Kudapan sesambil tengok TV boleh buat tak berhenti mengunyah. Jom try buat jajan homemade guna cornflakes dan kekacang. Sedap tau. Rasanya macam muruku. Ada rasa pedas sebab guna cili padi. Try la buat.
Corn Chivda / Cornflakes Mixture South Indian Style
BAHAN-BAHAN
- 250 gram marjerin
- Hirisan cili padi
- Daun Kari
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil cumin powder (Optional)
- 1 sudu besar mango powder (Optional)
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar madu
- 2 kotak NESTLE Cornflakes
- Gajus
- Kacang tanah goreng
- Kacang dhal goreng
- Kismis
CARA MEMBUAT
1.Cairkan marjerin.
2.Tumis cili padi dan daun kari hingga wangi.
3.Masukkan serbuk cili, cumin powder, mango powder, gula & madu
4.Masukkan cornflakes, semua jenis kekacang dan kismis. Kacau rata dengan api perlahan selama 15-20minit. Siap!
Kongsi resipi: Afieza Ariffin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cucur Udang Geragau Inspirasi Resipi Baba Nyonya, Sedap Kemain.
Menu minum petang atau sesuai juga untuk sajian pagi. Walaupun ianya nampak mudah, resipi kali ini ada istimewanya. Perkongsian dan olahan resipi ini di ambil dari resipi baba dan nyonya dan terhasillah hidangan yang enak ini. Selamat mencuba!
RESIPI CUCUR UDANG GERAGAU
BAHAN-BAHAN:
- 200g (1 1/3 cawan) tepung serbaguna
- 2 sdt serbuk penaik (baking powder)
- 1 sdt serbuk kunyit
- 1 sdt serbuk cili
- 1 gelas (230 ml) air
- 4 sdb udang geragau kering
- Sebiji bawang besar (hiris halus)
- Setangkai cili merah (buang biji & hiris)
- Setangkai cili hijau (buang biji & hiris)
- 1/2 batang lobak merah (sagat halus)
- 3 tangkai daun ketumbar/ daun bawang/ daun kucai (hiris halus)
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang geragau kering dari kekotoran. Bilas & tuskan.
- Campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk & masukkan air sedikit demi sedikit.
- Kacau rata sehingga mendapatkan konsistensi adunan yang baik. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat & tidak juga terlalu cair.
- Panaskan minyak. Ambil adunan lebih kurang satu sudu besar & goreng dengan menggunakan api sederhana di dalam minyak yang banyak. Balik-balikkan cucur sekali-sekala ketika menggoreng hingga berwarna keemasan & masak. Angkat & tuskan minyak berlebihan sebelum dihidangkan.
Nota:
– Udang geragau segar biasanya digunakan untuk membuat cencaluk. Udang geragau kering boleh didapati di pasaraya. Sekiranya tiada, boleh juga digantikan dengan udang kering yang ditumbuk, ikan bilis atau udang segar yang dicincang.
– Anda juga boleh tambahkan tauge atau jagung ke dalam adunan cucur.
Kongsi resipi: Noor Ashikin/ shikin saerah
Rujukan: Bull Bull (Baba Nyonya Recipe Sharing Group)
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER UNTUK MENGGORENG CUCUR, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Roti Sandwic Dah Nak Expired? Jangan Membazir. Jom Belajar Cara-Cara Buat Roti Kering.
Sayang kalau roti tu dibiarkan tamat tempoh. Selain dijadikan puding, anda juga boleh buat roti kering menggunakannya. Krup..krup rangup. Memang layan! Kena pula cicah dengan air kopi, perghhh..tak nampak dah orang kanan kiri. Jom lihat cara-cara membuat roti kering ni.
BAHAN-BAHAN:
- Roti
- Mentega | boleh juga guna marjerin
- Gula
- Sudu/ pisau untuk sapuan mentega dan gunting untuk potong roti
CARA MEMBUAT:
1. Ambil roti dan sapukan marjerin di kedua-dua permukaan roti. Taburkan gula secukupnya.
2. Potong roti mengikut saiz yang anda gemari. Guna gunting untuk lebih mudah.
3. Susun kepingan roti di dalam dulang pembakar.
4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit. Guna api atas bawah.
5. Keluarkan roti dan sejukkan.
6. Simpan di dalam balang kedap udara.
Nota: Waktu membakar berlainan bagi setiap ketuhar. Oleh itu kena selalu jengah roti anda bagi mengelakkan ia hangus.
Kredit resipi & gambar: Suzie Maswar
Resipi Roti Goreng Inti Daging Balut Kulit Popia Macam Dekat Pasar Malam
Suka makan Roti Goreng berbalut kulit popia macam yang biasa dijual di pasar malam? Sedap kan rasanya. Ringkas sahaja tapi membuka selera. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri roti ni di rumah untuk sajian keluarga, saudara Ahmad Salehuddin Amirwan ada kongsikan resipinya. Sukatan bahan-bahan boleh ubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!
CARA MASAK ROTI GORENG KULIT POPIA SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Roti sosej – beli online disini
Kulit popia – beli online disini
Sos cili – beli online disini
Tepung gandum – bancuh dengan air suam – beli online disini
BAHAN INTI:
Bawang besar – potong dadu – beli online disini
Bawang putih – potong dadu – beli online disini
Daging burger Ramly
Serbuk kari secukupnya – bancuh dengan air – beli online disini
Garam dan perasa dengan secukupnya
Ubi kentang – jika suka – beli online disini
Sedikit daun kari – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat intinya, tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu.
2. Bila sudah kekuningan, masukkan cincangan daging burger. Tumis sampai daging burger masak.
3. Ambil serbuk kari dan bancuh dengan air. Tuang ke dalam kuali berisi daging tadi. Kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam dan juga serbuk perasa dengan secukupnya. Menurut empunya resipi, seeloknya bagi inti sedikit masin supaya rasanya lebih sedap kerana roti tu tawar.
5. Masak lagi hingga inti menjadi sempurna. Jika suka, boleh tambah ubi kentang yang dipotong dadu halus dan juga daun kari supaya lebih wangi.
6. Bila inti sudah kering dan sedikit pecah minyak, padamkan api dan ketepikan.
7. Ambil roti dan belah tepinya. Masukkan inti tadi dengan secukupnya. Boelh juga letak lebih supaya lebih sedap.
8. Tambah sos cili dalam inti tadi.
9. Bungkus roti menggunakan kulit popia.
10. Buat bancuhan tepung gandum dengan air suam. Rendam roti dalam bancuhan tepung tadi kemudian terus balut menggunakan kulit popia.
11. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng roti yang telah dibalut tadi hingga kekuningan.
12. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Kalau inti tu ada lebih, boleh tambah telur dan jadikan Roti John.
Kredit resipi & foto: Ahmad Salehuddin Amirwan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Goreng Sedap & Tahan Lama Tanpa Simpan Peti Sejuk
Resipi Udang Berempah Sedap, Masak Sendiri Barulah Puas Makan
Resipi Kuih Koci Pulut Hitam Sedap, Tak Kukus & Sukat Guna Cawan
Ikut Resipi Ni, Kuah Asam Laksa Cina Jadi Sedap & Pekat Sempurna
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official