Buat pencinta kopi, muffin ini pasti menjadi kesukaan anda. Menurut chef Sue espresso yang digunakan dalam bahan muffin ini sebaiknya guna kopi yang baru brew, untuk dapatkan rasa kopi sebenar. Kopi yang berkualiti akan menghasilkan espresso yang sempurna dan memberi rasa yang enak pada muffin. Jika tiada atau tak pandai brew kopi sendiri, boleh beli espresso di mana-mana kedai kopi (San Francisco Coffee/coffee bean/Starbucks dan lain-lain). Juga tidak digalakkan untuk ganti espresso dalam resipi ni dengan kopi segera atau kopi emulco, rasanya akan jadi lain nanti.

COFFEE STREUSEL MUFFINS
Bahan-bahan A (untuk streusel):
1/4 cawan tepung gandum
2 tbsp tepung beras
2 tbsp gula perang lembut
2 tbsp mentega
1 tbsp oats (saya guna rolled oats)

Bahan-bahan B (untuk muffin):
295gram tepung gandum – ayak
150gram gula perang lembut
180ml susu segar
125ml minyak jagung
2 biji telur saiz besar
2 1/4 tsp baking powder – ayak
1/4 tsp garam halus – ayak
1/4 cawan *espresso (strong black coffee, brewed)
1 tsp esen vanilla

Bahan-bahan C (untuk aising):
1/2 cawan gula aising
4 tsp espresso

IKLAN

**tbsp – tablespoon (measuring spoon ya bukan sudu makan nasi )
***tsp – teaspoon (measuring spoon, bukan sudu kopi).

Cara membuat:
1. Buat streusel dulu. Caranya campurkan semua bahan A dalam mangkuk. Gunakan hujung jari, ramas-ramas lembut hingga jadi seperti bread crumbs. Ketepikan.
2. Di dalam mangkuk besar, satukan telur, susu segar, minyak jagung, esen vanilla dan espresso. Pukul dengan whisk (hand whisk saja) hingga semua bahan sebati. Jangan pukul berlebihan.
3. Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam ke dalam adunan. Kaup-balikkan sebati guna spatula.Jangan kacau berlebihan, hanya satukan semua bahan hingga sebati.
4. Sediakan acuan muffin yang disapu sedikit minyak atau boleh juga guna paper cupcakes. Tuang adunan muffin tadi ke dalam acuan hingga 3/4 penuh. Kemudian tabur streusel yang dah siap awal tadi secukupnya.
5. Bakar muffin dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 20-25 minit atau hingga muffin masak (test dengan mencucuk lidi dalam muffin, kalau lidi keluar bersih tak melekat maknanya muffin dah masak sempurna).
6. Sementara itu, dalam mangkuk lain, satukan bahan C lalu kacau rata hingga likat. Tuang (drizzle) ke atas muffin tadi dan hidangkan.
Kredit: Sue M Arukin

Kek Buah Kukus Zaman Mak Kita Dulu, Ikut Step Yang Betul Barulah Kek Menjadi Lembap dan Lembut

IKLAN

Nampak Sama Tapi Berbeza, Ketahui Cara & Fungsi Setiap Hiasan Kek Ini

Nikmatnya Dapat Makan Bolu Coklat Lapis Cheese Kukus Ni

IKLAN

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI