Sedapnya lemang! Kalau makan dengan rendang atau serunding, memang terbaik. Bagi anda yang nak cuba hasilkan lemang secara homemade, resipi perkongsian Chef Sue M Arukin ni boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, anda tidak perlukan buluh dan tak perlu bakar. Hanya guna periuk kukusan dan juga cawan kertas. Mudah kan? Malah boleh hasilkan dalam kuantiti yang sedikit. Barulah tak membazir. Jom lihat cara-caranya. Selamat mencuba!

 

LEMANG CAWAN KERTAS

Chef Sue Kongsi Cara Masak Lemang Kukus Guna Cawan Kertas

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg beras pulut – cuci & toskan
  • 600ml santan pekat
  • 1 sudu teh garam halus
  • 5-6 biji cawan kertas (yang saiz tinggi)
  • Daun pisang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Gulung daun pisang yang dah dicuci dan letakkan dalam cawan kertas (saya buat 2 lapis daun pisang).
  2. Letakkan beras pulut yang dah dicuci hingga 3/4 penuh atau hampir penuh.
  3. Santan dicampur dengan garam lalu kacau sebati. Tuang ke atas pulut hingga lebih sedikit dari paras pulut (lebih kurang setengah inci). Kalau suka lemang tu agak lembik/lembut boleh lebihkan santan.
  4. Letakkan cawan kertas berisi pulut dan santan ke dalam periuk pengukus yang dah dipanaskan airnya. 
  5. Kukus selama 50-60 minit atau hingga lemang masak. Selepas 30 minit mengukus, buka tudung periuk dan kacau sedikit pulut dengan garfu supaya santan menyerap sepenuhnya ke bahagian bawah.
  6. Gunting cawan kertas dan buang. Potong lemang mengikut citarasa. Boleh makan dengan rendang, kari ayam/daging, serunding, sambal tumis dan dengan durian pun sedap. 

Chef Sue Kongsi Cara Masak Lemang Kukus Guna Cawan Kertas

IKLAN

 

Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cara Masak Pulut Kuning & Rendang Daging Sedap Untuk Raya

Cara Masak Dendeng Daging Sedap Untuk Sukatan 1 Kg Daging

IKLAN

Cara Buat Ketupat Palas Lemak Yang Sedap Untuk Raya

Cara-Cara Buat Ketupat Lemak Versi Homemade. Masak Guna Rice Cooker Je!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI