Melalui facebook, seorang ibu bernama Intan Dahlianna telah berkongsi resipi chicken popcorn yang dimakan dengan sos buttermilk. Menurutnya, hidangan ini kerap dihidang untuk berbuka puasa kerana sedap yang sangat menyelerakan.

Lagi pula, bahagian dada ayam selalunya kurang digemari. Tapi kalau dibuat chicken popcorn, selalunya cepat pula habis dimakan. Dengan pelengkap yang umppph sos buttermilk, memang makin sedap jadinya. Jadi, jom kita try buat ikut resipi ibu ini. Confirm jilat jari tau.

CHICKEN POPCORN

Chicken Popcorn & Sos Buttermilk, Simple Tapi Sedap Sungguh

BAHAN CHICKEN POPCORN
2 keping dada ayam
1 biji telur ayam (pecahkan dan kacau)
Sedikit tepung Bestari (pedas)
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT CHICKEN POPCORN
1. Bersihkan dada ayam dan potong kecil-kecil.
2. Celup dada ayam dalam telur ayam. Kemudian gaulkan dengan tepung.
3. Ulangi lagi sekali. Celup dada ayam tadi ke dalam dalam telur ayam dan gaulkan dengan tepung.
4. Sementara celup ayam dalam telur ayam dan tepung ini tadi, panaskan minyak masak dalam kuali.
5. Goreng dada ayam sampai warna keemasan. Angkat dan ketepikan.

IKLAN

SOS BUTTERMILK

Chicken Popcorn & Sos Buttermilk, Simple Tapi Sedap Sungguh

BAHAN SOS BUTTERMILK
3 sudu marjerin atau mentega
6 ulas bawang putih (dicencang)
1 tin cendawan
1/2 tin susu cair atau susu segar
1/2 tin air (ikut kesesuaian)
1/2 kiub ayam
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit garam dan gula
1 biji capsicum (tak nak letak pun tak pe)

CARA MEMBUAT SOS BUTTERMILK
1. Cairkan marjerin atau mentega. Kemudian masukkan bawang putih. Tumis menggunakan api sederhana.
2. Masukkan cendawan dan biarkan sehingga cendawan agak garing.
3. Masukkan susu cair atau susu segar. Masukkan juga air.
4. Biarkan mendidih dan kacau selalu.
5. Masukkan kiub ayam, lada hitam, garam dan gula.
6. Akhir sekali masukkan capsicum. Kacau dan biarkan sekejap, tutup dengan penutup periuk dan tutup api.

IKLAN

 

Chicken Popcorn & Sos Buttermilk, Simple Tapi Sedap Sungguh

Beginilah bila dah jadi.

IKLAN

 

Chicken Popcorn & Sos Buttermilk, Simple Tapi Sedap Sungguh

Macam ni la gaya makannya. Tuang sos buttermilk atas chicken popcorn.

EKSTRA:
Kalau suka masam, boleh perahkan lemon pada ayam.

Resipi Oleh: Facebook Intan Dahlianna

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI