongkan bentuk jejari.
- Gaulkan dalam tepung gandum yang telah dicampurkan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng Jejari Tauhu hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
- Untuk menyediakan sos campurkan semua bahan dan kacau rata.
- Hidangkan Jejari Tauhu bersama Sos Mustard.
NAGGUT AYAM SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping tauhu
- 1 tiup tauhu Jepun
- 1 cawan isi ayam | carik halus
- 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu makan serbuk pati ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
- BAHAN SOS LEMON
- 1 sudu makan pati oren Sunquick
- 1 biji lemon | ambil jus sahaja
- 1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 ulas bawang putih | cincang
- 1 sudu teh mentega
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan untuk naggut. Gaul rata.
- Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
- Setelah sejuk, potongkan bentuk empat segi tepat. Gaul dalam tepung yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng naggut hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
- Sementara itu panaskan mentega atas api kecil, tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan pati oren Sun quick dan jus lemon.
- Kacau rata dan masukkan bancuhan tepung jagung.
- Kacau rata hingga mendidih menjadi sos pekat. Tutup api.
- Setelah siap hidangkan naggut dengan sos lemon.
Shepard Pie Melantun Rasanya, Umi Watie Dapat Jual 30 Pek Seminggu
Resipi perkongsian Umi Watie ni memang gerenti sedap dan gerenti jadi. Berinti ayam dan campuran sos bolognese,cendawan dan taburan keju mozarella yang banyak memang melantun-lantun lah enaknya. Bau dan aroma shepard pie ni memang mewangi , terliur dibuatnya.
Menurut Kak Chik (panggilan empunya resipi) sheperd pie ni pernah menjadi jualan utamanya. Seminggu 30 pek terjual tau. Cara pembuatan mudah sangat. Tapi sekali makan memang angau terus.
Bukan mudah orang yang berniaga nak kongsi resipi kan. Resipi ni memang boleh buat jualan niagalah, sure laris. Jom cuba..,
SHEPARD PIE
BAHAN-BAHAN :
- 3 biji Kentang
- ½ cawan Susu segar (freshmilk)
- 1 sudu teh Lada hitam
- 2 sudu makan Mentega
- 1 biji Bawang holland
- 3 biji Bawang putih
- 1 cawan Ayam
- 3 sudu makan Sos bolognese
- ¼ cawan Lada benggala
- ¼ cawan Cendawan
- 1 sudu teh Mix spice
CARA MEMASAK :
1. Kentang rebus sampai lembut.
2. Panas-panas tu lenyek jangan tunggu sejuk. Letak lada hitam, garam dan susu. Kacau rata sampai jadi seperti adunan cekodok. Dah siap biarkan. Kita masak inti pula.
3. Ini adunan kentang yang dah sebati.
4. Mentega cairkan, tumis bawang putih sampai wangi. Ghau ghau bau diaaa. Masukkan isi ayam yang dah dicincang halus.
5. Ayam dah masak masukkan cendawan, lada benggala, bawang holland. Bubuh sayur kegemaran.
6. Masukkan sos bolognese
7. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera ya.
8. Dah siap. Masukkan dalam bekas. Kakchik guna bekas aluminium saiz 5 inci dapat 3 ketul.
9. Tabur mozarella chesse lepas tu paipkan kemtang lecek tadi.
10. Corakkan ikut kegemaran.
11. Yang ini atas dia kakchik bubuh lagi mozarella cheese. Memang mantul oiii.
12. Bakar selama 20 minit suhu 180 celsius. Ikut oven masing-masing. Makan kosong pun sedap sangat dah. Bau wangi 1 rumah tau.
13. Ni atas kakchik bubuh lagi cheese mozarella. Memang melantun perginya.
Moga kakchik sekeluarga dipermudahkan urusan dunia akhirat. Dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah. Amin ya rabbal alamin.
Kredit :Umi Watie
#DapurMakRerama
Sedapnya Appetizer Vietnam! Nak Rasa Tak Perlu Ke Vietnam, Buat Sendiri Je…
Antara pengalaman menarik melancong ke Vietnam adalah menikmati Street Food nya yang bermacam-macam dan sedap belaka. Antaranya, Banh Xeo dan Bahn Mie ia sangat sedap dan murah. Tapi kalau teringin, tak perlu tunggu sehingga dapat pergi Vietnam, boleh je buat sendiri. Nak resipi tak ada masalah admin kongsikan. Ini dia, jangan tak cuba sebab admin jamin gerenti sedap.
BANH XEO – CREPE PEDAS VIETNAM
BAHAN UNTUK CREPE:
- 2 cawan tepung beras
- 3/4 cawan santan
- 1 1/2 cawan air sejuk
- 1 sudu makan kicap ikan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu makan serbuk kari
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 pokok daun bawang | hiris halus
BAHAN ISIAN:
- 300gm udang | buang kulit dan cincang
- ½ biji bawang holland | cincang halus
- 1 cawan tauge
- 3 pokok daun ketumbar | hiris
- 2 sudu makan minyak masak
- Sos Cili Thai secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung beras, serbuk kunyit, serbuk kari, garam dan gula secukupnya. Gaul rata.
- Kemudian masukkan air, santan dan sos ikan. Kacau hingga campuran sebati, tidak berketul.
- Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali leper
- Tumiskan bawang Holland, udang kemudian tambah tauge di dalamnya,
- Perasakan dengan sedikit garam. Tutup api.
- Seterusnya, oleskan minyak dalam kuali leper. Kemudian biarkan panas.
- Tuangkan setengah bancuhan crepes. Apabila crepes mula keras dan ranggup masukkan sedikit minyak lagi di sekeliling tepi crepes.
- Gunakan spatula, perlahan-lahan pastikan crepes tidak melekat pada kuali.
- Seterusnya taburkan di atasnya dengan campuran udang tadi.
- Apabila crepes betul-betul ranggup, lipatkan crepes hingga separuh bulatan.
- Masukkan di dalamnya tauge, daun ketumbar, daun bawang dan picitkan sedikit Sos Cili Thai di dalamnya.
- Crepes sedia dihidangkan.
BAHN MIE – SANDWICH VIETNAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang roti baguette | belah dua
- 1/2 batang lobak merah | hiris halus memanjang
- 1/2 batang timun | hiris halus memanjang
- Daun ketumbar secukupnya
- Daun Salad secukupnya
- Tomato secukupnya
- Hirisan daging panggang
BAHAN SOS:
- Sedikit hirisan cili padi
- 1/2 biji lemon | ambil jus jus
- 1 sudu makan gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Panggang seketika roti Baguette yang telah dipotong tiga dan dibelah dua.
- Sapukan mayones di bahagian belahan roti.
- Kemudian sediakan bahan sos.
- Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
- Kemudian gaulkan bersama bahan hirisan tadi, gaul rata seperti salad.
- Isikan di atas roti yang disapu mayones, kemudian letakkan hirisan daging panggang.
- Akhir sekali letakkan roti bahagian atas, kemudian segera hidangkan.