Semperit memang mudah dihasilkan namun yang renyahnya apabila tiba bab nak tekan acuan. Bagi yang kurang mahir, pasti rupa doh yang ditekan ada bermacam-macam saiz. Ada yang besar, ada yang agak nipis, ada yang senget dan sebagainya.
Melalui perkongsian saudari Yusmini Ramli, beliau telah menunjukkan cara menekan acuan semperit yang mana hasilnya sangat cantik dan kelihatan sekata tanpa ada senget-senget. Mudah sahaja. Hanya menggunakan muncung botol yang telah dipotong yang diselit pada acuan semperit. Memang kreatif! Anda pun boleh cuba cara ni.
Tonton cara-caranya disini:
https://www.facebook.com/yusmini.ramli/videos/1546456715406362/?t=6
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Tip Bubur Pulut Hitam Masak Sempurna & Tidak Berjelatah.
Bubur pulut hitam yang anda masak tidak sempurna seperti diharapkan walaupun sudah menggunakan beras pulut yang baik dan santan yang segar. Jangan risau ini ada tip mudah yang boleh membantu menyelesaikan masalah Bubur Pulut Hitam yang masih berjelatah (keras) dan cair.
Diharapkan dengan tip mudah Bubur Pulut Hitam anda menjadi lebih lembut, pekat dan lemak manis seperti yang diharapkan:-
1.Pilih Beras Pulut Hitam Kualiti.
Beras pulut hitam yang keras, halus dan bewarna hitam pekat adalah yang terbaik. Semakin keras dan hitam pulut, semakin tinggi kandungan kanjinya. Sebaiknya, cuci bersih beras pulut hitam sebelum direbus.
2 Rendam Pulut Semalaman
Agar pulut hitam masak sempurna dan tidak tidak berjelatah semasa di rebus, anda perlu rendam dahulu pulut hitam sekurang-kurangnya enam jam atau semalaman sebaik-baiknya. Dengan cara ini tekstur pulut lebih mudah lembut dan proses memasak menjadi cepat dari biasa..
3. Sentiasa Kacau Bubur Semasa Di Masak
Setelah pulut yang anda rebus kembang sekata, masukkan bahan campuran seperti santan, gula, daun pandan dan sedikit garam. Anda perlu sentiasa kacau bubur untuk mengelakkan ia berkerak atau melekat pada periuk. Jika terlalu pekat tambah santan jika terlalu pekat
4. Tambahkan Tepung Jagung Jika Terlalu Cair
Selepas santan dimasukkan dalam bubur masih cair, anda boleh tambahkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kecilkan api dan masukkan dalam bubur dan terus kacau rata hingga kuah menjadi pekat seperti diinginkan.
Petua Hilangkan Sakit Lutut!
Sakit lutut ni bukan orang berumur, nenek atuk je yang kene taw..Yang umur 40an atau yang lebih muda pun kadang-kadang boleh sakit lutut. Ia boleh mengganggu aktiviti seharian dan menyebabkan pergerakan terbatas. Jom cuba petua ni, mana tahu serasi. In Sha Allah.
BAHAN-BAHAN
- 2 biji epal hijau didadukan
- 4-5 batang serai diketuk (kalau besar guna 3 sudah memadai)
- 1 batang kayu manis ceylon (patah patahkan)
- 5 gelas air
CARA PENYEDIAAN
- Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air.
- Minum masa suam suam. 2 kali sehari. Nak minum setiap hari pun boleh, nak minum 2 atau 3 kali seminggu pun boleh.
- Epal boleh dikunyah jika suka.
Jom kita lihat khasiat bahan-bahan yang digunakan.
KHASIAT BAHAN
KAYU MANIS CEYLON
- anti radang bagus untuk sendi
- kurangkan kolestrol
- kurangkan selera makan
- merawat senggugut
- kuatkan antibodi
- merawat kencing manis
- merawat jangkitan pundi kencing
SERAI
- anti radang, bagus untuk sendi
- bantu proses penghadaman
- buang toksin dalam badan
- anti kanser
- pecahkan lemak
- merawat kencing manis
EPAL HIJAU
- mencegah sakit sendi
- menguatkan tulang
- kaya dengan fiber
- kaya dengan mineral, iron, copper, zink, magnesium, potassium vitamin A, B, C
- melancarkan darah
- kaya dengan antioksidan
INFO: Kalau ada penyakit tekanan rendah, berbadan dua dan ambil ubat pencair darah TIDAK DIBENARKAN pengambilan ni ya..
Kredit: Lia Yob Ibrahim
Cara Cepat & Mudah Untuk Empukkan Daging Tanpa Perlu Rebus Lama.
Hidangan daging memang enak. Tapi jika silap gaya, liat. Bergoyang gigi dibuatnya. Tekstuirnya tidak seperti isi ayam yang lebih lembut dan cepat untuk dimasak. Usah risau, ada petua yang boleh dicuba. Berikut ada 5 cara yang anda boleh cuba untuk pastikan daging yang anda masak lembut dengan cepat serta tidak keras setelah dimasak.
CARA MUDAH EMPUKKAN DAGING DALAM MASA YANG SINGKAT
1. REBUS TERLEBIH DAHULU
Kaedah ni paling ‘basic’. Mak-mak kita dulu pun bila nak goreng daging, mesti mereka akan rebus daging terlebih dahulu. Setelah empuk, barulah akan digoreng dan sebagainya. Sewaktu merebus daging , ada juga pelbagai bahan yang dicampur supaya daging dapat lembut dengan cepat. Antaranya ialah dengan rebus daging bersama dengan sudu stainless steel, daun pisang abu, daun nangka, tebu, batang ubi kayu, buah pinang tua dan sebagainya. Memang berkesan.
2. HIRIS NIPIS
Jika anda kesuntukan masa untuk rebus daging tetapi perlu juga masak. Boleh guna kaedah ni. Hiris daging nipis-nipis secara melintang urat. Kemudian masaklah seperti biasa. Anda juga perlu buang segala lemak dan urat yang ada. Barulah daging tidak terlalu liat dan enak untuk dinikmati.
3. KETUK DAGING
Selain itu, anda juga boleh menggunakan pengetuk daging atau meat tenderizer. Caranya ialah dengan mengetuk daging agar otot-otot yang yang keras menjadi lebih lembut apabila dimasak.
4. PERAP TERLEBIH DAHULU
Anda juga boleh menggunakan teknik perapan untuk melembutkan daging tetapi kaedah ini memerlukan anda menyiapkannya dengan lebih awal. Caranya mudah sahaja. Perap daging menggunakan bahan-bahan berasid seperti jus limau, lemon, cuka atau jus nanas antara 2-24 jam. Bahan-bahan ini mampu melembutkan daging secara semulajadi bahkan menjadikan daging lebih enak apabila dimasak.
5. GUNA PERIUK TEKANAN
Cara paling mudah! Jika anda ada periuk tekanan atau ‘pressure cooker’, gunakan sahaja. Lagi jimat masa, mudah dan dijamin lembut masakan anda. Jika guna periuk tekanan niu, tidak perlulah anda nak rebus, perap atau ketuk daging. Sediakan rencah masakan dan masaklah seperti biasa. Memang mudah! Perut pun cepat kenyang.