Wow…Geram sungguh melihat sayur sawi yang ditanam oleh saudari Nur Zaliana ni. Sihat dan subur semuanya. Bila melihat hasil tanaman yang sempurna sebegini, pasti ramai di kalangan kita pun berasa nak cuba untuk tanam sayur sendiri. Sekurang-kurangnya boleh dijadikan sumber sajian keluarga. Tidak perlu beli lagi di kedai. Malah bila tanam sendiri ni, lebih yakin dari segi penggunaan bahan kimia dan juga baja. Nak cuba tanam sendiri sayur sawi di rumah? Boleh cuba panduan di bawah ini.

 

CARA TANAM SENDIRI SAWI ORGANIK DI RUMAH

Cara Mudah Tanam Sendiri Sawi Organik Yang Sihat & Subur Di Rumah

Untuk memulakan tanaman sawi organik di rumah, anda perlu:

1. Sediakan batas sepanjang 5 meter dengan lebar 1 meter.

2. Gembur tanah, masukan tinja ayam proses anggaran setengah guni (15kg). Jika mahu tambah kompos daun-daun kering pun boleh. Peram tanah selama 2 minggu (sementara tunggu benih cukup usia untuk dipindah tanam ke batas)

3. Benih sawi hijau caisim yang berusia 12HSS (hari setelah semai) sedia pindah tanam. (Nur Zaliana tabur benih atas tanah terus direct matahari)

Cara Mudah Tanam Sendiri Sawi Organik Yang Sihat & Subur Di Rumah

4. Buat lubang antara tanaman dengan jarak 5cm/pokok. Tanam sampai habis kemudian siram.

IKLAN

5. Keadaan Pokok Sawi setelah 4 hari pindah tanam. Cuma pastikan kawalan serangga menggunakan Neem oil /cuka kayu.

Cara Mudah Tanam Sendiri Sawi Organik Yang Sihat & Subur Di Rumah

6. Usia Sawi 2 minggu. Cabut rumput dan membaja. Nur Zaliana guna tinja ayam sahaja. Sekali lagi kawalan serangga menggunakan Neem oil/cuka kayu.

Cara Mudah Tanam Sendiri Sawi Organik Yang Sihat & Subur Di Rumah

7. Di usia 3 minggu, sayur sawi nampak sekata. Hentikan membaja. Kawalan serangga guna Neem oil /cuka kayu.

Cara Mudah Tanam Sendiri Sawi Organik Yang Sihat & Subur Di Rumah

IKLAN

8. 36-40HST (hari setelah tanam), sawi sudah boleh dituai.

Cara Mudah Tanam Sendiri Sawi Organik Yang Sihat & Subur Di Rumah

9. Untuk 1 batas ni boleh dapat sayur sawi 6-7kg.

Cara Mudah Tanam Sendiri Sawi Organik Yang Sihat & Subur Di Rumah

Kredit panduan & foto: Nur Zaliana

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak PETUA DAPUR di laman web RASA:

Petua Rimbunkan Pokok Kari Yang Tanam Dalam Pasu

Tanam Sendiri Kacang Tanah Dalam Pasu. 3 Bulan Boleh Tuai Hasil

https://www.rasa.my/petua-suburkan-pokok-pandan-dalam-pasu-supaya-lebih-rimbun/

5 Cara Mudah Tanam Ulam Selom Subur Merimbun Di Rumah

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI