Seakan-akan rupa kuih bom, tetapi kuih Nan Gua Bing atau kuih tradisional Cina ini menggunakan buah labu dan berintikan kacang merah.

Resipi yang dikongsikan Shahmila Radha ini, Nan Gua Bing ni memang kuih tradisonal orang cina.

Kulit dia dari tepung pulut dan labu, inti tu selalunya kacang merah atau salted egg. Rasanya crispy di luar, cair di dalam. Lemak manis gitu. Tambah pula roll dalam sesame seeds memang crunchy!

 

NAN GUA BING (TRADITIONAL CHINESE PUMPKIN CAKE)

Crispy Di Luar Cair Di Dalam, Kuih Nan Gua Bing Hanya Guna 3 Bahan 

BAHAN-BAHAN:

Labu (rebus dan lenyekkan anggaran dalam 2/3 senduk besar)
2 senduk tepung pulut – beli online di sini
1 sudu besar gula icing/gula pasir – beli online di sini

TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick, Memang Sedap

IKLAN

TONTON Red Velvet Creampuff

CARA-CARA:

1. Gaul semua bahan di atas. Jangan campur dengan air. Saya suka kuih ni lembut dan rasa labu tu, jadi saya kurangkan tepung pulut.

Crispy Di Luar Cair Di Dalam, Kuih Nan Gua Bing Hanya Guna 3 Bahan 
2. Kalau nak kuihnya keras sikit, lebihkan tepung pulut. Letak pewarna kuning telur sikit kalau nak dia jadi cantik (golden colour) bila goreng.
3. Bila dah siap, doh dia jadi macam dalam gambar. Saya suka kurangkan tepung supaya rasa labu tu. Tapi kalau nak keras sikit tambah tepung lebih ok!

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

Crispy Di Luar Cair Di Dalam, Kuih Nan Gua Bing Hanya Guna 3 Bahan 
4. Inti kacang merah ni saya beli yang ready made. Buat bulat-bulat macam dalam gambar dan ketepikan. Letak tepung sikit atas tangan, supaya tak lekat bila nak uli nanti. Mula, leperkan dulu dan letak inti kat tengah.

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Crispy Di Luar Cair Di Dalam, Kuih Nan Gua Bing Hanya Guna 3 Bahan 
5. Balut inti tu dan pastikan inti tak terkeluar. Guna inti kacang merah memang senang nak uli sebab dia tak cair.
6. Bila dah bulat jadi bola, leperkan semula. Jangan risau. Inti tu takkan terkeluar. Ada sebab kenapa kuih ni leper sebenarnya. Bila leper kuih ni akan masak sekata dan inti dalam tu akan cair.

Crispy Di Luar Cair Di Dalam, Kuih Nan Gua Bing Hanya Guna 3 Bahan 
7. Bila dah siap roll dalam sesame seeds depan belakang.

Crispy Di Luar Cair Di Dalam, Kuih Nan Gua Bing Hanya Guna 3 Bahan 

Crispy Di Luar Cair Di Dalam, Kuih Nan Gua Bing Hanya Guna 3 Bahan 
8. Kuih ni boleh deep fry atau pan fry. Kalau nak kurangkan minyak masa menggoreng pun boleh.
9. Guna non stick pan fry dan boleh goreng macam biasa. Api kena sederhana, jangan terlalu kuat, nanti kuih cepat hangus. Bila dah nampak warna bertukar keemasan, kena cepat-cepat angkat!

IKLAN

Crispy Di Luar Cair Di Dalam, Kuih Nan Gua Bing Hanya Guna 3 Bahan 
10. Selepas goreng warna dia akan jadi golden brown colour.

Crispy Di Luar Cair Di Dalam, Kuih Nan Gua Bing Hanya Guna 3 Bahan 
11. Bila dah siap goreng tapis dulu minyak, baru hidang dalam pinggan. Nampak tak inti dia cair! Makan panas-panas memang ngam!

Kredit resipi: Shahmila Radha

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Masukkan 1 Bahan Ni, Kuah Asam Pedas Ikan Jenahak Jadi Lebih Berlemak & Pekat 

Resipi Simple & Sedap, Kerabu Telur Dadar Ala Thai

Istimewa Ramadan, Resipi Kek Kurma Mudah & Sedap

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI