Minggu depan, umat Islam bakal menjalani ibadah puasa. Ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki tahap 3, ia bukanlah satu yang mudah.

Ramadan tahun ini tentunya sangat berbeza dengan sebelumnya serta bakal terpahat dalam ingatan semua. Tiada bazar Ramadan untuk beli juadah, tiada promosi harga runtuh sempena Aidilfitri di pasaraya.

Bahkan jika rantaian Covid-19 ini masih belum berjaya diputuskan sepenuhnya, kemungkinan untuk tidak dapat pulang menyambut hari raya di kampung halaman tentunya sangat besar.

Di musim PKP ni juga, ibu-ibu tentunya sangat sibuk memasak. Boleh dikatakan banyak masa dihabiskan di dapur. Maklumlah, si anak asyik nak makan je.

Bersempena dengan Ramadan Al Mubarak yang bakal menjelma, Chef Razak sudi berkongsi lima resipi mudah yang boleh cuba masak sendiri di rumah dan boleh disejukbeku. Jom tengok bahan-bahannya.

 

1. AYAM LADA HITAM

Chef Razak Kongsi Resipi Sempena PKP & Ramadan. Mudah Masak & Tak Guna Bajet Mahal.

BAHAN PES:

  • 50gm bawang putih – hiris
  • 10gm serbuk lada hitam
  • 10gm daun kari
  • 3 sudu makan kicap lemak manis
  • 2 tangkai cili hijau
  • Sedikit cili kering
  • Daun ketumbar secukupnya

BAHAN AYAM:

  • 200gm ayam ( anggaram 5 ketul)
  • 1 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak dan tumis daun kari bersama bawang putih hingga garing.

2. Masukkan lada hitam dan kicap lemak manis. Gaul seketika hingga separa didih.

3. Bila mendidih, masukkan ayam dan gaul dengan kicap hingga rata dan pekat.

4. Patahkan cili hijau dan gaul rata. Biar seketika.

5. Hiaskan dengan cili kering serta daun ketumbar. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

2. MI @ KUETIAU SUP

Chef Razak Kongsi Resipi Sempena PKP & Ramadan. Mudah Masak & Tak Guna Bajet Mahal.

BAHAN SUP:

  • 3 liter air
  • 1/4 ekor ayam
  • 1 ketul tulang ayam
  • 3 ketul tulang daging
  • 30gm lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan stok ayam ( pati ayam)

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • 100gm mi @ kuetiau
  • 1 sudu teh minyak bawang putih
  • 20gm hirisan ayam
  • 3 biji bebola ikan
  • 10gm bawang goreng
  • 20gm tauge

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan-bahan sup. Renehkan hingga minyak ayam terbit.

2. Perasakan secukupnyanya dan hidangkan bersama bahan-bahan lain.

3. Mi atau kuetiau sup ini sangat sedap dinikmati panas-panas.

 

3. CHAR KUETIAU KERING

Chef Razak Kongsi Resipi Sempena PKP & Ramadan. Mudah Masak & Tak Guna Bajet Mahal.

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm kuetiau
  • 2 ekor udang
  • 20gm kerang
  • 1 sudu makan bawang putih kisar
  • 1 sudu makan cili boh
  • 1 sudu makan kicap lemak manis
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 20gm tauge
  • 1 biji telur
  • 6gm kucai

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak dan tumis udang bersama bawang putih hingga wangi.

2. Masukkan cili boh, kicap serta kuetiau. Kacau rata.

3. Pecahkan telur dan masukkan tauge serta hirisan kucai.

4. Masak lagi anggaran 2-3 minit. Angkat dan nikmati segera.

IKLAN

 

4. AYAM PANDAN

Chef Razak Kongsi Resipi Sempena PKP & Ramadan. Mudah Masak & Tak Guna Bajet Mahal.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi ayam
  • 16 helai daun pandan – dibersihkan
  • Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN PERAP:

  • 1 tangkai daun ketumbar | kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 3 sudu makan kicap lemak manis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh gula
  • 2 sudu teh minyak bijan

BAHAN SOS:

  • 1 sudu teh bijan putih
  • 200gm cuka
  • 100gm gula
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu teh sos ikan

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ayam dan potong mengikut saiz yang diperlukan.

