Dah jam 9 pagi tapi belum sarapan? Biasalah tu. Hujung minggu sarapan lambat. Bagi yang belum ada idea nak makan apa pagi ni. Boleh cuba buat Cucur Bilis Kucai & Cili Kering resipi perkongsian Chef Sue M Arukin ni. Makan panas-panas memang terangkat! Percayalah anda pasti tak boleh nak ‘move on’ . Sedap, cukup rasa dan pedas!
CUCUR BILIS KUCAI & CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung gandum
- 100gm ikan bilis
- 8 tangkai cili kering
- 1/2 cawan cincangan daun kucai
- Garam secukupnya
- Air panas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.
Kredit resipi & gambar: Chef Sue M Arukin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Kulit Karipap Sedap & Kekal Rangup Hingga Ke Malam.
Nak belajar buat kulit karipap? Dalam penghasilan karipap, doh adalah bahagian yang paling penting. Jika kulit karipap tersebut rangup, rapuh dan enak, memang sedaplah kuih tersebut. Tak puas makan! Jadi bagi anda yang nak belajar cara-cara buat kulit karipap yang kekal rangup dalam tempoh masa yang lama, boleh cuba resipi perkongsian saudari Noor Azlina Khalil. Menurut beliau, karipap ini adalah antara yang menjadi kegemaran kawan-kawan serta pelanggan setia beliau. Wow, memang kena cuba!
CARA-CARA BUAT DOH KARIPAP RANGUP
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tepung gandum
- 1 cawan minyak masak + 2 sudu makan planta (dipanaskan)
- 2 sudu makan air kapur
- 1 1/2 sudu teh garam
- 1 1/2 sudu makan gula
- 350ml air sejuk (letak seketul ais)
- Sedikit daun sup cincang (optional)
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, gula, garam dan daun sup cincang.
2. Kemudian masukkan minyak, planta yang dah dipanaskan dan air kapur.
3. Kacau bahan-bahan tadi menggunakan senduk. Setelah sedikit sejuk, barulah diramas dengan tangan hingga mendapat tekstur seperti serbuk roti.
4. Seterusnya masukkan air dan uli.
5. Masukkan doh ke dalam plastik dan ramas-ramas tepung dama 10-15 minit. Perap dalam peti sejuk selama 3-4 jam.
6. Kemudian bolehlah dicanai dan diisi inti kegemaran masing-masing. Bentukkan seperti karipap dan goreng hingga masak.
7. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Noor Azlina Khalil
UNTUK INTI, ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI-RESIPI NI:
Suka Makan Karipap Sardin? Ini Cara-Cara Menyediakan Intinya.
Cara-Cara Hasilkan Doh & Inti Karipap Sardin Rangup Resipi Turun Temurun Bonda.
Resipi Serunding Ikan Untuk Bulan Puasa Dan Raya. Memang Mudah & Sedap!
Kuih Peneram Tradisi. Hanya 5 Bahan & Sukatan Guna Cawan Je
Kuih Peneram adalah sajian tradisi yang masih digemari hingga kini. Apa istimewanya kuih ini adalah rasanya yang enak malah bahan-bahannya setakat lima ramuan sahaja. Bila disemak resipi perkongsian Zalina Zali ini mungkin rahsia keenakannya terletak pada penggunaan gula yang dimasak bersama air (gula hangus). Doh pula diperap dahulu empat hingga lima jam atau lebih sedap lagi jika diperap semalaman. Berbaloi dicuba ni,boleh jadi kudapan masa menonton tv.
RESIPI KUIH PENERAM TRADISI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung beras cap gajah 3 – beli online disini
2 sudu besar tepung gandum – beli online disini
1 cawan gula merah (*) – beli online disini
1 cawan gula pasir (*)
1 cawan air (*)
CARA MEMASAK:
1. Campur bahan-bahan yang bertanda (*) dan masak sampai mendidih.
2. Bila sudah siap, terus tuang ke dalam tepung. Kacau tepung sampai sebati guna senduk. Jangan guna tangan pula kerana air gula tu panas.
3. Bila sudah siap digaul, perap selama 4 @5 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.
4. Dah siap perap, bolehlah tekap dengan acuan dan goreng.
Berbaloi-baloi untuk dicuba. Sedap makan panas panas ni.
Kredit resipi & foto: Zalina Zali
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Tosei, Idli & Chutney Kelapa Homemade Yang Mudah, Sedap
Bagi peminat sajian Tosei, Idli dan Chutney Kelapa anda boleh buat sendiri di rumah menggunakan resipi mudah perkongsian saudari Nur Masri. Sekali buat, boleh makan satu keluarga. Memang puas makan dan berbaloi-baloi. Jom cuba. Boleh nikmatinya ketika sarapan, minum petang atau pun makan malam.
CARA MASAK TOSEI, IDLI & CHUTNEY KELAPA HOMEMADE
RESEPI TOSEI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan kacang ulunthu – beli online disini
2 cawan beras – beli online disini
1 sudu kecil halba – beli online disini
1 sudu kecil garam
1 cawan nasi sejuk
CARA MEMASAK:
1. Basuh kacang ulunthu rendam dalam air sekurang-kurang 6 jam @ semalaman.
2. Basuh beras dan halba, rendam sekurang-kurangnya 6 jam@ semalaman (Jika nak buat petang- rendam malam, pagi mula mengisar dan jika nak buat pagi , petang rendam, malam mula mengisar.
3. Toskan ulunthud dan beras yang direndam, kisar bersama nasi sejuk ketiga-tiga bahan tersebut dengan sedikit air. Pasti kisaran anda jangan terlalu cair. Kisar sehingga betul- betul halus, kemudian masukkan garam.
4. Masukkan adunan itu dalam bekas yang besar dan peram semalaman atau 8 jam. Jangan terlalu lama peram. Adunan akan menjadi bertambah masam. Sekiranya ingin simpan adunan yang berlebihan simpan di dalam peti sejuk. Boleh digunakan kembali untuk 2-3 hari.
Jika guna food processor boleh je kisar semua bahan sekali, jika guna blender boleh kisar ulunthu berasingan dengan beras sebab beras lambat halus berbanding ulunthu.
5. Biasanya adunan akan bertambah dua kali kuantiti yang asal selepas diperam.
6. Panaskan kuali leper, lenserkan minyak pada kuali.
7. Ceduk penuh adunan dengan senduk dalam dan tuang di tengah kuali leper. 8. Kemudian buat putaran menggunakan bawah senduk sehingga tepung menjadi nipis dan bulat.
9. Tutup permukaan tosei dengan penutup periuk untuk memastikan bahagian atas masak. Api dapur perlu sentiasa dijaga.
10. Tosei masak dengan cepat 1-2 minit. Jika suka garing boleh lebihkan masa.
11. Keluarkan tosei anda dan lipat.
12. Tosei boleh makan dengan kuah dhal, kari dan chutney kelapa.
RESIPI IDLI
BAHAN-BAHAN: (bahan & cara proses sama seperti membuat Tosei):
1 cawan kacang ulunthu
2 cawan beras
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil garam
1 cawan nasi sejuk
CARA MEMASAK:
1. Lenserkan minyak pada acuan. (empunya resipi guna acuan lompang)
2. Masukkan adunan tosei ke dalam acuan.
3. Kukus 15-20 minit.
4. Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan.
RESEPI CHUTNEY KELAPA
BAHAN A:
1/2 biji kelapa parut
2 tangkai daun kari
2 biji cili hijau – jika ingin pedas guna cili padi
1cm halia
4 biji bawang merah – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
1 sudu besar air asam jawa – beli online disini
Minyak
BAHAN B:
2 biji bawang merah
5 biji cili kering – beli online disini
2 tangkai daun kari
2 sudu minyak masak
1 sudu kecil biji sawi – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, masuk bahan A kecuali kelapa, masak hingga layu. 2. Kemudian masukkan kelapa. Sangai sekejap. Biarkan sejuk.
2.Kemudian masukkan di dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus dengan sedikit air.
3. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau.
4. Akhir sekali masukkan bahan A yang dikisar dan kacau rata.Sedia untuk dihidang.
NOTA: Cara dan bahan memasak mungkin tidak sama bagi setiap individu.
Kredit resipi & foto: Nur Masri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Patutlah Dapat 30K Share Di FB, Resipi Colek Kampung Ni Memang Padu
Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Homemade Yang Sedap & Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official