Sesekali teringin makan bingka ubi kayu, anda boleh membuatnya sendiri kerana kuih ini sangat senang disediakan. Cuba memerlukan sedikit usaha untuk menyediakannya. Untuk memudahkan anda, berikut disediakan resipi Bingka Ubi Kayu paling mudah untuk anda cuba.
BINGKA UBI BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu putih
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kastor
½ sudu teh garam halus
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
1. Parut ubi kemudian campur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 30
minit.
2. Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang
ke dalam mangkuk.
3. Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula dan garam ke dalam mangkuk berisi sagu
ubi tadi lalu kacau rata.
4. Sapu loyang pembakar dengan minyak. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan
ratakan.
5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 50 minit atau hingga
bingka masak.Sejukkan dan potong.
INFO : Jika mahu bingka nampak cantik dan berkilat keraknya, letakkan sedikit santan (2-3 sudu makan) di atasnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Reena Zach Pengasas Produk Kosmetik Ini Kongsi Resipi Daging Masak Hitam Dan Ayam Ros Yang Sangat Sedap
Baru berpindah di kediaman baru tidak menghalang wanita jelita yang juga pengasas produk Megah Perawan, Reena Zack, meraikan rakan-rakan yang ingin berkunjung. Baginya kehadiran teman-teman walaupun sudah biasa mereka tetap tetamu dan perlu diraikan. Reena bijak mencuri mencuri sedikit masa sibuknya untuk ke pasar membeli lauk pauk dan masuk dapur menyediakan sendiri masakan. Katanya, tak seronok kalau hidang juadah pada tetamu dengan makanan yang dibeli dari restoran. Biarpun hidangan ringkas beliau lebih senang menyediakan sendiri. Lagipun ramai di kalangan rakan-rakan dan ahli keluarga bila ingin berkunjung di rumahnya, mereka akan meminta Reena masak.
“Mungkin sejak anak dara lagi saya jenis suka memasak kerana dari kecil lagi ibu ajar saya masak. Kebetulan pula selepas berkahwin, ibu mentua juga suka memasak, jadi kami serasi bersama di dapur. Ibu mentua banyak mengajar saya memasak masakkan kegemaran suami. Kebetulan suami orang Kedah, kebanyakan masakan mereka suka masakan pedas. Ibu mertua saya penah berkata, nak pikat hati suami mesti dengan cara menyediakan masakan kegemaranya dengan air tangan sendiri, . Barulah hubungan keluarga akan erat dan berpanjangan,” ujar Reena yang menjadikan hobi memasak sebagai terapi untuknya menghilangkan stres.
Seronok Raikan Kawan-Kawan
Beliau juga mengakui berasa puas bila lihat ahli keluarga dan rakan-rakan menikmati air tangannya dengan seronok. Secara tidak langsung, aktiviti tersebut mengeratkan silatulrahim kekeluargaan mahupun dengan rakan-rakan. Selepas terbabit secara langsung dalam bisnes, Reena dan suami sering menjemput rakan-rakan bisnes mereka mengadakan perbincangan di rumah.
“Untuk hari ini, saya sediakan menu kegemaran suami dan anak-anak iaitu Nasi Briyani yang dihidangkan bersama Daging Masak Hitam, Ayam Rose, Udang Petai dan Jelatah. Menu ini juga menjadi kegemaran kawan-kawan yang sering datang pada hari ini,” jelas Reena yang sangat mengutamakan soal diet keluarga kecilnya.
Cerita Reena beliau mahupun suami memang suka mengadakan makan-makan di kediaman mereka terutamanya di hujung minggu, dengan cara tersebut mereka dapat berkongsi sebahagian rezeki dengan orang lain. Ditambah pula jika dia berkesempatan menyediakan sendiri makanan untuk tetamunya.
Beritahu Reena, makanan akan kelihatan lebih sedap dan menyelerakan bila dihidangkan dengan sedikit kreativiti untuk menghiasnya di dalam pinggang atau mangkuk sebelum disusun atur di meja utama hidangan.
“Saya sangat mementingkan dekorasi untuk meja makan, hiasan bunga segar sering menjadi titik fokus tetamu ke meja makan untuk melihat juadah yang disediakan. Begitu juga dengan set pinggang mangkuk mesti sama corak dan warnanya. Ia penting walaupun hanya hidangan bersuama keluarga,”ungkap Renna ramah berkongsi pengalaman.
Utamakan Keluarga
Isteri kepada Khairi Aziry bin Wahid dan ibu kepada dua puterinya, Puteri Daniella Qistina Khairilaziry dan Adellia Auddra Khairilaziry mengakui bahawa menjadi kewajipan baginya sebagai isteri menyediakan masakan untuk keluarga dan memastikan makanan terserbut sihat dan berkhasiat.
“Pada tahun ini jadual harian saya sangat pada, Insya-Allah kalau ada rezeki kami nak pemperluaskan produk ke Indonesia serta negara jiran. Sesibuk mana sekalipun saya tidak akan abaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak saya. Saya akan masak setiap hari,baik untuk sarapan,makan tengahari mahupun makan malam. Biasaya sebelum bersiap ke pejabat,saya akan siapkan makanan sarapan dan makan tengahari. Ini kerana saya dan suami akan bawa bekal makan tengahari ke pejabat.
Kami suami isteri memang tidak suka makan di luar,” cerita Reena yang balik dari pejabat akan masuk dapur lagi bagi menyediakan makan malam pula.
Cerita Reena lagi sejauh mana kejayaan seseorang wanita itu, tempat paling dekat bersama keluarga sudah tentulah di dapur. Suami dan anak-anaknya akan seronok bila dia menyediakan menu kesukaan mereka. Kerana itulah dia percaya air tangan isteri membawa kebahagian keluarga.
Dalam menyediakan menu harian keluarga, Reena sangat mengutamakan makan sihat dan berkhasiat, terutama untuk dua puterinya. Setiap hari dia akan memastikan anak-anaknya mendapat nutrisi yang cukup melalui pemakanan yang disediakan Tidak hairanlah kalau dia sanggup setiap menyediakan menu salmon dan sayur yang menjadi kegemaran si kecilnya.
Perkembangan Bisnes
Ditanya mengenai perkembangan perniagaannya, Reena mengakui dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang, beliau dan suami tetap positif dan memastikan strategi pemasaran akan terus rancak dilakukan. Ditambah pula dengan adanya kemudahan media sosial sekarang, Reena turut mengiatkan jualan melalui rangkaian jualan secara talian seperti melalui laman web, instagram dan Facebook.
“ Jatuh bangun dalam bisnes perkara biasa bagi saya, tetapi saya yakin dengan kualiti produk yang baik akan menyakinkan pelanggan baru dan mengikat pelanggan tetap saya. Masa yang sama produk saya adalah produk mampu milik kerana ia tidak terlalu mahal,” akhiri Reena yang kini mempunyai lebih dari 200 stokis dan hampir 1000 pengedar yang mengedarkan rangkaian produknya di Malaysia, Brunei dan Singapura.
RESIPI
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging | dinipis dan lebar
- 1 cawan kicap pekat
- Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
- Gula Melaka secukup rasa
- Bahan Kisar:
- 5 batang serai
- 10 tangkai cili kering
- 3cm halia
- 8 ulas bawang merah
- 5 biji buah keras
- 6 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar dan rempah penumis hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar, tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih, kacau lagi.
- Masukkan pula daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
- Masukkan kicap pekat, air asam jawa, garam dan gula Melaka.
- Kecilkan api dan biar mereneh atas api perlahan sehingga daging empuk dan kuat pekat.
- Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:Jika tidak mahu lama masak, rebus dahulu daging dengan kicap hingga empuk kemudian hiriskannya.
AYAM ROSE
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | dipotong ikut suka, cuci dan tos
- 1 biji bawang Holland | dihiris bulat
- 6 ulas bawang merah | dikisar
- 4 ulas bawang putih | dikisar
- 10 tangkai cili kering |dikisar
- 3cm halia muda | dikisar
- Bahan penumis | Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
- 3 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tomato
- 3 batang serai | titik
- 1/2 cawan kismis
- 1/2 cawan biji gajus | goreng sangan
- 1 cawan susu cair
- Garam dan gula secuku rasa
- Hirisan daun bawang | untuk hiasan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Goreng ayam separuh masak.
- Keluakan minyak dan hanya tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis rempah penumis, hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar.
- Kacau tumisan sehingga pecah minyak, kemudian masukkan susu cair, sos cili dan sos tomato, hirisan bawang, garam dan gula secukupnya.
- Masukkan ayam goreng, biji gajus dan kismis, gaul rata dan hidangkan dengan hirisan daun bawang.
INFO CHEF:Jika tidak mahu susu boleh tukarkan dengan santan
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN
- 1 kg udang saiz XL | bersihkan
- 3 papan petai | ambil isinya sahaja
- 10 tangkai cili kering | kisar
- 6 ulas bawang merah | kisar
- 6 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia | kisar
- 1 biji bawang Holland | hiris bulat
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu makan sos cili
- Garam dan gula secukupnya.
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan petai, gaul rata kemudian masukkan udang bersama hirisan bawang Holland.
- Gaul sehingga udang bertukar warna kemerahan.
- Masukkan air asam jawa, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
- Biarkan seketika, sehingga kuah pekat dan timbul minyak sebelum diangkat dan dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih manis dan sedap goreng dahulu udang dan juga petai.
Anda juga boleh cuba resipi ini:
http://Resipi Khas Masak 5 Kilo Daging Masak Hitam – Rasa – Karangkraf
Parpu Telur & Bebola Daging Sos Dhal Sedap, Mudah & Murah.
Kacang dhal mempunyai pelbagai khasiat kesihatan, apa kata korang cuba dua menu yang menggunakan kacang dhal ini, Parpu Telur dan Bebola Dahing Sos Dhal, dua-duanya senang disediakan sedap dan boleh dimakan dengan nasi, roti canai, capati mahupun roti biasa. Apa kata korang cuba untuk makan malam ni, makan panas-panas sedap ni.
PARPU TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 2 cawan kacang dhal | cuci bersih dan rebus
- 2 cawan santan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan perasa secukup rasa
BAHAN HIRISAN:
- 8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
REMPAH PENUMIS:
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 tangkai daun kari
- 6 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Masukkan kacang dhal yang telah direbus dalam periuk bersama bahan hirisan.
- Kacau rata, tambah serbuk kunyut, kentang dan lobak merah, sedikit air dan renehkan atas api sederhana.
- Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh seketika.
- Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
- Perlahan-lahan pecahkan telur di dalamnya,
- Setelah telur membeku, tutup api.
- Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak tumis bahan rempah tumis, goreng seketika dan tuangkan dalam periuk berisi kacang dhal tadi.
- Biarkan seketika, kemudian Parpu Telur sedia dihidangkan.
BEBOLA DAGING SOS DHAL
BAHAN-BAHAN:
- 8-10 biji bebola daging | gaul dengan sedikit cajun
- 1/2 cawan kacang dhal yang telah direbus
- 1/2 cawan yogurt
- 1 sudu makan mustard
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 1/2 biji bawang besar | dadu halus
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 3 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak menggunakan kuali leper hingga keperangan. Kemudian ketepikan.
2. Masukkan kacang dhal dalam mesin pengisar bersama yogurt, mustard dan susu segar.
3. Kisar hingga sebati.
4. Di dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang merah dan putih hingga kekuningan.
5. Kemudian masukkan bahan kisar, biarkan mereneh atas api sederhana.
6. Sesuaikan dengan serbuk jintan, garam dan gula secukupnya
7. Masukkan bebola daging, gaul rata.
8. Apabila kuah pekat, tutup api.
9. Bebola Daging Sos Dhal sedia dihidangkan.
4 Cara Mudah Buat French Toast. Sedap Dan Menyelerakan.
Apabila berfikir tentang roti bakar Perancis atau french toast, korang mesti memikirkan kepuasan kepingan roti tebal, telur yang dicelup bersama sapuan mentega dan ditenggelamkan dalam sirap maple. Ini menjadikannya salah satu pilihan sarapan paling popular di Amerika Syarikat tak kurang juga di Malaysia.
Menu hidangan sarapan pagi yang menyihatkan, sedap dan mudah. Ada 4 jenis resipi menghasilkan rasa enak. Terpulang untuk kamu buat pilihan!
1. FRENCH TOAST
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping roti
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil vanilla extract
- 1 sudu kecil gula
- ¾ cawan susu – skip sebab perlu elakkan susu buat sementara, ganti dengan air
- 1½ sudu kecil ground cinnamon
- Unsalted butter
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Pukul telur, susu, cinnamon, vanila dan gula bersama sehingga sebati dan ringan.
- Panaskan kuali dan letakkan sedikit butter.
- Celup roti ke dalam telur sehingga tenggelam dan letakkan atas kuali. Selepas 1 minit, diterbalikkan. Masak kedua dua belah sehingga menjadi perang keemasan.
Kongsi resipi: Azie Kitchen
2. CHOCOLATE FRENCH TOAST
BAHAN-BAHAN:
- 6 keping roti
- 2 bji telur
- 1/2 cwn susu cair
- 1/4 sdu kecil gula
- 1/4 sdu kecil esen vanila
- kepingan coklat
- 1 sdu besar butter/marjerin
- secubit garam
- sedikit gula – utuk ditabur
CARA MEMASAK:
- Campurkan telur,susu,gula,esen vanila & garam.pukul & tuang 1/2 daripada adunan dalam bekas.
- Celupkan roti & susunkan kepingan coklat diatasnya.
- Tutup dengan sekeping lagi roti, kemudian tuang separuh lagi adunan terus ke atasnya agar keseluruhan roti disaluti adunan telur.
- Panaskn butter/marjerin dan gorengkn kedua2 bahagian hingga kekuningan.
- Setelah itu angkat & taburkan gula diatasnya.
- Hidangkan semasa panas.
Kongsi resipi: MyResipi
3. FRENCH TOAST ICE CREAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping potongan roti
- Sedikit sapuan mentega kacang
- 2 biji telur
- 2 sudu krim
- 1 camca teh esen vanila
- Ais krim perisa vanila secukupnya
- Sos butterscotch dan coklat urai
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Satukan krim, telur,esen vanila dan kacau hingga sebati, ketepikan.
- Sapukan mentega kacang pada roti dan tekapkan.
- Hiris sedikit kerak di tepi roti untuk agar kemas. Celupkan roti dalam bancuhan telur dan goreng hingga keemasan.
- Sebelum dihidangkan letakkan satu skop ais krim vanila, renjiskan sos butterscotch dan tabur coklat urai.
- Sedia untuk dihidangkan.
4. NUTELLA & BANANA FRENCH TOAST ROLL UPS
BAHAN-BAHAN:
- roti putih 10 keping | kerak dipisahkan
- nutella kira-kira 1 cawan
- pisang 2 batang , potong 10
- telur 1 biji gred A
- susu 2 sudu besar
- vanila 1/2 sudu teh
- mentega 2 sudu besar
CARA MEMASAK:
- Gulung setiap keping roti yang sangat nipis dengan pin bergulung. Sebarkan setiap kepingan dengan jumlah Nutella yang banyak – meliputi satu sama lain. Letakkan sebilah pisang pada satu hujung dan gulungkan roti dengan ketat.
- Dalam mangkuk kecil, pukul bersama telur, susu dan vanila sehingga digabungkan dan diketepikan.
- Panaskan mentega dalam periuk di atas api sederhana. Dredge setiap roll melalui telur dan campuran susu, kemudian masak di semua sisi dalam mentega panas sehingga perang keemasan.
Kongsi resipi: comfortablefood.com