2. Satukan ayam bersama bahan-bahan perap. Gaul rata dan biarkan selama 3 jam. ( cucuk isi ayam guna garpu supaya bahan perapan menyerap ke isi)

3. Bungkus ayam menggunakan daun pandan. Boleh cucuk dengan lidi supaya balutan tidak terburai.

4. Panaskan minyak dan goreng ayam pandan tadi hingga masak.

5. Untuk sos, goreng kering (goreng tanpa minyak) biji bijan hingga warna keperang-perangan.

6. Masukkan ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan sos yang lain. Gaulkan dan kisar hingga sebati.

7. Ayam Pandan bersama sos sedia untuk dinikmati.

 

5. AYAM MALAYA 

Chef Razak Kongsi Resipi Sempena PKP & Ramadan. Mudah Masak & Tak Guna Bajet Mahal.

BAHAN-BAHAN:

  • 20 ketul ayam
  • 10gm serbuk kari
  • 20gm ketumbar
  • 20gm jintan putih
  • 15gm lada hitam
  • 10gm herba thyme
  • 1 botol kicap lemak manis
  • 5 helai daun kunyit

CARA MEMASAK:

1. Sangai rempah ratus di dalam kuali seketika.

2. Kemudian kisar kering bahan-bahan berkenaan dan masukkan ke dalam bekas kering.

3. Tambahkan kicap dan gaul rata.

IKLAN

4. Masak rempah perap tadi guna api perlahan. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata dalam rempah perap tadi.

5. Bungkus ayam menggunakan daun kunyit dan bekukan pada suhu -18 darjah celcius. ( untuk sejukbeku).

6. Untuk menikmatinya, keluarkan ayam dari bungkusan dan masak sebelum dinikmati.

 

KENALI CHEF RAZAK

Melihat pada resipi-resipi yang dikongsi, pasti ada diantara kita yang tertanya-tanya siapakah gerangan chef ini.

Chef Abd Razak Abdullah pastinya bukan seorang yang biasa-biasa. Berpengalaman luas selama 30 tahun dalam bidang kulinari dan masakan menjadi beliau sangat dihormati dan disegani.

Chef Razak Kongsi Resipi Sempena PKP & Ramadan. Mudah Masak & Tak Guna Bajet Mahal.

Beliau yang kini berkhidmat di Kumpulan Pendidikan YPJ, kepakarannya sebagai training advisor serta corporate chef bukan sahaja di Malaysia, khidmatnya turut ditagih di peringkat antarabangsa dan sering diundang ke luar negara.

Chef Razak Kongsi Resipi Sempena PKP & Ramadan. Mudah Masak & Tak Guna Bajet Mahal.

Malah beliau juga turut menggalas tugas sebagai Ketua Chef pada majlis-majlis tertentu yang memerlukan kepakaran dan khidmat pengurusan yang amat teliti dalam sajian berprofil tinggi.

Chef Razak Kongsi Resipi Sempena PKP & Ramadan. Mudah Masak & Tak Guna Bajet Mahal.

 

MASAKAN UNTUK KESIHATAN

Tatkala diaju mengenai pengalaman manis kerjaya sebagai seorang chef, banyak sebenarnya keistimewaan yang boleh diperolehi. Menurut Chef Razak, salah satunya ialah menerusi kerjaya ini beliau mampu menyajikan sajian yang sihat dan berkhasiat untuk para pesakit. Walaupun bukan sebagai seorang doktor, tapi ilmu yang ada bidang penyediaan makanan serta pengetahuan yang luas dalam pengendalian sajian, sedikit sebanyak mampu membantu golongan-golongan yang memerlukan.

Chef Razak Kongsi Resipi Sempena PKP & Ramadan. Mudah Masak & Tak Guna Bajet Mahal.

Banyak pengalaman manis dalam kerjaya sebagai seorang chef. Selepas 10 tahun berkecimpung baru saya dapat tahu bahawa kerjaya ni mampu membantu pesakit bagi mengurangkan penyakit yang dihadapi mereka melalui bahan-bahan makanan dan khasiat sesuatu makanan yang boleh menyembuhkan dan mengurangkan penyakit seseorang.”

 

KONGSI KHASIAT MAKANAN

Ilmu yang tinggi ditambah pula dengan minat suka membaca, menjadikan Chef Razak antara chef profesinal yang sentiasa dicari ramai untuk dijadikan rujukan. Salah satunya mengenai khasiat Bunga Roselle.

Chef Razak Kongsi Resipi Sempena PKP & Ramadan. Mudah Masak & Tak Guna Bajet Mahal.

