Bawang goreng memang enak dijadikan penambah rasa dan penyedap dalam hidangan. Rasa manisnya hmmmm..memukau deria. Wangi pulak tu. Namun ada kalanya bawang goreng homemade ini tidak seperti yang dibeli. Cepat lembik dan tidak rangup. Ha..Jom cuba resipi di bawah ini. Pasti bawang goreng anda lebih enak dan sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg bawang merah di hiris nipis
  • 2-3 ulas bawang putih hiris nipis
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam dan gula untuk perasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula.
2. Biarkan selama 1/2 jam atau lebih.
3. Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita.
4. Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak .
5. Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan.
6. Gorenglah sehingga habis .

SEDIKIT TIP MENGGORENG

  1. Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng
  2. Masa menggoreng jangan sampai terlalu kuning  diatas api sebab bila kita angkat bawang tu akan lebih kuning.
  3. Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning didalam minyak, bila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya..
  4. Sedap di ratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap
  5. Biarkan sehingga sejuk dan minyak nya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & gambar: Puan Nooriah Abdullah ( http://nooriahnaim.blogspot.my/2015/10/bawang-goreng-ranggup-ala-kak-noor.html)

Komen anda