Ramai orang ada bertanya saya berkenaan bunga roselle, ini kerana saya telah berkongsi dengan ramai rakan-rakan mengenai kebaikkan bunga ini. Dan satu lagi ianya banyak terdapat di Malaysia, pada mulanya bila saya diberikan bunga ini untuk di buat jus, sememangnya ianya amat sedap dan saya suka dengan perisa roselle sehingga saya buat produk dengan mengunakan pati roselle.

IKLAN

Tetapi bila saya consume roselle ni saya dapati ia juga dapat menbantu saya menghilangkan masalah semput selepas dari tu saya buat satu kaji selidik mengenai bunga ini.

Setelah selidik saya dapati bunga ini mengandungi Hydroxycinnamic Acid dan Chlorogenic acid dan dibawah adalah sedikit petikkan daripada Wikipedia mengenai bunga ini.

(Taken as a dietary supplement or in coffee, chlorogenic acid slightly reduces blood pressure,[16][17] It has been investigated for possible anti-inflammatory effects.[18] Chlorogenic acid has been studied as a possible chemical sensitizer involved in respiratory allergy to certain plant materials.[19)] )

Tetapi jika dimakan terlebih dos ia akan menyebabkan seseorang itu susah nak buang air besar. Banyak lagi terapi makanan yang boleh dibentuk menjadikan perubatan seperti betik, petai, bawang putih.”

 

TIP MASAK DI MUSIM PKP

Dalam menghadapi PKP ni, inilah masanya kita kena banyak buat ulangkaji dengan membaca dan mencari ilmu selain beribadah kepada Allah SWT. Gunakan internet percuma yang diberikan oleh kerajaan untuk mencari perkara yang lebih berfaedah seperti merangka kepentingan masa depan serta memperhalusi perkara yang perlu dilakukan bagi 6 bulan yang akan datang,

musim silih berganti masa selalu berubah demikian juga kehidupan kita perlu mencari pembaharuan tanpa kita sedari dunia sedang menghadapi satu transformasi untuk menentukan keperluan masa depan.”

Tip yang saya bagi adalah seperti kita bina dan cari satu rantaian baru untuk ‘easy cooking for busy mom’ dan ‘teknologi makanan terkini yang dapat dikirim melalui pos kemana jua tanpa sejuk beku’ yang dapat kita mulakan pada PKP ini bagi tujuan membangunkan ekonomi negara walaupun ianya wujud sekadar dari rumah.

Panduan buat para ibu, buatlah pes yang sudah siap dimasak dan simpan, Gunakan sedikit demi sedikit dan ianya dapat mengurangkan kita membuat pembelian panik dan menjimatkan wang dan boleh #Stayathome. Ini kerana penggunaan pes ni sangat memudahkan proses memasak dan tak penat.

Sebagai contoh: 100gm pes boleh dimakan bersama 5 orang ahli keluarga, seekor ayam dipotong 20. Satu lauk, satu sayur dan nasi untuk satu isi rumah sudah memadai.

Makanan terbaik adalah makan buah-buahan seperti betik dan minum air kelapa. Selain itu tip untuk kekal sihat, boleh amalkan berpuasa Isnin dan Khamis bagi anda yang mampu dan tidak uzur,

 

JOM CUBA RESIPI MINUMAN SIHAT NI!

Chef Razak juga berkongsi satu lagi resipi minuman kesihatan yang boleh cuba buat sendiri di rumah iaitu Minuman Sarang Burung Walit. Istimewanya, minuman ini pernah sediakan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin satu ketika dahulu di MAHA sewaktu beliau hadir ke pavilion Johor.

 

BIRD NEST DRINKS WITH PANDAN & LEMONGRASS

Masa Penyediaan: 10 minit

Masa Memasak: 10 minit

Saiz Sajian: 8 Orang

 

BAHAN-BAHAN:

  • 20gm sarang burung walit – kukus
  • 2 batang serai – titik
  • 100gm rock sugar ( gula batu)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 liter air

CARA MEMASAK:

1. Panaskan air dan masukkan kesemua bahan kecuali sarang burung.

2. Masak hingga gula larut dan daun pandan menjadi layu.

3. Seterusnya masukkan 5gm sarang burung ke dalam larutan tadi. Gaul dan sebatikan.

4. Untuk menghidang, ambil 3 gram sarang burung (yang tidak letak dalam periuk), masukkan ke dalam mangkuk sajian dan tuang air yang dimasak tadi.

5. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI-RESIPI INI:

Cara Masak Kari Ayam Sedap Tanpa Perlu Kisar Rempah

https://www.rasa.my/resipi-almond-london-sedap-guna-sukatan-cawan/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI